Langkau ke kandungan utama

MATI ITU PASTI, HIDUP ITU INSYAALLAH

Assalamualaikum,

Sepatutnya as menulis entri ini di Bangi, Selangor. Tapi as terkandas di Temerloh, Pahang kerana bas kesukaan as tidak berjalan ke KL untuk hari ni...kenapakah????

As dah molek salam peluk cium atuk minta ampun maaf, bila tiba masa as nak beli tiket balik KL tengok status di kaunter tiket 'PERJALANAN KE KL HARI INI TIADA'....ok bukan habis tapi tiada??

Maka as pun tengok bas lain...majoriti dah habis dan paling awal pun ada jam 4 petang.

Kalau naik bas jam 4 petang...maknanya as akan sampai lebih kurang jam 630 petang....atau mungkin lebih lagi sebab hari ni ahad, ramai budak cuti sekolah da balik...lepas tu tukar tren 2 kali mesti da sampai malam di bangi...pastu jalan sorang-sorang dalam gelap..takut...

Maka dengan nada gembira mak abah, balik pagi esok sahaja la...buat-buat muka risau, padahal sukar nak melepaskan anak TUNGGUL tunggal perempuan mereka ni (@@)

cukuplah celoteh pembuka bicara as
--------------------------------------------------------------------------------

Masuk kepada tajuk di atas....

MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH


Ayat ini menjadi penguat hati as....

Sekarang, atuk as uzur dan berada di hopital...

As diminta balik seawal mungkin sebelum terlambat, jadi as pun balik la hari jumaat lepas.

Semalam Sabtu as temankan atuk sebelah siang..atuk nampak cergas dan sihat..

Harini jumpa atuk lagi, (kononnya nak balik tapi situasi seperti cerita diatas)...

atuk kembali lemah.....dia mengadu jantungnya sakit, bengkak di kaki masih belum surut....

Umur atuk dah lanjut, hampir 90 tahun atau lebih lagi mungkin...

Atas faktor usia, as dan keluarga sentiasa bersedia...sebab MATI ITU PASTI dan tidak mengenal usia, kesihatan, amal ibadat dan kekayaan..

--------------------------------------------------------------------

Banyak benda yang as terkilan...dan as tak mampu untuk luahkan di sini..

Dalam diam as menangis kesedihan....

As cuba belajar memahami hati manusia-manusia di sekeliling as tapi as juga perlu belajar memahami hati as juga..

kata BEWARE ( nama orang yang as tak kenali) manusia bukan robot maka jika ditimpa dugaan pastikan berubah.

Ya Allah, jika as menerima dugaanMu yang sangat berat...as mohon sangat agar as tidak berubah kepada kejahatan..


--------------------------------------------

As tak tahu bila sakaratul maut akan datang menjemput nyawa atuk...tah tah as yang pergi dulu...tapi antara satu hajat atuk ialah nak tengok as kahwin.

Sempatkah? Cinta Hati As tidak dapat tunaikan atas beberapa faktor yang menghalang...

Kalau diizinNya akan bersua, jika tidak tak mengapalah...as tiada kuasa untuk semuanya.

Sekurang-kurangnya, sebelum mata atuk tertutup rapat, atuk tahu as akan berkahwin InsyaAllah.

------------------------------------------

Siapa atuk as?

Atuk as orang Kedah

Muka keluarga as di kedah selalunya satu pesen...jadi bila depa datang, semuanya as kenal..sebab sepesen...

Atuk as hanya ada seorang cucu perempuan...iaitu AS...yer as bukan sahaja memegang title anak perempuan tunggal malahan cucu perempuan tunggal..-> adakah ia satu kebanggaan?

Atuk as seorang yang bijak, lemah lembut dan sayangkan cucu dan cicitnya.

Tapi abang za as adalah cucu kesayangannya, menyebabkan as cemburu..

As kalau tak puas hati as akan beritahu...tuk ni banyak lebihkan abang za dari as...(sambil menangis)

As memang tak suka kalau orang berat sebelah, hati as terguris sangat...dan as lega kalau bagitau supaya mereka sedar...

As berat sebelah juga?? sekarang ni yer....abah dan mak kata as asyik bela Cinta Hati As jer...

Ok pasal hal tu as dah perjelaskan pada mereka atas sebab apa tindakan as.

--------------------------------

Tetiba terdengar suara mak dibawah....atuk semakin kritikal...paip saluran kencing dimasukkan...kesian atuk..dia sangat bencikan paip tu..sangat sakit katanya..

Teringat semalam Atuk meracau dalam tidur. As kejutkan atuk...apa yang atuk mimpi?..

Tadi atuk bagitau dia banyak mengigau....

As terdiam dan berfikir sesuatu,,,kemudian -> Allah...banyakkan sebut Allah, insyaAllah atuk dah tak mengigau.

---------------------------------

Sakaratul Maut...

Tahukah kita, apabila ajal semakin dekat, iblis akan menghampiri kita dalam pelbagai bentuk, merayu-rayu pada kita sampai kita mungkin terlupa dan lalai terhadap Allah?

Peranan ahli keluarga pada masa ini adalah sentiasa mengingatkkan pesakit agar tidak lupa Allah.

Pengalaman as semasa sakaratul menjemput arwah nenek dan atuk dulu, mata as sangat mengantuk yang luar biasa.

Waktu itu as masih budak dan ada satu masa lagi as dah sekolah menengah....

InsyaAllah, jika diberi peluang untuk menjaga atuk lagi, as akan kuatkan semangat agar atuk pergi kepadaNya dengan cara yang baik...

As tidak akan berputus asa...selagi nyawa tidak dicabut...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...