Langkau ke kandungan utama

Fenomena durian crepes

Assalamualaikum


Sudah mencubakah durian crepes? Apa pendapat anda? Sedap? Tak suka durian? Apa itu durian crepes?


Selama nih as hanya dengar jer orang bercerita pasal durian crepes. Tak pernah nak ambil tahu pun sedap ke aper ker..

Tapi minggu lepas, kak ipar as mengidam nak makan durian crepes. As pun ape lagi tumpang mengidam sama-sama..hahaha.

Maka dapatla merasa sebekas dengan isian 6 ketul durian crepes. Beli ajer..nak buat malas. Sekarag memang tengah ramai yang jual secara online. taip aje durian crepes dan letak lokasi rumah anda.

Kalau takder lagi di kawasan rumah anda, maka ada peluang la anda jual. Hehehe..begitu mudah Allah menyediakan ruang rezeki untuk hambaNya, tinggal lagi kita kena berusaha..yer tak?

Ada banyak cara nak buat durian crepes ni..semuanya as celup aja dari google.

Ini resepi atas resepi : anda perlu bijak mencari yang terbaik..as hanya copy paste ajer. Kredit bagi kepada pemilik resepi nih yer..

Resepi durian crepes

Rujukan : Hesti
Diubahsuai : http://fromintankitchen.blogspot.com/

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau


Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis


Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling

Rujukan : Hesti
Diubahsuai : http://fromintankitchen.blogspot.com/

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya


Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Cara penyediaan Durian Crepes

Letakkan crepes yang anda bulat itu ditengah pinggan ( semestinya lah kan =p)

Letak sesudu makan whiping cream ditengah bulatan crepes - boleh kurangkan kalau rasa banyak

Letak sesudu isi durian diatas whipping cream tadi

Letak kembali sesudu whipping cream

Lipat dan bungkus crepes tersebut seperti buat kuih ketayap dan berbentuk bantal


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya