Langkau ke kandungan utama

Bapa cakap Najwa Latif anak derhaka

Assalamualaikum,

Perkataan 'kurang ajar' kalau diucapkan kepada as, sudah pasti akan terguris perasaan. Apatah lagi kalau dicanang satu Malaysia. Inikan pula kalau kata kita nih anak derhaka.

Hari ni as baca berita di Berita Harian Online mengenai Ketidak Puasan Hati Bapa Najwa Latif terhadap anaknya yang popular melalui Youtube nih...

Berikut Copy Paste dari Berita Harian




Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya. 

Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif. 

Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu. 

Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan keyakinan penulis dialah bapa remaja popular itu. Latif pada mulanya meminta cerita ini ditulis dalam bentuk gosip, tetapi kami berpendapat lebih baik penjelasan sebenarnya yang dipaparkan. 

Setelah berbincang, dia akur. Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata. 

Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh. 

Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu. 

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. 

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.


---------------------------------------------------------------------------


Komen peminat najwa latif

Dalam isu nih, kita tidak tahu ape-ape...tapi kalau betul sekalipun najwa dan adik-beradiknya salah..si Bapa tidak seharusnya menyebarkan seluruh dunia, beliau seharusnya duduk berhadapan dan setelkan semuanya.

Selain itu, jika betul si bapa Najwa bercerai dan berkahwin lain, ada kemungkinan juga adik beradik mereka rasa sedih dan merajuk dengan bapa mereka.

Entahla...lain orang lain perangainya.

Apa-apa pun ini menjadi satu cabaran kehidupan artis. Kalau bukan artis pun ada jer citer macam ni keluar di berita.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bapa yg ngol....apa motif dedahkan supaya 1malaysia tau?? Mmg X waras.....tp ingatlah keredoan Allah itu trltk pd kredoan ibubpa

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya