Langkau ke kandungan utama

Patah Tangan

Assalamualaikum

Haa....terkejut tak dengan tajuk post kat atas? Meh nak cerita banyak sebelum sampai ke patah tangan.

Hari tu kan as bising dok nangis tinggal sorang kat rumah kan??

Esoknya as pun balik kampung. Berdesup desap as pandu kereta kancil kak saadah...hehehe ( akak saya tak bawak camtu..bunyi jer lebih)...as pandu sampai rumah ajer pun..kemudian berlari-lari ke stesen komuter...terbayang-bayang dah wajah mak abah dan baby sufiyah...

Boleh pulak waktu tu berangan suasana jumpa mak abah sambil nangis lepas kerinduan..(eceh cam setahun tak jumpa) hahaha..

Tapi sampai kat temerloh tak nangis pun, tunggu hampir sejam sambil makan jeruk sampai abih tumpah kena beg.

Bila jumpa peluk cium mak abah dan sufiyah, mak berkerut..apasal bau masam jer ko ni as? Hahahaha....

Selama duk rumah ni keje as asik masak aja...ikut tekak abah mak nak makan apa. Macam lepas dendam tak dapat masak bertahun-tahun lak. Abah ngusik, awak balik nih la abah baru dapat makan...maka dapatlah jelingan tajam mak kepada abah...hahaha

Hari Isnin Cuti Hol Negeri Pahang.

Maka tengah tidur petang dengan mak tercinta, keluarga as daripada jauh datang berziarah...baguskan mereka? Hehehe...

Tah la macam mana dalam suasana riuh rendah keluar masuk bilik air as yang licin tuh...sekali bila giliran as pulak yang masuk... berdezap bap..macam nangka gugur as jatuh...wahhhhh...

Waktu tu tangan as yang jatuh dahulu sebab nak tahan dari badan dan kepala daripada jatuh kuat kat lantai....

Sakit gila kaki...tapi tanpa as sedari tangan as hampir patah...wahhh...

As sedar bila nak angkat tangan tak boleh, nak genggam pun tak boleh...ah...sudahhh....macam ni??

Oleh sebab as jenis tahan sakit, orang tak berapa percaya melainkan mak as.

Mak dah risau...patah dah tangan anak koi...terus bawak pergi berurut...tapi silap.. sebagai ahli PBSM, as tak boleh terus urut...kena kenal pasti tahap cedara...maka dah terlambat...

Tukang urut tu punyalah kuat tenaga dia, makin nak tercabut bukan patah da tangan as...hhahaha

Ok...terseliuh aja la...sakit memang makin sakit, tapi Alhamdulillah tangan dah boleh angkat dan lipat...

hingga ke hari ini, sakit masih ada terasa lagi...kalau tak ok jugak kena urut lagi...tapi dengan orang lain.


Jum karaoke ngan as lagu kosong...kalini si najwa latif dah wat official video




Oh ya...as dapat permintaan ada seseorang nak berkawan dengan as?

Boleh aja..as bukan lah seorang yang sombong tanpa tempatnya...

janji anda pun sudi memperkenalkan diri anda pada as..

bukan apa kawan itu seronok jika kita kenal antara satu sama lain...maksud as,

mestilah as nak tahu paling basic pun, sapa nama, wajah macammana...yerla tak adilkan kalau anda saja yang tahu sapa as? kat situ kita akan dinilai dengan keikhlasan kita.

memang as pernah dikhianati tapi siapalah as untuk terus menghukum semua orang, sebab as bukannya manusia yang perfect..dan as pun ada menyakiti hati orang lain..


Ulasan

ezyra taharin berkata…
ingtkan knpe td hehe
Acik As berkata…
hehehe..terseliuh ajer...

Catatan popular daripada blog ini

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...