Langkau ke kandungan utama

Moody pada saat terakhir Ramadhan

Assalamualaikum........................................................

Allahu Akhbar

Kita dah masuk ke fasa terakhir di bulan Ramadhan dimana seluruh umat Islam mengharapkan akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Apa itu malam Lailatul Qadar?

Malam yang lebih baik dari 1000 bulan, (kiranya jika kita beribadat pada malan itu, akan dapat pahala amalan seperti seribu bulan) dan turunnya ayat al-Quran....

mari kita baca selanjutnya...(^^)

Copy paste dari Wiki yer.....as tak rajin nak taip semua...(^^)

'Lailatul Qadar (Bahasa Arabلیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandangan jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. 

Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. 

Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada tak dikalangan pembaca blog as yang merasai kedatangan malam Lailatul Qadar?

As rasa as tak pernah lagi...

Tapi as pernah mendengar cerita dari pakcik makcik as, satu pagi yang dingin (10 malam terakhir Ramadhan) kira waktu yang terbaik untuk tahajud...arwah nenek as nampak beberapa orang yang berpakaian jubah di ruang tamu. Kumpulan tu hanya melintasi depan nenek dan ghaib menerusi tingkap rumah.

Nenek macam terkejut juga la, bimbang jika pencuri, rumah pakcik as memang akan ada polis ronda atas pelbagai faktor. Tapi itulah...memang tiada tanda-tanda pecah masuk....kira pandangan nenek seperti melihat bayangan dan ghaib begitu sahaja.

Pelbagai spekulasi di buat dan pakcik makcik as fikir nenek mungkin dilawat oleh malaikat-malaikat pada malam lailatul qadar sewaktu ingin bertahajud kepada Allah.

Hurmmmmm......teruja kejap as masa menulis nih....

Arwah nenek baru saja pergi awal tahun ni. 

Kalau dia hidup, dia akan sentiasa memberi nasihat agama yang paling asas. 

Contohnya : Solat sunat la dulu sebelum kamu hendak jalan jauh.

Mata nenek pula sangat baik walaupun umur menjangkau 100 tahun dan dia tidak nyanyuk pada usia tuanya.

Jika as dekat dengan dia, as kenalkan diri dan dia akan ingat dan bertanya khabar ahli keluarga as yang lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH

10 Ramadhan terakhir ini, as cuba yang terbaik untuk beribadat dengan hati yang tenang tanpa perasaan yang tidak baik.

As tahan marah, as tahan menangis tapi as gagal

As cakap dengan abah, bolehkan kita tidak ada perasaan marah? bolehkah kita tidak ada perasaan sedih?

As bukan robot abah...as manusia...

Sakit sangat jantung as kawal marah, as tahan menangis sampai as tak dapat tidur...

Akak yang melihatkan keadaan as pun berkata "istikharah lah as" mohon petunjuk dariNya.

As tak dapat tahan lagi, maka as menangis.

Hati as rasa hiba sangat dan as tak dapat nak luahkan pada mak abah

As tak nak mak abah bersedih, as nak mak abah sentiasa gembira.

Pagi ni pula as call mak, dan mak bagitau dalam perjalanan buat medical check up....harap result doktor semuanya ok...kalau tak mak kena pergi HKL lagi...kesian kat mak kalau kena minum IODIN lagi...as taknak mak minum dah benda tu...as yang tak minum pun turut demam panas masa jaga mak selama 1 minggu...jadi apatah lagi mak yang terpaksa minum benda tu untuk rawat kanser.

Hati mak tak boleh disusahkan lagi dengan rungutan as yang tak seberapa ni....apa yang as borakkan dengan mak melalui telefon hanyalah persiapan raya kami sekeluarga. Mak minta as buatkan kek, lepas tu mak teringin nak makan popia kecil.

As dah cari tak jumpa yang gulung, as jumpa yang simpul...kalau ada rezeki mak, bolehlah rasa nanti.

Dalam berborak dengan mak, air mata as menitik lagi.

Hati rasa sayu. Kenapa emo sangat as?

As mohon doa pada Allah, agar diberi ketenangan dan lupakan semua perkara yang buat as sedih.

As quote balik kata-kata abah

" Kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita tidak tahu"

Jadi sabarlah wahai hati as yang terluka, MARAH itu MUDAH, SABAR itu INDAH.

Mungkin ada hikmahnya atas apa yang terjadi...belajarlah as...belajar lagi

As bukan kasyaf dan as juga tak nak tau apa-apa...as tak nak hijab terbuka di mata, telinga dan hati as.

As tak nak semua tu sebab as takut sangat kalau dapat tau

Ya Allah sekiranya dibuka hijab itu, as mohon sangat diberi kekuatan hati, kerana Engkau Maha Pengasih maka kasihan la as.


Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa kaum keluarga dan sahabatku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. 

Ulasan

as tabahkan hati yer, kakak doakan segalanya baik2 untuk as dan keluarga... In Shaa Allah...Amin...
Acik As berkata…
terima kasih kak..:)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya