Langkau ke kandungan utama

SAHABAT menjadi KEKASIH

Assalamualaikum..

Topik kita hari ini ialah sahabat...eceh cam as ni penceramah pulak kan..hihihihi

As tak ramai sangat kawan, di facebook pun tak ramai jugak..adala se dua ratus orang...tapi sekerat dua yang as kenal, yang lain tu mungkin peniaga online atau customer as.

Kat luar pun as tak ramai kawan, tapi as ada ramai kenalan.

As buat perbezaan antara kawan dan kenalan.

Bagi as kawan tu macam kalau jumpa..mesti bersapa... pernah borak-borak yang simple-simple..."eh dah siap kerja sekolah?"....tau sikit-sikit latar belakang dan pernah juga makan bersama...itu sahaja.

Kenalan pula bagi as hanyalah kenal nama dan muka atau mungkin hanya cakap untuk .."as, pinjam pen" dan  senyum sahaja jika jumpa.

Bagaimana dengan anda? 

SAHABAT

Apa maksud sahabat? Mengikut definisi kefahaman as : Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita, tau rahsia kita, berkongsi suka duka, makan sepinggan, tidur sebantal...- (okey sama jantina dan tidak lebih-lebih yer ), pernah juga bergaduh.


Sahabat anda lelaki atau perempuan?

As ada sahabat perempuan dan sahabat lelaki. Alhamdulillah, as bersyukur sangat-sangat sebab Allah mengirimkan sahabat-sahabat as ni.


Sahabat-sahabat as adalah terdiri mereka yang sangat menjaga Islam, menjaga akhlak, menjaga persaudaraan dan menyayangi as, menegur as jika ada tersalah langkah, tidak membiarkan as berseorangan dan sentiasa menarik tangan as untuk pergi ke arah kebaikan
Bergaduh

Kita bukan insan kamil. Jadi as pernah jer bergaduh dengan sahabat-sahabat as. Menangis aja la...tak bercakap...muka pandang dinding...merajuk....telefon abah mak bagitau tengah merajuk dan menangis dalam telefon tanpa bicara apa-apa....

Mak abah pun bagi nasihat....apa nak kecoh-kecoh...pergi pada sahabat tu...chokek pinggang dia...hahahaha



Memang nak dapat pelempang, kalau sahabat as tu jenis panas baran...hohoho

Terlajak kata

Ada sekali, sahabat as nasihatkan sesuatu, as buat macam yang dia nasihatkan...tak menjadi...as nangis dengan teruk sekali..dan tanpa as sedar as termarah kat dia (sepatutnya as yang salah kenapa nak salahkan orang lain)...sahabat as terus pujuk dan minta maaf...tersentap hati as...sebab tersedar dengan kesalahan as sendiri....adoiyai kenapa la mulut ni terlajak kata....

Mesti sahabat as sedih juga waktu tu...as pun minta maaf


Sahabat menjadi Kekasih yang membawa ke syurga

Maksud as : daripada sahabat menjadi suami atau isteri

Macam as cakap kat atas, sahabat-sahabat as adalah orang-orang yang hebat, berbudi pekerti dan sangat menjaga diri sebagai hambaNya.

Kalau sahabat lelaki as, time keluar beramai-ramai...mereka akan jaga keselamatan dan menghadkan pergaulan kami.

Sahabat-sahabat lelaki as juga tidak takut untuk tegur as jika as tersingkap aurat.

Oleh itu, as pernah berseloroh dengan mak...kalau sahabat-sahabat lelaki as ni nak melamar as jadi isteri, as terima mak..


Persoalan : ada tak sahabat - sahabat lelaki as yang nakkan as sebagai isteri?

As pun tak tahu...jadi as pun jadi CAT yang curiosity.... as tanya pada sahabat-sahabat lelaki as ni..

Dialog as dan sahabat-sahabat lelaki :

As         : Awak nak tak jadikan saya isteri awak? 
Sahabat 1 : InsyaAllah jika awak adalah jodoh saya.

As           : Awak suka saya tak?
Sahabat 2: Hanya Allah yang tahu.

Okey......jadi as fikir as bukanlah untuk mereka...sebab as tahu as tak layak untuk mereka ni...(~~)/

Jawapan yang diberikan mereka ini adalah jawapan satu masa dahulu...

I am a dead cat.....(T_T)

Sekarang? ....




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya