Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cinta dan Pelajaran

Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>-- Semalan hari yang panjang pada aku. Cuaca panas menghangatkan lagi situasi aku pada waktu itu. Setengah orang mungkin tak suka lagi mengingatkan apa yang berlaku, aku pun sama. Apa yang berlaku semalam??? Aku main facebook tak ingat dunia ( yeke?? ). Huish bahaya-bahaya as. Setelah sedar dengan kesilapan diri, aku insaf dan minta nasihat dari abah. Akhirnya , aku di tazkirah dan di kaunselingkan hampir satu jam. Panas telinga aku, sebab menggayutkan handsetku ditelinga. Suara abah pulak kuat, walaupun aku dah rendahkan volume. Huhuhuhu....pegawai penjara la katakan. Abah : as kalau awak tak boleh fokus pada pelajaran lupakan saja dia. Tidak !!!!! As : Saya cintakan dia abah, saya sayangkan dia, janganlah abah suruh as lupakan dia. Huhuhu... Abah : Tapi baru je kenal, abah dah dengar citer macamni. Ini belum lagi awak kenalkan dia dengan abah. Kalau awak tak boleh handle dua-dua lepaskan saje. As : Taknak abah...huhuhu...as nak dua-dua. As

Baca buku + Jalan-jalan

Salam sejahtera Pameran buku di PWTC telah berlansung beberapa hari yang lalu... Seperti dijanjikan, aku dan kawanku telah pergi pada hari sabtu. Seronok juga tengok pameran ini dapat sambutan dari rakyat Malaysia. Ada datang dari negeri lain contohnyer kawan aku ni la. xD Ok, lepas puas jalan-jalan di pameran buku, aku pergi jalan Masjid Jamek. Apa bezanya Masjid Jamek dengan Masjid India?? Tapi yang pasti ni pertama kali aku datang jalan-jalan situ. Kawanku gelakkan aku sebab aku tak pernah pergi situ walaupun dah hampir 5 tahun tinggal di UKM. ---------------------------------------------------------------------------------- Jiwa kacau (curi ayat aisyah xD )

Laguna Resort : Last Day + Conclusion

Salam sejahtera...(nada ngantuk) Sekarang ni aku dah ade kat bangi. Kepenatan dah berkurangan tapi keseronokan masih terbayang di mataku.... Pada hari terakhir di Pulau Redang, kami bergambar lagi sepuas-puasnya. Aku mula mencari ubat mabuk (teringat saat aku hampir muntah dalam bot....erk...seksa). Tapi hampa bila dapat tahu ubat da abis. Mujur ada air 100 plus dan laut hari tu agak tenang. Mujur juga kami di bawa ke jeti yang paling hampir dan masa perjalanan 1 jam saje. Dari jeti kami dibawa makan nasi kukus dan ke Pasar Payang...tapi tak dapat nak beli banyak barang sebab berat dan masa ada lebih kurang 30 minit jer.. Kami check in flight jam 3 petang dan berlepas jam 4.30 petang... ------------------------------------------------------------------------------------ Kesimpulannya, bengkel ni sangat-sangat la seronok dan santai. Kami siapkan dulu kerja-kerja di FTSM kemudian hanya bincangkan future plan di Laguna Resort dalam satu hari sahaja. Waktu yang selebihnya kami enjoy dan be

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D) Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain. Research Group Geodiversity Repository System Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey.... tengah bagi makan ikan Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air.... nampak tak ikan n corals tu?? Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju. Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe

Laguna Resort Day 1

Salam sejahtera pembaca My Idea @>-- Teman tapi mesra...wah wah...sebenarnyer semasa aku menaip aku tengah dengar Puan Zai menyanyi lagu teman tapi mesra....karaoke.. Aku sekarang ni berada di Pulau Redang, Laguna Resort. Kami bertolak dari rumah jam 4 pagi tumpang Puan Zai. Mengantuknyer...sampai di LCCT lam jam 4.45 pagi dan sarapan di McD. Agak kelam kabut bila dapat tau Siti tertinggal dokumen untuk check in ke resort. Mujur Ateh datang menyelamatkan keadaan. Thanks Ateh nanti cik Siti belanja.. :D Naik flight lam jam 7.05 pagi..ingat nak tidur jap tapi tak sampai 1 jam dah sampai Kuala Terengganu....huhuhu.. Naik bas ke jeti kemudian sementara menunggu bot, kami pergi minum air di pasar tepi tu. Wah bagusnya kat situ sebab tiada lalat walau seekor. Thanks to Dr Sufian yang menyedari fenomena ini. Kenapa yer? Pada hal keropok lekor, barang basah dan macam-macam barang makanan yang pasti mengundang lalat dijual di tingkat bawah. Ajaib-ajaib...mengikut teori Dr dan ba

Persiapan ke Pulau Redang

Salam sejahtera semua!!!.... Aku sekarang ni tengah buat persiapan nak ke Pulau Redang. Ye..Pulau Redang kat Terengganu tu.....mesti korang cakap...ala pulau je bukannya pergi oversea pun. Biorler....pergi free siapa tak nak??? korang nak??? Ok....sekarang ni barang tak packing lagi...tengah bincang-bincang dengan siti nak bawa ape yer? Ade beberapa barang tak beli lagi...beg travel kat kampung...nak balik ambik malas dah...kena beli la pulak...duit kuar lagi..hahaha...ni kalau abah tau kena marah ni... Apa aktiviti yang kami akan buat yer? Kalau ikut tentative tak rasmi yang kami buat tu, banyak main-main....Ish..ish..xD Dengar kate...prof nak bawa kami ronda-ronda pulau dengan bot dia....betul ke prof?? ish...ish...xD Pastu malam ade BBQ and Karaoke?....dengar kater Dr Jamaiah ngan Puan Zai dah practise....hehehe.... Aku dan Siti lak dah rancang aktiviti yang agak menarik bagi orang-orang muda... apatu??? hehehe..taknak citer lagi...takut nanti ade orang yang bising...siapa tu? ade l

Jalan-jalan

Salam sejahtera semua!!!! ( nada hepi... ) Saya rase gembira sangat hari ni... Saya tahu kiter tak bleh gembira sangat...nati duka...tapi saya nak menikmati kegembiraan ni selagi ia boleh dinikmati...yup... Kenapa saya gembira? Sebab semalam saya jalan-jalan ngan kawan saya. Jalan-jalan kat Mid je...nak jalan jauh-jauh malas dah...ingat jugak pesan mak abah...hehehe Lama jugak la jalan tu...jalan ok..bukan lari...Kami tengok wayang citer Confucius...konfius tengok citer ni ;p...mujur lam gelap...tak nampak le tengah nangis time sedih...tapi ngantuknyer...terlentok kepala ..hahaha....kena gelak ngan kawan... Balik je dah petang...mujur dah siap solat...so tak kisah naik tren lambat...sampai rumah jer badan rase sengal-sengal...sakit kaki...ngantuk...dan macam-macam lagi... Beauty is pain...lain kali kena bertegas dengan diri sendiri...aku takkan pakai kerana aku rasa cantik tapi aku nak pakai kerana aku rase selesa..... =================================================================

Bengkel Projek Akhir Geodiversity

Salam sejahtera kepada semua pembaca My Idea @>-- Sebelum aku citer pasal bengkel hari ini...aku nak citer pasal aktiviti semalam. Semalam aku menjadi budak yang hyperaktif...dari hari rabu sampai khamis. Malam khamis tu siapkan assignment sampai kul 2 pagi lebih (tu la dok main banyak g) ...bangun kul 630pagi dan bersiap-siap nak pergi kelas. Kelas jam 9 hingga 1 petang...mengantuknya...beberpa kali tersengguk..tau-tau jer kena jawab soalan...huhuhu..menganga kejap...;p Kemudian...habis kelas aku terus pergi discussion group...selesai jer..aku gatal-gatal ajak kengkawan p swimming...mata bapok lerrr ngantukk....so aku balik lam nak kul 4petang dan tidur tak sampai beberapa minit...kul 5 aku pergi swimming.. Hebat...ko sangat hebat as... Malam tadi tidur dalam kepenatan...bangun pagi ni sangat2 liat.... kemudian terus siap2 g bengkel.... ++======================================================++ Bengkel ni mengenai projek akhir Geodiversity....takde mende sangat nak citer....projek

Kau Pergi

Salam sejahtera semua... Pagi ni aku bangun awal cam biasa. Kemudian lepas solat subuh aku pergi beli nasi lemak. Kakak jual nasi lemak cakap rindu kat aku. Hehehe...lama dah tak beli nasi lemak dia. Kemudian aku sarapan sambil tengok MHI. Topik yang dibincangkan mengenai penderaan kanak-kanak. Kemudian aku terfikir 2 minggu ni sebenarnya berlaku banyak peristiwa sedih...cuma aku yang tak cerita dalam My Idea ni. Maybe ramai kawan aku yang dah tau sebab aku dah citer pada korang kan. Kalau dalam berita kiter dengar cerita penderaan budak 3 tahun yang membawa maut. Tapi aku lak pada pagi sabtu 27 Febuari 2010, dengar berita anak kawan housemate aku meninggal. Kemudian tengah santai pada petang hari tu kawan ku Noin telifon mengatakan Asraf meninggal dunia. Berita kematian Asraf sangat mengejutkan aku. Aku mula tak sedap hati bila Noin telifon (sebab dia takkan telifon melainkan perkara penting). Aku pun tak terfikir dia akan tanya hal syarikat dah sebab dia dah berhenti kerja. Waktu tu

Hidupku didalam Library

Salam sejahtera kepada pengunjung My Idea @>-- Hari ni sepatutnya ada ujian Advanced Artificial Intelligence...tapi mamat-mamat Iran lam kelas aku mintak postponed minggu depan. Patut lega ke patut marah? Assignment AI semakin sukar....tabahkan diri ko As.. Aku sedikit terkejut dan bengang dengan sorang mamat Iran ni... dia mengaku baca assignment aku. Huish...mana boleh...mujur dia ngaku...kalau dia tiru aku, dia gak yang salah...pastu aku leh ngadu kat pensyarah. Pastu dia ajak aku wat group dengan dia??? Bukan aku taknak...berat sikit la nak group dengan mamat foreigner yang aku tak bese. Lagi pun just aku dan dia. Huhuhu...aku tau ler soalan tu susah...suka-suka ati dia jer cakap aku tak baca lagi. Ingat aku ni pemalas ke??..;p Ok cukup pasal mamat nih... Sejak abis cuti midsem hinggalah ke hari ni...tempat aku di library. Tak pinjam buku tapi pinjam aircond xp Panas weih..kat rumah.. bertambah kurus aku kerana sauna semula jadi ni ;p Bestnyer di PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lana

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul kepada Pembaca My Idea @>-- Hari ini hari Jumaat 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431. Hari yang dirahmati Allah S.W.T, hari kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Salam dan selawat ke atas baginda.... ==================================================================== Aku tak berapa reti sangat nak tulis pasal Hari Maulidur Rasul ni. Sebab aku takut tersalah tulis mengenai hari yang mulia ni. Kebiasaannya masa sekolah dulu-dulu, aku akan terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul. Waktu tu aku beratur ramai-ramai dan berarak di kawasan sekolah. Aku juga pernah berarak di kawasan penjara...ye la aku anak pegawai penjara. Sekarang ni, dekat UKM pun ada perarakan Maulidur Rasul...cuma aku dah tak masuk mana-mana persatuan..so aku tak dapat la nak join perarakan tu. Memang ada iklan yang ajak ( yeke? ) cuma aku yang taknak. =================================================================== Hari ni cuti...(semua orang tahu :D..) Aku nak citer sik

Cerita di Musim Cuti MidSem 2010

Salam sejahtera kepada Pengunjung My Idea @>-- Cuti midsem dah berlalu beberapa hari. Seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang percutian aku. Tapi terlalu banyak nak diceritakan, kalau boleh aku nak cerita dari A to Z. Tak kisahla korang nak baca ke tak kan? xp tapi aku banyak kerja sekolah. So, aku letak gambar dan sedikit penerangan. :D Waktu dalam bas ondaway nak ke Temerloh, orang depan dan belakang main tarik-tarik langsir. Aku pun join jugak, sebab nampak cam seronok. Lastly, aku pinkan 2 langsir, sebab aku orang tengah. Comel pulok nengok pin aku nih. Diorang main tarik2 pun takper sebab tak effect kat aku pun. Waktu nih aku panjat menara tu. Nampak tak aku sedang panjat tuh..cam spiderwomen. Abah minta tolong aku pasang spiker baru kat menara masjid tuh. Abah dah minta orang lelaki kampung datang awal untuk tolong tapi seperti yang dijangka sorang pun tak datang awal. Tapi abah tak bagi aku panjat pun, kalau betul aku panjat pun memang dasyat la kan. perbincangan kum

Hurey...

Salam sejahtera semua.... Yep...yep...hurey!!!.( 3 kali okey) Alhamdulillah bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kerana aku dah berjaya habis mengajar tutorial semalam. Harini aku akan pulang ke rumah ibubapaku..:p. Wah..wah tak sabarnya. Aku rindu gile nak jumpa dengan mak abah. Rasa dah lebih sebulan tak balik kot. Dah tak ingat bila last aku balik. Aku nak jumpa dengan ahli keluarga kami yang baru jugak. Siapa tu??? ;p Muhammad Faris Azaim. Hehehe....yerp..lelaki...lelaki yang dah lama aku tunggu-tunggukan. Penantian selama 9 bulan 10 hari akhirnya terjawab....;p Owh yerk...kenapa aku balik ?? Sebab aku akan mulakan cuti midsem....aku kan pelajar...so ada ler cutinya... ============================================================ Cukup pasal percutian aku...nanti aku sambung balik lepas abis cuti.. Sekarang ni aku nak citer pasal hadiah. Bukan pasal birthday aku..tapi pasal souvenir dari aishah hehehe... Aku sangat-sangat terharu sebab dia takder duit sangat t

Tiket

tiket balik rumah kiter....ye sampai depan rumah kiter terus...;p Salam sejahtera semua.... Hari ni aku bangun awal pagi ( takder la awal sangat lam 630 pagi) untuk bersiap-siap pergi KL. Hehehe buat apa? Aku gi titiwangsa jer. Beli tiket balik kampung. Aku pun bersiap-siap cam nak g dating ( wah2....padahal pakwe pun takder ;p). Sampai je kat stesen komuter UKM, kaunter lak tutup. Kena beli tiket kat mesin lak. Tapi aku tak bawak duit syiling yang banyak dan duit kertas singgit pun takder. Nak tak nak buat-buat beli roti kat kedai sebelah. Asalkan dapat pecahkan duit RM10. Tapi mesin tu degil tul, nak gak duit syiling. Teringatkan Aini yang nak ke komuter gak, so aku pun tunggu dia. Dari jauh aku nampak Aini jalan-jalan naik bukit. Aku pun tersengih-sengih. Tapi hampa bila dia pun takder gak duit syiling. So, kami buat tiket 2 haluan, harap-harap mesin tu nak duit kertas bila sampai kat kami. Dalam menunggu giliran nak beli tiket tu, ada la foreigner yang tak der duit syiling ketika

Pelan A tak jadi ???

Salam sejahtera semua pembaca yang disayangi (ye... sebagai manusia aku menyayangi kamu semua..;p) Pelan A minggu ni aku rancang nak balik kampung. Tapi aku batalkan sebab aku baru sedar minggu depan cuti midsem. So, aku pun buat Pelan B nak jalan-jalan dengan kawan pada hari ini 6/2/2010. Tapi pelan ni pun tak jadi..sebab kawan tak dapat datang tempat dia hujan dari semalam sampai la hari ni...( sedih jugakla...hatiku dilanda hujan lebat jugak). Ok, pelan seterusnya aku nak kuar hari esok beli tiket balik kampung...tapi ateh lak tengah berbincang nak ajak aku balik sama dengan dia. Aku bagi tempoh sampai hari ni...kalau takder keputusan aku kena keluar jugak hari esok beli tiket. Pelan tah yang keberapa...ayu ajak tengok wayang hari Isnin citer Avatar. Hurm dah lama tak tengok wayang. Tapi aku letak syarat kalau aku tak keluar hari Ahad, maka aku boleh pergi tengok wayang hari tu. Kalau hari ni dan esok aku tak keluar, aku nak buat apa? Mestile study..study..stido...aku punya target c

Kenduri di Muar

Salam sejahetra.... Hari ni 31/1/2010 aku telah pergi ke muar bersama rumate. Pakcik ku mengadakan kenduri akikah 2 cucu berserta meraikan perkahwinannya buat kali kedua. Tahniah buat pakcik...lepas ni dah tak sunyi dah rumah bila kami datang melawat :-) kiter, makcik baru dan pakcik.. Kami bertolak pada jam 8 pagi dan sampai dalam lebih kurang 1030 pagi. Majlis telah bermula...mujur kami datang awal sebab ingat majlis waktu tengahari. Aku terlupa, sudah menjadi adat keluarga pakcik akan mengadakan marhaban apabila buat sesuatu kenduri. Selain marhaban, pakcik juga mengadakan tahlil arwah buat isteri tersayang ( makcik Nyapon) yang meninggal dunia pada Feb tahun lepas. Bestnya kenduri pakcik ni ialah aku dapat makan nasi beriani gam..wani pun suka giler lagi-lagi bila tau ada kambing...pastu ada lak kuih yang aku jarang jumpa..nama kuih tu kuih KU....:p makngah cakap ada orang panggil nama kuih nyonya.. apa-apa je la... Kuih ku kuih mu jua...:p terlupa nak ambik gambar nasi beriani ga

2 Minggu lagi...

Salam sejahtera semua... Iyea tinggal lagi 2 minggu lagi aku jadi tutor. Korang tak tahu yer aku jadi tutor?. Sebenarnya aku dah jadi tutor selama 2 minggu. Cuma aku malas nak tulis kat sini. Serabut sangat waktu tu..macam-macam perasaan ada..hahaha. Waktu terima jadi ni pun aku cam dalam mimpi jer. Macam mana aku leh jadi tutor? Fara la..dia terpaksa berhenti, atas alasan tertentu yang takdapat di ceritakan. Dia seboleh-boleh nak orang kiter ganti tempat dia. Asalnya aku menolak..bagila kat kawan-kawan yang takder kerja sangat. Sampai last minute nak masuk minggu mengajar...aku dapat tahu tak dapat cari ganti lagi. So aku dengan hebatnya menerima dengan penuh bangga. Tapi..huhuhu...bila dah diterima baru aku tersedar dan nangis ketakutan (tak nangis pun)..hahaha... Kelas tutor hanya pada hari rabu jam 10-12 tghari dan 4-6 petang. Kebetulan waktu tu aku free..so aku kira boleh la kot (baru ingat nak bersenang lenang, malam lak ada ladynite.:p). Aku ajar guna software cam adobe premiere

Bagaimana bercinta cara Islam ?

Salam sejahtera semua... Bagaimana bercinta cara Islam? Aku banyak buat kajian dan bertanya pandangan daripada orang lain. Banyak version betul...tapi disini aku boleh simpulkan bahawa hampir 100 peratus menyokong bercinta memang tak salah tapi kena ada caranya. Bagaimana? Itu korang sendiri la kena carinya. Aku nak tulis panjang-panjang takut tersalah pulak. Sebelum ni aku pernahla ada kekasih hati..tetapi sepanjang aku kenal dengan si dia..aku rasa ada yang tak kena. Puas aku cari jawapan, akhirnya aku dapati cara kami bercinta adalah tidak betul. Selepas aku dan dia setuju untuk bercouple, aku dapat tawaran masuk UKM. Kami hanya sempat jumpa dalam dua kali kot (tak ingat la)....mak abah tak tahu..huhuhu....rasa sangat-sangat bersalah. Setelah aku tanya diri aku...adakah aku ikhlas mencintainya...rupa-rupanya aku menipu diri sendiri...aku cuma nakkan perhatian saja. So, aku pun putuskan hubungan dengan dia. Sedih juga la...perasaan sayang tetap ada tapi aku rasa ini yang terbaik. Muj

Hari ini kah??

Salam sejahtera.... Seninya Cinta Langit dan Bumi... Hari ini hari Jumaat...macam-macam boleh terjadi...banyak perkara yang akan berlaku pada hari Jumaat. Hari lain pun ada juga..;p Hari ini hari umat Islam menunaikan solat Jumaat. Kalau aku balik, abah atau along akan sembahyang Jumaat di bandar Temerloh...pastu pergi makan gulai ikan patin tepi sungai Temerloh...best..slurppp... ============================================================== Minasan....... My Idea dah bertukar wajah...hehehe... Dolu-dolu.. Sekarang.... Semalam mempunyai masa terluang..so ini la hasilnya... Lepas ni mungkin tak sempat dah...banyak esemen ... ========================================================== Sebenarnya apa yang aku tengah fikirkan ialah...adakah hari ni telah genap sebulan aku jadi pelajar master dan bla...bla... dan bla...bla... tak ingat... Ada sesiapa yang boleh ingatkan saya?...;p hehehe kenapa dengan gambar ni...ada kaitan kah?? Hurm biarla...yang penting aku tak lupakanNya... ============

Yea...Saya MencintaiNya..

Salam sejahtera... Yea saya mencintaiNya...tiada yang kedua apatah lagi ketiga. Semakin saya sayangkan dia semakin saya dekatiNya. Bukan semata-mata kerana dia...tapi kerana saya nak jadi hambaNya yang baik. Sebelum kehadirannya, saya sudah cuba untuk memperbaiki diri. Kehadirannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berubah. Harap kata-katanya bukan sementara, mainan atau lakonan semata-mata. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata, seribu bahasa ( lebih lagi pun boleh..;p ) tetapi ia tidak dapat membuktikan unggulnya perasaan -wahhh... betul ke? sendiri fikir...