Assalamualaikum,
Minggu lepas as menerima berita pemergian arwah adik Adam Syukri. Siapakah adik ini? Jika ada yang tak tahu boleh la buat carian di Internet.
Siapa dia dengan as? Dia hanyalah saudara seIslam dengan as, keturunan Nabi Adam a.s, seorang hamba Allah dan penghuni syurga.
Adik Adam meninggal dalam usia yang muda. Pemergiannya dengan fizikal yang sudah cukup cantik dan sempurna berbanding semasa kelahirannya dalam keadaan yang sungguh rasa kasihan. Namun, ibu dan ayahnya tidak pernah berputus asa untuk mengubati anak mereka.
As tertanya-tanya sekuat manakah hati ibubapa yang menerima anak penghuni syurga ?
Dalam masa as menerima perkhabaran kematian adik Adam, as terbaca status kakak ipar. Sungguh pelik dan muskil dalam hati. Hendak tanya takut tak kena tempat...harap-harap tiada apa yang berlaku.
Balik kampung
Setelah lama tak pulang ke kampung, abah desak juga minta cari tiket pulang. Along pun tanya as pulang ke tak?
Mujur ada tiket.
Abah datang bersama Sufiyyah....dari jauh dah nampak senyum lebar sufiyyah. Mulutnya sangat petah bercakap, tapi kelakarnya panggil as ni dengan sebutan 'Asyik'...puas ajar 'A~~chik'. Ala kejap sahaja...bunyi achik..pastu asyik..asyik...sampai as pun nyanyi lagu amalina...hohohoho...
Along sekeluarga dah berada di rumah mak semalaman.
Malam tu, abah mak bertanya sesuatu kepada along dan kakak ipar as tentang perkara 'KENAN'. Mak pesan suruh membaca surah-surah yang boleh membantu ibu mengandung. Abah juga mencadangkan buku-buku yang dicarinya kepada along.
As macam biasa suka menyampuk..., sambil berseloroh jangan tengok citer Star Wars atau alien-alien, nanti jadi macam adik Budin masa lahir...
As bertanya ada masalahkah dengan kandungan? Kakak ipar tersenyum sahaja, biarlah mak sahaja yang ceritakan kepada as katanya.
Lepas mereka keluar daripada rumah, as desak mak cerita dengan cepat.
Anecephaly
Apakah itu? mak tidak menyebut bahasa doktor. Mengikut kata mak bayi dalam kandungan kak ipar as tiada tempurung kepala. Anecephaly lebih menjurus kepada tiada otak. Tapi, bayi dalam kandungan kak ipar as ada otak cuma tiada tempurung sahaja.
Contoh bayi tanpa tempurung kepala dalam kandungan |
Tersirap darah as..terkedu lidah...tak nak percaya...bertubi-tubi soalan keluar dari mulut as.
Pakai scan jenis apa? tak buat 3D? 4D? terlalu awal bukan?
Tapi as bukan doktor. Tapi doktor juga bukan tuhan.
Along bagitahu mak, kak ipar bagitahu abah.
As tak dapat nak bayangkan situasi yang tegang itu.
Mak menangis mengenankan nasib along.
Kata mak : Ya Allah!, sungguh berat ujian yang kau tanggung long... Sungguh kau orang-orang yang beriman lagi kuat penyabar.
Yer abang long as, seorang yang sangat penyabar. Seorang yang pendiam tapi masih boleh bergurau. Air muka long tidak garang. Seorang yang sangat rajin dan suka membantu orang.
Esoknya, sedang duduk dengan kak ipar, dia pun tanya as dah tau ker? As hanya jawab sikit-skit...
As minta penjelasan..
Kak ipar bagitahu, dia dah buat check up di 3 klinik. Semua jenis imbasan dah buat..ternyata hasilnya sama.
Salah sebuah klinik, doktor Cina mencadangkan supaya GUGURKAN bayi tersebut.
Along dan Kak ipar dalam dilema, mereka pergi berjumpa dengan doktor pakar Islam. Atas nasihat doktor Islam tersebut, tak baik jika nak gugurkan bayi ini. Sebab Allah dah tiupkan roh ke dalam jasadnya.
Kak ipar masih tersenyum semasa bercerita hal ini. As dalam hati hanya tahan diri untuk menangis. Muka rasa ketat tahan air mata keluar...senyum juga...
Kak ipar cakap, bayinya perempuan, sangat aktif, sudah cukup semua sifatnya, sudah boleh nampak jari-jari halusnya main genggam-genggam.
Ya Allah, sudah terjawab persoalan as. Mungkin anak itu bukan daripada as tetapi ia sebahagian daripada keluarga as dan paling rapat dengan as.
Ainul Sufiyyah pun sudah tidak sabar nak dapat adik. Kak ipar as pun tak tahu sufiyyah bahasakan dirinya akak.
Ini akaknyer..itu asyiknyer (acik punyer)...- teruja as dengar sufiyyah bahasakan dirinya, sebelum tahu cerita daripada mak.
As cakap takperlah takder tempurung kepala, nanti dah lahir besar sikit, bolehlah pasang tempurung kepala palsu.
Tapi......doktor kata tak boleh.....sebab bayi ni kalau hidup pun mungkin sehari dua jer...
terkedu lagi lidah as....
sehari dua jer??
Apa-apa pun ni kuasa Allah yang hendak menguji hambaNya.
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segalanya.
Ulasan