Langkau ke kandungan utama

Siapa contoh tauladan anda?

Assalamualaikum...

As tidak tahu rupanya as tidak tahu..

Itu lah apa yang abah bagitau setiap kali as bising-bising tentang macam-macam hal

Abah dan mak adalah contoh tauladan paling dekat.

Kemudian dari mak abah, turun pula tengok keluarga abang-abang as.

Kemudian dari situ as pandang ke kiri dan kanan, as tengok tauladan dari keluarga pakcik & makcik as

Kemudian as pandang sebelah rumah as tengok tauladan keluarga jiran-jiran as

Masih tidak cukupkah lagi?

Tauladan Rasulullah dan para nabi telah as pelajari sejak dari kecil lagi..

Tapi kenapa???

Kenapa as tidak mengikut semua tauladan yang baik dan masih menjurus kepada keburukan?


Sebab gelojak hawa nafsu..memperlihatkan semua yang buruk itu INDAH


Ya Allah, kuatkan lah hati as ini..


Lindungilah diri as, kaum keluarga as dan juga sahabat handai as daripada godaan syaitan dan juga hawa nafsu sendiri...


As akan cuba jadi seorang yang lemah lembut,
As akan cuba jadi seorang yang tidak mudah naik darah
As akan cuba jadi seorang yang COOL
As akan cuba jadi seorang yang rajin...buang SIFAT MALAS...

MALAS---> kak saadah dan housemate yang lain risau akan sifat as ni....

tapi tak tahap kritikal lagi....as tak suka tau buang sampah ikut dan...atau malas mandi, atau malas basuh baju...euwwwww

as tak tahap yang itu lagi tau....(^^)

---------------------------------------------

Gambar ni sekadar hiasan yang mungkin tidak bermakna buat anda..tapi as saja letak kepada mereka yang mungkin belajar daripada tauladan...

Oh yer..pakai tudung tak perlu kena tengok contoh orang yer...

Sebab ia salah satu undang-undah Allah, tiket masuk ke syurga

Kat Malaysia pun ada undang-undang nak bawak kenderaan kan?? kalau tak ikut... kena denda, masuk penjara..

Allah pun dah letakkan hukuman kepada mereka yang langgar undang-undangNya..

Akhir kata.....
contohilah akhlak dan tauladan yang baik....jika kita ikut rasa binasa, ikut hati mati, tapi ikutlah perintah Allah dan Rasul maka selamatlah dunia akhirat..insyaAllah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...