Langkau ke kandungan utama

Yong Tau Fu tidak halal?

Assalamualaikum,

Dah lama as nak kongsi satu artikel dari facebook mengenai Surimi yang digunakan dalam Yong Tau Fu.

Apa itu surimi? 

Ok as akan paste kan sahaja untuk menerangkan tentang surimi yang disampaikan oleh Sahabat Halal Jakim. Moga ada orang yang boleh perjelaskan lagi isu ini.

SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ @ PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT)


PLASMA DARAH DALAM SURIMI

Makluman untuk penggemar YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT






Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku.

Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola ikan,crab stik, fish cake, mi, keropok, dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi @ lebih dikenal produk Yong Tau Foo.

Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini.

Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi.

Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi.

Penggalakan pelabelan status Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.

CREDIT TO - PROF ABDUL SALAM BABJI


-------------------------------------------------------------------------------------------

As gemar juga makan yong tau fu ni..tapi lepas ni mesti takut dah nak beli...haish..sangat rungsing..tapi takperla..banyak lagi makanan lain yang sedap, suci dan pastinya HALAL telah disediakan oleh Allah.

Makanan HALAL suci bersih sihat itu sangat bagus bagi tubuh badan dan keturunan kita.

Kalau makanan tu HARAM, pasti ada banyak masalah yang timbul..percayalah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya