Langkau ke kandungan utama

Makan Itu Satu Ibadah

Assalamualaikum

Sudahkah anda makan pada hari ini?

Memang tak dinafikan jarang ada orang tak lupa makan...memang payah nak jumpa orang lupa makan..bagaimana pula dengan solat dan amal yang lain?.

Apa yang as cuba sampaikan hari ini lah, sifat malas untuk makan. Hal ni terjadi pada diri as sendiri. Mungkin ada juga dikalangan pembaca yang rasa malas nak makan.

As baru sedar sebenarnya makan itu juga satu ibadah. As memang kuat makan tapi ada satu-satu masa as tak makan sebab as malas. Tahap malas makan tu sampai memudaratkan diri As, dan akhirnya as jatuh sakit. Malas makan tu sebab malas nak masak dan malas nak pergi beli makan. Terukkan perangai tuh??? hehehe...walau dah ada servis hantar makanan ke rumah pun as malas lagi?? ish-ish...sangat tidak comel berperangai seperti begitu.

Namun bila as dah tak mampu nak gerakkan badan sebab sakit perut yang teruk, baru as sedar as silap..ia bukan sahaja menganggu pembelajaran dan mood as malah ia turut mendatangkan kesan dalam ibadah solat.

Pagi ini as hanya sarapan dengan Nesvita di rumah dan kemudian as sambung minum nescafe dan susu strawbery di library. As memang nak makan tapi malas nak masak kemudian nak beli makan bawak masuk dalam library memamg tak boleh..itu pun curi-curi bawak air. 

Akibatnya, perut as masuk angin dan kena serangan gastrik semula...nak buat kerja pun tak boleh fokus...sebenarnya as boleh ajer tak makan seharian kalau ada susu, tapi hari ni memang rasa nak muntah dan sakit perut sangat.


Dalam jam 330 petang, as dan akak cumel pulang ke rumah dan segera masak mee goreng.. Memang sedap mee tu tapi sayang perut as dah merajuk, sakit dan rasa nak muntah lagi..

Lepas baringkan diri sampai masuk waktu magrib tadi baru ok...

Tengok betapa Allah sayangkan hambaNya dengan memberi nikmat makan. Namun hamba ini tidak reti bersyukur dan berasa malas...berdosa sungguh..

Kepada pembaca blog as, tidak salah untuk makan asalkan jangan lah melampaui batas...makanlah makanan yang halal lagi yang terbaik untuk tubuh badan kita. Supaya kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...