Langkau ke kandungan utama

Macam mana nak tolak cinta?

Assalamualaikum

Lama dah tak citer hal cinta-cinta nih...haiyaakkkkk

Pencinta hati as....berapa ramai dikalangan anda sedang bercinta? atau sedang sedih putus cinta? atau cinta tidak berbalas?

As pernah bercinta??

Mestilah...

Bukan setakat pernah malah sedang dan hangat bercinta...hahahaha

Ok......Cintakan Allah, Rasul, Islam, dan mak abah...

Cinta duniawi ada juga...cuma tak larat nak senarai....

Macam Mana Nak tolak Cinta?


Sekarang ni as dalam dilema.....yaa....sebab as tak reti nak tolak cinta dan lamaran orang...macam-macam tips dah as pakai seperti : -


1. awak...hantaran saya mahal sangat..jadi takyah la eh...kang bankrupt C awak nanti

2. mesej sampai - dia : hai awak...sihat?? - as : saya ok jer. dia : saya harini kan bla..bla..  as : ( tak balas)

3. dia call... - tak angkat...

4. dia marah...kita naik angin kita marah sama...haha

5. dia minta maaf...- saya okey jer..takper..

6. dia said : saya suka kat awak - as : oh NO!!!!

7. dia mesej lagi - terus diam

8. dia mesej lagi-lagi - terus diam n diam


Sekarang....as terus diam. Tak tahu nak cakap apa..jadi diam jer la... sebelum ni dah bagi hint tapi tak faham-faham lagi. Kalau setakat berborak biasa pasal bisnes ok la, boleh layan lagi, boleh buat kawan lagi. Tapi bila masuk personal feeling ni..as tak berani nak tolak terang-terangan..sebab as tau mesti sangat pedih.

Kalau as diam pun sangat pedih juga bagi dia..

Orang cakap - ala setakat tanya khabar takkan tak boleh??

Memang boleh, tapi as takut dia rasa dia ada peluang lagi selepas as dah tolak..

Bukan as tak nak bagi peluang, cuma hati as rasa tidak boleh terima....

Dia kata as saja-saja nak kawan? tak serius nak kahwin..

Ish..ish..as memang mudah nak berkawan, tapi bab berkahwin nih as fikir masak-masak tau...

Takkan baru kenal as dah mudah jatuh cinta?

Pengalaman lepas menjadi tauladan buat diri As.

Jangan mudah memberi tanpa melihat dulu siapa yang menerima

Jangan mudah menerima tanpa melihat siapa yang memberi

Tapi jangan tidak meminta kepada Yang Maha Esa kerana Dia paling sayangkan kita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya