Langkau ke kandungan utama

Tips Putihkan Gigi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Cinta Hati As

Sihatkah anda semua pada hari ini? Sudah habiskah ganti puasa?

Hari ni as pergi cuci gigi atau dalam bahasa omputih scaling gigi dengan rumate tercinta. Tahu tak scaling tu aper? Bukan pergi jumpa doktor gigi minta dia beruskan gigi tapi dia guna satu alat macam gerudi..tapi bukan gerudi untuk cuci kotoran degil celah gusi...

Sakit??

Erm.....yerp bagi as, sebab tu as buat 6 bulan sekali ajer..hahaha..orang lain mesti wat sebulan sekali ajer..
darah banyak keluar sampai muntah as...hahaha

Tapi kejap ajer..pas kumur-kumur ok la..

cantikkah gigi anda?

Cantikkah gigi as?? Erm entah, rasa tak cantik tak putih...biasa-biasa ajer cam gigi kucing...nyawww...haha


Nyawww!!!

Macam mana anda putihkan gigi? Dengan berus ajer tak cukup untuk putihkan? Rasa macam iklan ubat gigi tuh menipu belaka. Macam-macam dah as pakai tapi tak putih pun. ;(

Ada akak senior kata gigi kuning itu lagi kuat.. betulkah?? tak mau..as mahu gigi putih dan kuat..huaah..

Tips yang as jumpa untuk putihkan gigi ialah :-


  1. Strawberi cicah bikarbonat soda pastu tenyeh kat gigi - dah try sekali tapi sayang buah tu buat camtu..so, as makan ajer yang selebihnya.
  2. Pakai Arang tumbuk pastu gosok kat gigi - tak pernah cuba lagi, sokmo terbayang gigi jadi hitam legam.
  3. Asam keping bakar - tak pernah cuba lagi
  4. Lime jus campur bikarbonat soda - yang ni putih cepat gigi depan. tapi serius, gusi as jadi bengkak, sekejap aje bengkaknye, esoknya dah ok. tapi bahaya la kan.
Kesimpulannya, lebih baik gigi bersih dari kotoran dari gigi putih sementara tapi rapuh sebelum usia tua..hehehe



jum tengok promosi akhir tahun as

KLIK SINI





Ulasan

zatul_yayah berkata…
lagi satu kak..masa gosok gigi tu, taburkan garam kasar kat atas ubat gigi..tapi ngilu sikit ar..><
Acik As berkata…
oh terima kasih dr zatul (^^)/

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya