Langkau ke kandungan utama

Berita Baik VS Berita Buruk

Assalamualaikum,

Kepada pembaca setia blog Cinta Hati As...

Alhamdulillah as dah lulus viva master Management Information System...pada 3hb April 2014. Tetapi dalam hari yang sama as di maklumkan oleh doktor as keguguran.


Ya 1 Mac 2014 as telah disahkan hamil 4 minggu. Teringat lagi saat gembira En Husband....eh..betul ker nak jadi bapak dah...
Hari-hari membayangkan saat baby akan membesar dari dalam perut....dan saat dia dilahirkan...

Kepada ahli keluarga paling dekat iaitu mak abah, adik beradik dihebahkan awal meminta doa keberkatan dan keselamatan 

Selepas 10 minggu as beranikan diri letak perkembangan baby di facebook...ramai kawan-kawan yang mendoakan terbaik...kemudian as privatekan status untuk tatapan diri dan husband saja. Sebab teringat pesanan bahawa kami tak digalakkan menceritakan hal ni kepada umum atas faktor keselamatan.


Putaran masa imbas kembali.
30hb as di minta outstation ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri meeting syarikat. 31 hb as pulang semula ke Selangor. Memang sangat penat, pinggang dan pinggul terasa sangat-sangat sakit....

1hb as mesej bos untuk masuk lewat, kerana badan rasa sangat sakit....ya..mungkin orang lain pun penat...
bos faham dan benarkan.

2hb dan 3 hb as da apply cuti untuk persediaan viva master tambahan 2hb adalah check up kandungan baby..

Pagi 2hb, En husband kerja malam, so as just minta belikan sarapan jumpa di KK Bangi. Jalan jem...so perjalanan yang dekat rasa panjang. Lepas selesai urine dan blood test, nurse check tummy....ya...dia kata kecil lagi ni....baru 2 bulan setengah...HB cantik 11.3, tiada sebarang masalah lain...dan usia kandungan 18 minggu akan scan lagi....untuk check semua....alhamdulillah as balik dengan senang hati...bersiap sedia untuk buat slide presentation viva...

Pagi 3 hb...kemas rumah untuk hilangkan rasa gementar...setelah selesai as mandi sekali lagi, rasa badan tak selesa dan kebetulan air di rumah sedang dicatu..so as angkat air dalam tong kecil...takper...baby da kuat ni....kata as dalam hati...kemudian perkara yang paling as takuti terjadi....spotting blood!!


Call mak, teruk kena marah, call husband...discuss minta lambatkan masa viva, call penyelia tak boleh nak lambatkan sebab hari tu as sorang jer viva..so boleh rushing...

BILIK VIVA

Hari tu as tak rasa debar nak viva tapi as debarkan pasal baby....

Masuk dalam bilik viva presentation as tak sampai 20 minit...sebab nak cepat...tunggu keputusan pemeriksa...dan as LULUS...

Semua orang cakap tahniah...tapi as tak dengar apa dah...as cakap dalam hati cepat...cepat..cepat.....

En husband dah bising...suh cepat nak kejar ke KK Bangi...sampai di KK, as berdoa...biarlah ia pendarahan biasa...

Tapi doc buntu...berapa kali dia scan...darah ambil lagi...2 lubang sudah badan as dicucuk..takper..takper...

Tapi keputusannya....Puan...Kandungan puan tidak menjadi....baby mula mengecil 1 cm dari scan yang sebelumnya...

Doc kata lagi 80% saya percaya baby ni tak menjadi...sila rujuk pakar O & G di hospital hari ni juga.

As terdiam...20 % mungkin ada peluangkan??

Keluar bilik doc, muka tersenyum kelat, tarik tangan suami dan terus menangis dalam perjalanan ke hospital.

Kami banyak berdiam..sampai di hospital kajang, keputusan yang sama diperolehi.

As sukar nak terima keputusan doktor. Mungkin mesin rosak….

PROSES D&C


As dan husband ambil masa sampai 7hb April  untuk membuat keputusan untuk cuci rahim. Semua ahli keluarga as beri cadangan yang terbaik. Tidak perlu tunggu sehingga 2 minggu untuk dia gugur sendiri. Kerana bimbangkan toksin dan jangkitan kuman.

Dalam masa yang sama pendarahan makin banyak setiap hari. Tapi as kuatkan hati, baby okey...

Abah call tidak henti pujuk buat proses D&C, husband pun bersetuju dengan abah untuk bawa as pergi hospital.

Akhirnya as dengan berat hati masuk wad malam 7hb. Doktor check sekali lagi, pendarahan memang terus berlaku. Dan as diberitahu akan masuk bilik bedah jika ada kekosongan. As perlu puasa 12 jam…tapi as dah tak lalu nak makan…last lunch hour 1 pm masa di office.

8hb, tangan dah masuk iv…ya sakit kena cucuk…tapi sakit lagi perut as…selepas doc masukkan ubat…


Kemudian as tumpah darah yang banyak….mujur tak pengsan…akhirnya baby keluar dengan kantungnya…as ambil dan cuci sebelum serahkan pada nurse.

Doc buat scan, masih ada sisa daging dan darah beku dalam rahim as…maka as disiapkan dan dikejarkan ke bilik operation. As hanya sempat mesej pada husband yang tengah bekerja...

Dalam hati...ya Allah, harap tiada berlaku apa-apa pada rahimku…macam-macam cerita as dengar pasal proses cucian ni…hati as rasa gentar.

Allah kabulkan juga doa as agar baby tak disedut melalui proses D&C…tak tahu kenapa hati as rasa tak rela ia disedut… mungkin rasa kasihan kerana proses yang dilalui oleh baby walau ia belum bernyawa.

Proses D&C membuatkan jasad baby hancur..as rasa sedih...as berdoa tanpa henti agar dia keluar secara normal


Selesai sahaja operation…as tak boleh bangun selama 7 jam..kerana ubat bius…

Husband di sisi sekejap sahaja…sebab waktu melawat dah habis sewaktu as selesai operation…terasa sedih apabila mak guard suh husband keluar….as merayu tunggu sekejap…biarkan sahaja mak guard nak marah…husband akur…

Selepas 7 jam berlalu…as da boleh angkat kaki, tiada rasa sakit di perut.

Doc check jantung as setiap masa bimbangkan as..

Kemudian as merayu nak balik malam tu juga…kebetulan abah datang…maka dibawanya as pulang temerloh.


Kalau ditanya tak sakit? As cakap tak…kalau cakap ya…mau dok bagi pulang??

Sampai temerloh jam 2 pagi… mula terasa bisa…selepas ubat bius dan tahan sakit hilang..

Tapi kepedihan hati as lagi sakit dari itu.

Bangun esoknya seperti dalam mimpi….pegang perut…baby dah tiada dalam perut as..

Ramai pihak yang rasa bersalah atas kehilangan ini…tapi as minta tidak perlu…untuk apa anda rasa bersalah? Segala kesalahan hanya terletak di bahu as seorang...

Satu pengajaran besar buat as diatas kehilangan ini..ialah satu tanda ingatan dari DIA…mungkin as terlalu lalai dengan hidup as…terlalu rasa senang…atau mungkin terlalu yakin as ni baik...tah-tah ada orang tak suka. Jadi sentiasalah cuba terbaik untuk buat baik..tapi jika orang masih bencikan kita..serahkan sahaja Allah sebagai Hakim. Siapalah as ini...


Buat anak, walau ruh masih belum ditiup ke dalam jasad mu. Ibu tetap menganggap kamu anak ibu...kita berbicara dikala ibu suka dan juga sewaktu ibu sedih menangis. 

Ibu akan belajar redha dan merawat segala kelukaan dihati ibu. Kehadiran awalmu antara berita yang paling gembira selain ayahmu masuk melamar ibu.

2 bulan setengah adalah memori terindah antara kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya