Assalamualaikum
Hari ni agak stress..bahu terasa tegang, kebas dan sakit sebab dok mengadap Penulisan Gaya UKM (PGU). Otak as pun dah tepu dengan menghafal teknik PGU. Kalau salah sikit sahaja, markah akan ditolak, dan mungkin kena buat semula..
Sekarang as da lepas solat...sambil taip entry ni as beristighfar bersama-sama dengan blog yang menyediakan alunan zikir dari blog follower as 101 cik dayang . Ini blog contoh bagi as sebab mengingatkan as untuk berzikir mengingati Allah. Alhamdulillah..
Ok hari ni hari pertama as ganti puasa. Itu pun setelah puas dinasihati oleh sahabat dunia akhirat as Kak Saadah.
Bukan as malas nak ganti, tapi sebab rasa tak bersedia dan godaan nafsu makan, dan lapar. Huhuhu..sungguh berdosa as buat macam ni.
Jadi untuk memastikan as puasa, kak saadah sanggup teman juga. Bangun sahur pun dia sanggup teman, walau pagi tadi dia teman tapi tidor..hahaha..
Alhamdulillah, sehingga saat ni as masih bertenaga walaupun puasa. Kenapa ya?
- Adakah kerana as kuatkan semangat demi ALLAH?
- atau As takutkan azab ALLAH pada hambanya yang tidak tahu bersyukur?
- atau kerana as malu dengan ALLAH sebab sering meminta segala-galanya seperti anak kecil tetapi TIDAK menjadi hamba yang baik.
Mari kita semak diri kita balik,
Kita sentiasa mahu Allah memakbulkan doa kita dalam memberi rezeki yang murah, pasangan yang baik, kehidupan yang mulia dan kesihatan yang terbaik, dan pastinya semua yang terbaiklah...
Tapi apa yang kita berikan pada Allah sebagai hamba yang diciptakan olehNya?
Sembahyang 5 waktu - cukupkah?
Puasa sebulan - penuhkah?
Berakhlak mulia - buat tak?
Menjaga AURAT - sempurna tak?
Apa yang as senaraikan di atas, bila tanya balik as tak yakin as buat semua tu..mesti ada lohongnya. Jadi antara apa yang as minta pada Allah ialah
bantulah As untuk jadi hamba yang beriman
pertemukanlah as dengan orang-orang yang beriman
jadikanlah orang-orang disekeliling as, hambu yang beriman
Ulasan