Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cinta

Wujudkah??

Salam sejahtera semua... Pagi ni lepas subuh dah mengagau tangan buka fb, email. Kemudian pergi godek-godek blog orang lain. Terjumpa lak nukilan yang best kat blog fara. So, nak share kat sini..credit to fara n pengukilnya (^^)/ Lelaki yang baik itu Akan melamarku melalui ayah dan ibuku Akan memetikku dari taman mereka dengan penuh rasa hormat dengan penuh rasa kasihkan Allah Lelaki yang baik itu Akan menjaga pandangan matanya Akan menegurku dengan hemah tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku tidak akan memilikiku tetapi mendidikku Lelaki yang baik itu Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku Lelaki yang baik itu tidak akan merasa gah dengan kuasanya tidak akan mengaku dirinya sempurna hanya peribadi dan iman penambat hati kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku Tetapi layakkah peribadi d

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Impian seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian, Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengelamun jiwa Ku berbisik inilah dugaan Dan langkahku kini terbuka Pada hikmah dugaan uji keimanan Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan Allah… Pimpini diriku, Tuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan........ Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu Sumber Audio dan Video ini bukan ciptaan saya Semuanya dari youtube

Menunggumu

Salam sejahtera semua.... banyak cerita nak dikongsikan tapi tak mampu untuk dituliskan lagi... layan je lagu nih.... Peter Pan - Menunggumu Didalam sebuah cinta…terdapat bahasa Yang mengalun indah…mengisi jiwa Merindukan kisah…kita berdua Yang tak pernah bisa…akan terlupa Bila Rindu ini..masih milikmu Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu Harus berapa lama..aku menunggumu.. Aku menunggumu… Didalam masa indah…saat bersamamu Yang tak pernah bisa…akan terlupa Kenangan masa yang…menghancurkan jiwa Dengan segenap cinta…aku bertanya Bila Rindu ini..masih milikmu Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu Harus berapa lama..aku menunggumu.. Dalam hati kumenunggu.. Dalam hati kumenunggu..aku… Dalam benak kumenunggu.. Dalam hati kumenunggu..aku… Masih menunggu…. Bila Rindu ini..masih milikmu… Kuhadirkan sebuah.. Harus berapa lama…Harus berapa lama… Aku menunggumu..aku menunggumu.

Cinta dan Pelajaran

Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>-- Semalan hari yang panjang pada aku. Cuaca panas menghangatkan lagi situasi aku pada waktu itu. Setengah orang mungkin tak suka lagi mengingatkan apa yang berlaku, aku pun sama. Apa yang berlaku semalam??? Aku main facebook tak ingat dunia ( yeke?? ). Huish bahaya-bahaya as. Setelah sedar dengan kesilapan diri, aku insaf dan minta nasihat dari abah. Akhirnya , aku di tazkirah dan di kaunselingkan hampir satu jam. Panas telinga aku, sebab menggayutkan handsetku ditelinga. Suara abah pulak kuat, walaupun aku dah rendahkan volume. Huhuhuhu....pegawai penjara la katakan. Abah : as kalau awak tak boleh fokus pada pelajaran lupakan saja dia. Tidak !!!!! As : Saya cintakan dia abah, saya sayangkan dia, janganlah abah suruh as lupakan dia. Huhuhu... Abah : Tapi baru je kenal, abah dah dengar citer macamni. Ini belum lagi awak kenalkan dia dengan abah. Kalau awak tak boleh handle dua-dua lepaskan saje. As : Taknak abah...huhuhu...as nak dua-dua. As

Baca buku + Jalan-jalan

Salam sejahtera Pameran buku di PWTC telah berlansung beberapa hari yang lalu... Seperti dijanjikan, aku dan kawanku telah pergi pada hari sabtu. Seronok juga tengok pameran ini dapat sambutan dari rakyat Malaysia. Ada datang dari negeri lain contohnyer kawan aku ni la. xD Ok, lepas puas jalan-jalan di pameran buku, aku pergi jalan Masjid Jamek. Apa bezanya Masjid Jamek dengan Masjid India?? Tapi yang pasti ni pertama kali aku datang jalan-jalan situ. Kawanku gelakkan aku sebab aku tak pernah pergi situ walaupun dah hampir 5 tahun tinggal di UKM. ---------------------------------------------------------------------------------- Jiwa kacau (curi ayat aisyah xD )

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D) Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain. Research Group Geodiversity Repository System Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey.... tengah bagi makan ikan Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air.... nampak tak ikan n corals tu?? Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju. Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe

Laguna Resort Day 1

Salam sejahtera pembaca My Idea @>-- Teman tapi mesra...wah wah...sebenarnyer semasa aku menaip aku tengah dengar Puan Zai menyanyi lagu teman tapi mesra....karaoke.. Aku sekarang ni berada di Pulau Redang, Laguna Resort. Kami bertolak dari rumah jam 4 pagi tumpang Puan Zai. Mengantuknyer...sampai di LCCT lam jam 4.45 pagi dan sarapan di McD. Agak kelam kabut bila dapat tau Siti tertinggal dokumen untuk check in ke resort. Mujur Ateh datang menyelamatkan keadaan. Thanks Ateh nanti cik Siti belanja.. :D Naik flight lam jam 7.05 pagi..ingat nak tidur jap tapi tak sampai 1 jam dah sampai Kuala Terengganu....huhuhu.. Naik bas ke jeti kemudian sementara menunggu bot, kami pergi minum air di pasar tepi tu. Wah bagusnya kat situ sebab tiada lalat walau seekor. Thanks to Dr Sufian yang menyedari fenomena ini. Kenapa yer? Pada hal keropok lekor, barang basah dan macam-macam barang makanan yang pasti mengundang lalat dijual di tingkat bawah. Ajaib-ajaib...mengikut teori Dr dan ba

Persiapan ke Pulau Redang

Salam sejahtera semua!!!.... Aku sekarang ni tengah buat persiapan nak ke Pulau Redang. Ye..Pulau Redang kat Terengganu tu.....mesti korang cakap...ala pulau je bukannya pergi oversea pun. Biorler....pergi free siapa tak nak??? korang nak??? Ok....sekarang ni barang tak packing lagi...tengah bincang-bincang dengan siti nak bawa ape yer? Ade beberapa barang tak beli lagi...beg travel kat kampung...nak balik ambik malas dah...kena beli la pulak...duit kuar lagi..hahaha...ni kalau abah tau kena marah ni... Apa aktiviti yang kami akan buat yer? Kalau ikut tentative tak rasmi yang kami buat tu, banyak main-main....Ish..ish..xD Dengar kate...prof nak bawa kami ronda-ronda pulau dengan bot dia....betul ke prof?? ish...ish...xD Pastu malam ade BBQ and Karaoke?....dengar kater Dr Jamaiah ngan Puan Zai dah practise....hehehe.... Aku dan Siti lak dah rancang aktiviti yang agak menarik bagi orang-orang muda... apatu??? hehehe..taknak citer lagi...takut nanti ade orang yang bising...siapa tu? ade l

Jalan-jalan

Salam sejahtera semua!!!! ( nada hepi... ) Saya rase gembira sangat hari ni... Saya tahu kiter tak bleh gembira sangat...nati duka...tapi saya nak menikmati kegembiraan ni selagi ia boleh dinikmati...yup... Kenapa saya gembira? Sebab semalam saya jalan-jalan ngan kawan saya. Jalan-jalan kat Mid je...nak jalan jauh-jauh malas dah...ingat jugak pesan mak abah...hehehe Lama jugak la jalan tu...jalan ok..bukan lari...Kami tengok wayang citer Confucius...konfius tengok citer ni ;p...mujur lam gelap...tak nampak le tengah nangis time sedih...tapi ngantuknyer...terlentok kepala ..hahaha....kena gelak ngan kawan... Balik je dah petang...mujur dah siap solat...so tak kisah naik tren lambat...sampai rumah jer badan rase sengal-sengal...sakit kaki...ngantuk...dan macam-macam lagi... Beauty is pain...lain kali kena bertegas dengan diri sendiri...aku takkan pakai kerana aku rasa cantik tapi aku nak pakai kerana aku rase selesa..... =================================================================

Kau Pergi

Salam sejahtera semua... Pagi ni aku bangun awal cam biasa. Kemudian lepas solat subuh aku pergi beli nasi lemak. Kakak jual nasi lemak cakap rindu kat aku. Hehehe...lama dah tak beli nasi lemak dia. Kemudian aku sarapan sambil tengok MHI. Topik yang dibincangkan mengenai penderaan kanak-kanak. Kemudian aku terfikir 2 minggu ni sebenarnya berlaku banyak peristiwa sedih...cuma aku yang tak cerita dalam My Idea ni. Maybe ramai kawan aku yang dah tau sebab aku dah citer pada korang kan. Kalau dalam berita kiter dengar cerita penderaan budak 3 tahun yang membawa maut. Tapi aku lak pada pagi sabtu 27 Febuari 2010, dengar berita anak kawan housemate aku meninggal. Kemudian tengah santai pada petang hari tu kawan ku Noin telifon mengatakan Asraf meninggal dunia. Berita kematian Asraf sangat mengejutkan aku. Aku mula tak sedap hati bila Noin telifon (sebab dia takkan telifon melainkan perkara penting). Aku pun tak terfikir dia akan tanya hal syarikat dah sebab dia dah berhenti kerja. Waktu tu

Cerita di Musim Cuti MidSem 2010

Salam sejahtera kepada Pengunjung My Idea @>-- Cuti midsem dah berlalu beberapa hari. Seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang percutian aku. Tapi terlalu banyak nak diceritakan, kalau boleh aku nak cerita dari A to Z. Tak kisahla korang nak baca ke tak kan? xp tapi aku banyak kerja sekolah. So, aku letak gambar dan sedikit penerangan. :D Waktu dalam bas ondaway nak ke Temerloh, orang depan dan belakang main tarik-tarik langsir. Aku pun join jugak, sebab nampak cam seronok. Lastly, aku pinkan 2 langsir, sebab aku orang tengah. Comel pulok nengok pin aku nih. Diorang main tarik2 pun takper sebab tak effect kat aku pun. Waktu nih aku panjat menara tu. Nampak tak aku sedang panjat tuh..cam spiderwomen. Abah minta tolong aku pasang spiker baru kat menara masjid tuh. Abah dah minta orang lelaki kampung datang awal untuk tolong tapi seperti yang dijangka sorang pun tak datang awal. Tapi abah tak bagi aku panjat pun, kalau betul aku panjat pun memang dasyat la kan. perbincangan kum

Kenduri di Muar

Salam sejahetra.... Hari ni 31/1/2010 aku telah pergi ke muar bersama rumate. Pakcik ku mengadakan kenduri akikah 2 cucu berserta meraikan perkahwinannya buat kali kedua. Tahniah buat pakcik...lepas ni dah tak sunyi dah rumah bila kami datang melawat :-) kiter, makcik baru dan pakcik.. Kami bertolak pada jam 8 pagi dan sampai dalam lebih kurang 1030 pagi. Majlis telah bermula...mujur kami datang awal sebab ingat majlis waktu tengahari. Aku terlupa, sudah menjadi adat keluarga pakcik akan mengadakan marhaban apabila buat sesuatu kenduri. Selain marhaban, pakcik juga mengadakan tahlil arwah buat isteri tersayang ( makcik Nyapon) yang meninggal dunia pada Feb tahun lepas. Bestnya kenduri pakcik ni ialah aku dapat makan nasi beriani gam..wani pun suka giler lagi-lagi bila tau ada kambing...pastu ada lak kuih yang aku jarang jumpa..nama kuih tu kuih KU....:p makngah cakap ada orang panggil nama kuih nyonya.. apa-apa je la... Kuih ku kuih mu jua...:p terlupa nak ambik gambar nasi beriani ga

Bagaimana bercinta cara Islam ?

Salam sejahtera semua... Bagaimana bercinta cara Islam? Aku banyak buat kajian dan bertanya pandangan daripada orang lain. Banyak version betul...tapi disini aku boleh simpulkan bahawa hampir 100 peratus menyokong bercinta memang tak salah tapi kena ada caranya. Bagaimana? Itu korang sendiri la kena carinya. Aku nak tulis panjang-panjang takut tersalah pulak. Sebelum ni aku pernahla ada kekasih hati..tetapi sepanjang aku kenal dengan si dia..aku rasa ada yang tak kena. Puas aku cari jawapan, akhirnya aku dapati cara kami bercinta adalah tidak betul. Selepas aku dan dia setuju untuk bercouple, aku dapat tawaran masuk UKM. Kami hanya sempat jumpa dalam dua kali kot (tak ingat la)....mak abah tak tahu..huhuhu....rasa sangat-sangat bersalah. Setelah aku tanya diri aku...adakah aku ikhlas mencintainya...rupa-rupanya aku menipu diri sendiri...aku cuma nakkan perhatian saja. So, aku pun putuskan hubungan dengan dia. Sedih juga la...perasaan sayang tetap ada tapi aku rasa ini yang terbaik. Muj

Yea...Saya MencintaiNya..

Salam sejahtera... Yea saya mencintaiNya...tiada yang kedua apatah lagi ketiga. Semakin saya sayangkan dia semakin saya dekatiNya. Bukan semata-mata kerana dia...tapi kerana saya nak jadi hambaNya yang baik. Sebelum kehadirannya, saya sudah cuba untuk memperbaiki diri. Kehadirannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berubah. Harap kata-katanya bukan sementara, mainan atau lakonan semata-mata. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata, seribu bahasa ( lebih lagi pun boleh..;p ) tetapi ia tidak dapat membuktikan unggulnya perasaan -wahhh... betul ke? sendiri fikir...

Cinta

Salam sejahtera.... Cinta... Wah...menarik ni. Apa itu cinta? Adakah ia keperluan atau kehendak? Sejak akhir-akhir ni ramai sangat orang yang ucapkan kata cinta pada aku ( ada la 2..3 orang je...;p). Sama ada lelaki mahupun perempuan. I love u...saya cintakan awak....(as...kau jangan perah san tan sendiri..;p) Du..ga..an...sejauh mana mereka ni cintakan aku?? Atas dasar apa mereka cintakan aku? Kawan, sahabat, kekasih. Mudahnya mereka lafazkan kata cinta itu. Adakah mereka faham apa itu cinta..( aku tak faham sangat ...) Adakah mereka maksudkan saya sayang awak saja...( huish..apa yang kamu merepek ni.. .) Suka tak bermakna sayang Sayang tak bermakna cinta Cinta terkandung suka dan sayang ... ( ni aku buat research kat tenet...wah siap buat research ) Macam mana mereka ni boleh cakap dengan senang perkataan cinta ? Aku pernah tanya pada dua orang kawan aku.. seorang cakap dia gurau je...( boleh di bawak main ye kata cinta . ..) seorang lagi taknak cakap ( kenapa?? ) ..konfius.