Langkau ke kandungan utama

Pureen - Thinking about baby and me (^^)/

Assalamualakikum for all my lovely readers. (^^)/

For today should i writing in english post??? nah...tak payah la...rasa macam tak sampai saja maksudnya..lain kali la eh..=p

Head to toe wash




Siapa suka produk Pureen?????? Angkat kaki!!!!


As sangat suka pada bau dan kelembutan mandian Pureen ni. Dalam keluarga as memang pakai mandian ni untuk Baby Sufiyyah SAHAJA. Kadang-kadang as ambik juga buat mandi..hehehe

Bila baca pada description botol, tertulis kat situ Head to Toe Wash. Wah,,,dalam hati as berkata ni kalau pagi-pagi dah lambat mandi pergi kerja, sangat bagus nih. Syampu terus dari kepala sehingga satu badan.

Jadi kebetulan along as bawak balik sekotak untuk jual kat kampung ada packaging berkembar bagi mini botol. Satu perisa yogurt mango pich bagi head to toe wash dan satu lagi just untuk wash perisa orange.

So, as rembat (still bayar ok) yang kembar dua tuh...

Kenapa anda rasa perlu ada mandian Pureen ni lagi-lagi yogurt dan untuk Head to Toe Wash??

Sebab...sokmolah kita tahu yogurt bagus untuk kulit dan rambut, jadi mandian Pureen ni sangat sesuai la kan.

Selain memudahkan kita mandi cepat tuk pergi kerja, ia bagus bagi mereka yang suka travel - macam as ni..hahaha..

Bila masa as pakai mandaian Pureen ni? Masa pagi sahaja atau kalau rasa panas sebelum tidur.

Balik kerja selalunya as akan pakai mandian Dettol atau Lifebuoy. Yerla..badan kita banyak peluh dan terdedah bakteria di luar rumah..kena la cuci bersih-bersih kan..(ish..macam dalam rumah takder bakteria..yer dok?? hehehe )


Wah macam bagi percuma jer Review tentang Pureen nih...takperlah...sebab as sebagai pengguna kalau produk tu bagus as akan kongsikan dengan pencinta hati as juga..

Kalau tak bagus, as citer jugak kat korang.....hahaha

 - next review maybe 

  • how to buy at e-bay with paypal
  • Tony Moly Lip Tint Cherry Pink and Red Apple 


As merupakan pengguna ebay dan paypal. Nanti as buat review yer...

Oklah byes sayonara minasan...(^_^)/

Ulasan

Unknown berkata…
eza ada dapat tester free aritu sebab dorang salah tag harga botol susu... tak sangka memang wangi.. bestje bau adi hakimi pas mandi
Acik As berkata…
@eza miza

oh yer??? bestkan bau dia..kite orang dewasa ni pun patut pakai mandian baby sebab dia lembut dan bahan kimia dia tak kuat untuk kelupas kulit..

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...