Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Sekali Ombak melanda sekali pantai berubah

Assalamualaikum..



Apabila diberi sedikit kebebasan untuk berhibur dengan alam semula jadi, hati as rasa girang sekali.

Pantai di atas adalah kawasan larangan UPM..terima kasih kepada sahabat as, ayu pelajar UPM bawa kesini.

Sangat cantik dan indah kawasan pantai ni, lagi-lagi takder sesiapa disitu, terasa diri ni empunya pantai...(sekadar perasan diri)

Maka as pun berlari-lari anak dan berkejar-kejaran dengan ombak sambil berbicara...oh ombak..sila tangkap saya....

Terjerit-jerit as apabila ombak hampir saja menyentuh hujung jari kaki as yang berstoking...

Sungguh indah ciptaan Allah untuk dinikmati hambaNya.

Tidakkah kita tahu bersyukur?

Jauh mata as memandang ke laut sehingga tidak tahu apakah pengakhirannya di sana?

Mula terfikir kembali...as adalah manusia...makhluk yang akan kembali kepada Pencipta. Bagaimanakah pengakhiran as nanti?

Mati dalam keadaan yang hina atau mulia?
Mati dalam keadaan yang banyak dosa atau kurangnya pahala?

Sudah berapa lama as tidak melakukan solat sunat taubat?

Hurm...sekali pantak sekali masuk....emak tidak putus mengingatkan solat taubat setiap hari.

Dulu as berdosa kepada ibubapa, sekarang as berdosa kepada suami.

Ampunkah dosa-dosa as wahai Suami dan Ibubapa as?

Tetiba hati terasa sayu...

Setiap hari mengingati mati tapi as diingatkan tiada guna sekadar ingat di hati tapi tidak pada perbuatan.


0 orang komen as:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...