Langkau ke kandungan utama

Dendam itu bara Marah itu api

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum as titipkan doa selamat ke atas pembaca blog Cinta Hati As.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah daripada hasutan syaitan yang direjam

Entri ini khas buat Cinta Hati As

Marah itu api
Dendam itu bara

Tidak dinafikan, as sendiri seorang yang pemarah, perajuk dan penangis..
Oleh itu entri ini juga adalah ingatan buat diri as sendiri juga dan buat tatapan pembaca blog Cinta Hati As

Rasulullah SAW telah mengajarkan kita bahawasanya jika kita tengah marah maka berwuduklah

Jika berdiri - duduklah
Jika duduk - baringlah


Apa-apa pun kita cubalah bertahan marah dengan beristighfar dan berzikir selagi mana musuh kita itu tidak mencemarkan Islam

--------------------------

Ramai yang tahu iblis tidak senang duduk melihat kebahagiaan keturunan Adam a.s

Oleh itu, dia mengepalai tentera syaitannya untuk memastikan setiap anak adam di hasut terutama dalam keadaan marah.

Apa yang as perhatikan ketika marah as sendiri pun hilang kawalan...dan as juga lihat orang yang marah
ni tiada lagi rupa yang cantik...

Pernahkah anda melihat orang yang dirasuk syaitan?

Ye, as pernah tengok.

Orang yang pemarah ini sebenarnya syaitan tengah bermaharajalela dalam dirinya...
Nafas tidak cukup, mata merah dan muka tegang penuh dengan darah panas di kepala...

Orang yang tidak berjaya mengawal hati panasnya selalunya akan berkesudahan dengan tidak baik

As tidak perlu menerangkan panjang lebar, sebab kebanyakan orang yang pemarah ni akan menegakkan benang yang basah

Apa-apa pun selagi kita ini bernaung bawah Allah, insyaAllah kita akan rasa aman dengan setiap zikrullah..

As percaya pada Allah kerana as sangat yakin tiada lagi berkuasa selainNya.

Sekiranya kita teraniaya oleh musuh kita, Allah telah menjanjikan untuk memakbulkan doa kita...

Angkatlah tangan tinggi sambil berdoa kepada Allah untuk meminta pengadilan.

Kita tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukum kerana kita hanya manusia dan kita telah di ajarkan undang-undang yang terkandung dalam alQuran.

As yakin Cinta Hati As dapat bersabar.

Jika perlu berhijrah untuk tenangkan hati...pergilah...as takkan menghalang, cuma as doakan agar semua Cinta Hati As berbahagia dan selamat.

-------------------------------

Soalan kepada mereka yang suka perbalahan

Adakah anda kurang kasih sayang?

Adakah anda selalu disakiti sejak dari kecil?

Adakah anda mencemburui kebahagiaan orang lain?

Kenapa anda berani menyatakan kebohongan? adakah ia sudah sebati dengan lidah anda?

Tenangkah hati anda?

Siapakah yang anda sembah?
---------------------------------

CARA MENCEGAH KEMARAHAN


1. Jauhi akhlak yang tercela
- seperti sombong, tinggi diri, bangga diri, menghina orang lain, banyak bercanda dan suka berdebat

2. Didik diri dengan akhlak mulia
- seperti sabar, berlemah lembut, tidak tergesa-gesa dalam segala hal

3. Berlatih memaafkan orang yang membuat salah

4. Bersikap tawaduk

5. Mengucapkan ta'awwuz - Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

6. Mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk atau duduk kepada berbaring

7. Berhenti berbicara

8. Berwuduk

Rujukan : Buku HADIS 40 IMAM NAWAWI



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya