Langkau ke kandungan utama

Belajar cara buat pola baju kurung mudah - Hobi baru

Assalamualaikum,

Sejak jadi ibu-ibu nih makin rajin pula main jahit-jahit baju koyak.

Lepas tu nampak pula mesin jahit portable dari murah hinggalah harga mahal.

Maka mulalah nak beli mesin jahit termurah konon setakat nak jahit baju koyak.

Lepas tu suami kata alang membeli biarlah berbaloi, maka terbeli lah yang mesin portable brother 27 jenis jahitan.

Related image


Dah tadi kata nak jahit baju koyak jer..tertiba nampak pulak kain ela ada 2 pasang tak berjahit-jahit lagi..maka mula la belajar cara nak buat pola baju.

Nak boleh guna mesin jahit ni berminggu juga tengok tutorial..pastu beli pulak aksesori tambahan,
macam tapak baby seam, side cutting edge overlock.

Terima kasih pada yang rajin berkongsi ilmu buat pola baju kurung dan pelbagai tips dari blogger,scribd dan facebook. Moga Allah murahkan rezeki anda sekalian.

Macam-macam ilmu as praktik dan sesuaikan, akhirnya..berjayalah juga potong kertas dan baju.

Sekarang tengah fikir cam mana nak cantum leher. Yang ni cabaran peringkat ke dua..

Orang kata senang sahaja nak jahit leher baju..tapi...kita tengok nanti..



Ni baru potong kertas, bila nak potong kain tu basi baju as potong besar gak,,,punya takut salah potong.

Leher kat kertas dah buat..tapi tu lah...rasa cam tak betul aja...

Agak-agak jadi ke tak baju kurung moden as ni...

Kain baju kurung moden tak buat lagi pola nya...ahak...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya