Assalamualaikum,
Salam Ramadhan yang ke-12 kepada pembaca blog Cinta Hati As.
Adakah anda cinta pada As?? Hehehe
Hari ni walaupun as kunci jam 430 pagi, tapi mata mengantuk sangat maka As hanya dapat bangun solat sunat jam 5 pagi. Lepas sahur dan mandi subuh as cepat-cepat solat subuh pulak.
Dalam kesejukan pagi, mata kembali mengantuk dan mahu masuk tidur. Dari atas katil as ternampak housemate yang bagus si Maisa, telah bersiap melangkah keluar rumah untuk pergi lab pada jam 6.30...bagus sungguh Maisa. Dah la berbuka malam semalam dia belanja besar. Kenyang sampai ke pagi. Alhamdulillah.
Mata terus terpejam dan bermimpi
Terasa macam realiti, pergi ke satu tempat. Ini campaign kah?? Waktu solat dah tiba, air pula tiada disitu. Berlari-lari mencari bilik air untuk mandi dan wuduk bagi solat berjemaah. Masa hampir tamat. Sungguh penat berlari berebut-rebut dengan rakan-rakan lain. Ternampak orang-orang besar UKM turut datang mencari bilik air untuk wuduk jugakah? Ah...tidak peduli...siapa datang dulu dia yang ada hak..hahaha
Bila dah dapat masuk bilik air, tak dapat pulak bukak pili air...ah tension dan dalam masa yang sama terasa dihambat waktu solat. Kemudian...as terdengar orang menyanyi lagu Sepohon Kayu.
Terjaga
As terjaga dengan sendiri apabila rasa seperti leher terbelit dengan selimut. Patutla susah nak nafas dalam mimpi tu..rasa macam berlari beribu batu.
Kemudian tercari-cari nyanyian lagu Sepohon Kayu, tiada! Hanyalah ada alunan bacaan al-Quraan dari sekolah di belakang blok. Jam hampir kepada 7.30 pagi.
Akak Sa'adah dah mula bersiap nak pergi PTSL
As, bangun dengan mata separuh tertutup. Cuci muka dan sarung jubah sahaja. Kena tegur, kenapa nampak serabai saja...
Hahaha..biarkan sahaja, balut dengan selendang pashmina..
Sekian, Terima Kasih.
Ulasan