Langkau ke kandungan utama

Peluh Amarah racun yang boleh membunuh tikus

Assalamualaikum,

Hari ni hari khamis.

Yer...ramai yang puasa sunat..alhamdulillah

Hari ni rajin sikit as nak bangun mandi subuh...walau terketar-ketar kena air yang sejuk.

Kenapa rajin bangun mandi awal sangat hari ni? Sebab as taknak tidur lepas subuh....as nak bersiap awal pergi buat kerja.

Nak balas mesej di peti box fb, email, siapkan marketing system dan macam-macam urusan lagi.

Tapi apa-apa pun, setiap pagi, rumate as rajin nak bukak rancangan tv Tanyalah Ustaz .

Kami suka dengar dan tengok rancangan ini.

Kenapa??? Sebab ILMU

Berapa ramai dikalangan pencinta hati as rajin nak dengar ceramah?

Mungkin ada yang jawab ala mengantuk la dengar ceramah, mungkin ada jugak cakap ala memang dah tau apa yang Ustaz cakapkan tu.


TAPI.....


Berapa banyak yang anda tau tapi anda buat juga salah dalam kehidupan seharian?

Berapa banyak yang anda tau sehingga rasa dah penuh semuanya dalam diri anda?

KITA TIDAK TAHU SEBENARNYA KITA TIDAK TAHU

As pun malas juga, tapi ALHAMDULILLAH, sebab as di kelilingi orang-orang yang cintakan ALLAH.

Jadi setiap kali as tersasar, ada orang yang akan ingatkan As tidak kira sama ada secara nasihat atau melalui secara perbuatan.

Kita perlu rajin dengar rancangan ilmu seperti ini sebab kita mana tahu ada ilmu yang kita tidak tahu.
Atau kita mungkin tidak tahu yang kita dah lupa tentang ilmy yang disampaikan itu.

PANAS BARAN

Ok meh as nak kongsi sikit tentang sifat Panas Baran dan kurang sabar melalui rancangan Tanyalah Ustaz.

As memang tak ingat siapa ustaz tu...sebab as memang begitu...alangkan Ustaz Azhar pun as ambik masa nak kenal...

Topik yang disampaikan ialah SABAR

  • Tahukah ANDA? - Rasulullah S.A.W merupakan seorang yang sangat penyabar. Walaupun baginda dibaling batu dan najis sekalipun, baginda tidak mendoakan orang-orang tersebut ditimpa bala. 

  • Kita tahukan doa seorang nabi selalunya di makbulkan Allah? Jibrail waktu tu dah minta Rasulullah supaya berdoa dengan Allah untuk turunkan bencana. Tapi Rasulullah S.A.W kata tidak.

  • Terdapat satu kajian yang mana jika kita ambil peluh orang yang sentiasa panas baran, suka marah-marah, dan disuntik kepada tikus, maka akan mati tikus tersebut.

  • Jadi cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada badan orang yang kurang sabar dan panas baran ni jika sepanjang masa berperangai macam itu? Kita dah boleh nampak, selalunya diorang ni akan ada penyakit jantung dan strok...(~~)/
Kesimpulannya kita kenalah banyak bersabar. Sebab pemimpin kita, Rasulullah S.A.W pun bersabar sedangkan doanya lagi mustajab.

Tetapi, dalam bab Islam....Rasulullah tidak akan bersabar, jika ada orang yang menghina dan menjatuhkan Islam, maka baginda akan marah. Jadi janganlah kita diamkan diri pulak bila ada orang perlekehkan Islam...



Kata-kata untuk diri sendiri :

As, biarla orang kata as muka bolat, pinjam duit as taknak bayar, as tak kahwin-kahwin, as apa-apa sahajalah...SEMOGA semua perbuatan itu dibalas oleh ALLAH.

Walaupun sedih..huaaaa....tapi as tetap akan cuba bersabar....InshaAllah....






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya