Langkau ke kandungan utama

Selamat tahun baru 2018

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi diberikan umur oleh Allah SWT untuk masuk ke tahun 2018.

As masih lagi bekerja dengan syarikat "orang lain".

Ya...surat perletakkan jawatan dah print banyak kali tapi tak hantar, tiap kali hantar ada jer yang menolak.

Sampai dapat offer 5 hari bekerja so hari sabtu as boleh manjakan husna dan kemas rumah.

Tapi itu sebenarnya tak mencukupi lagi.

As memang nak resign sebab as nak move up bukan move out ya...untuk fokus pada bisnes as. Nak kumpul duit harta dan juga amal ibadah.

Target tahun 2018 ialah :


  1. Simpanan duit untuk hantar mak abah pergi umrah/haji hujung tahun 2018/ haji 2019 - belum mula lagi. target bulan 6 2018.
  2. Simpanan emas untuk diri dan Husna - dah start dengan as bulan Jan 2018
  3. Dapat beri duit belanja mak paling sikit RM 200 sebulan - akan cuba akhir Jan-2018
  4. Dapat belikan kereta kat abah - tak tahu nak beli bila?
  5. Fokus kesihatan diri, turunkan berat - hahahaha 
  6. Beli rumah baru dan baiki rumah pusaka 3 tingkat- nak elak banjir.

Sekarang as dah dapat offer baru, tapi apa yang as perlu korbankan ialah keselesaan as dan kerinduan as pada suami tercinta.

Memang suami as restui, demi masa depan keluarga kami. Tapi as takut sangat nak melangkah..banyak sangat tapi..tapi..tapi..dan tapi...

Tapi kalau as takut mencuba as takkan tahu. Jadi apa yang boleh as buat sekarang ni, adalah as kena usaha kuat supaya semua perkara yang as takut dapat dielakkan.

As doa sangat pada Allah untuk permudahkan semuanya dan lindungi as dan keluarga dari bahaya.

Ya demi nak hantar mak abah pergi umrah, beli kereta, nak besarkan anak-anak.

Kalau as berjaya, inshAllah as boleh buat semua wishlist kat atas ni dalam tempoh 2 tahun.

Doakan as berjaya ya.

Terima kasih...(^_^)/




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersandin...