Langkau ke kandungan utama

Catatan

Felinna Inchloss untuk membuang lemak

Assalamualaikum Tadi masa tengah check nuffnang untuk tengok keyword yang digunakan as terjumpa keyword ni  kesan pakai fellina inchloss Tetiba jer as teringat yang as tak buat lagi entri produk terbaru Fellina Inchloss yang sudah berada di tangan as. Ok, pencinta hati as meh as nak citer tentang kelebihan Fellina Inchloss nih. Ianya adalah produk yang membantu membuang lemak di kawasan yang tidak diingini. Contohnya, lemak di bawah lengan, bawah dagu dan pipi, perut, punggung dan peha. Ianya tidak panas dan menyakitkan kulit kita seperti terkena cili tuh, cuma berangin sikit-sikit sahaja, wangi dan lembut seperti memakai losyen. Cara pemakaian Fellina Inchloss adalah : 1. Ukur kawasan yang ingin dikuruskan dengan pita pengukur. 2. Sapu Fellina Inchloss ditempat yang ingin dibuang lemak 3. Selang beberapa jam atau satu hari ukur balik untuk melihat kesannya Testimoni Pengguna Nak order Inchloss? HARGA INCHLOSS RM 75.00

Dah dapat kad ahli SNE

Assalamualaikum... Pencinta hati as, Hari ni as dah dapat kad ahli SNE...yeay!!!...rasa makin bersemangat nak menjual produk Beutskin Essence dan produk SNE yang lain. As sekarang nih hanya sediakan ready stock Beutskin Essence sebab permintaan yang tinggi. Produk SNE Capsule pun ada permintaan yang tinggi tapi as tak buat ready stock lagi, sebab bajet banyak habis restock Beutskin Essence. InsyaAllah, next month kalau takder aral as akan buat ready stock SNE Capsule pulak..tapi kalau ada yang nak sekarang pun boleh, sebab as ada kengkawan yang ada ready stock SNE Capsule.  Kad Keahlian SNE milik AS - jangan curik gambar  nih =p Kalau kita takder stock kita boleh minta kawan niaga kita yang lain jualkan pada pelanggan kita. Takder rugi pun asalkan hubungan kita antara pelanggan dan rakan niaga lain sentiasa berjalan baik. Hari ni kita tolong orang, esok lusa insyaAllah orang lain tolong kita juga. Betul tak? Dengan menjadi ahli anda boleh membeli produk

Yong Tau Fu tidak halal?

Assalamualaikum, Dah lama as nak kongsi satu artikel dari facebook mengenai Surimi yang digunakan dalam Yong Tau Fu. Apa itu surimi?  Ok as akan paste kan sahaja untuk menerangkan tentang surimi yang disampaikan oleh Sahabat Halal Jakim. Moga ada orang yang boleh perjelaskan lagi isu ini. SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ @ PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT) PLASMA DARAH DALAM SURIMI Makluman untuk penggemar YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku. Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, beb

Fenomena durian crepes

Assalamualaikum Sudah mencubakah durian crepes? Apa pendapat anda? Sedap? Tak suka durian? Apa itu durian crepes? Selama nih as hanya dengar jer orang bercerita pasal durian crepes. Tak pernah nak ambil tahu pun sedap ke aper ker.. Tapi minggu lepas, kak ipar as mengidam nak makan durian crepes. As pun ape lagi tumpang mengidam sama-sama..hahaha. Maka dapatla merasa sebekas dengan isian 6 ketul durian crepes. Beli ajer..nak buat malas. Sekarag memang tengah ramai yang jual secara online. taip aje durian crepes dan letak lokasi rumah anda. Kalau takder lagi di kawasan rumah anda, maka ada peluang la anda jual. Hehehe..begitu mudah Allah menyediakan ruang rezeki untuk hambaNya, tinggal lagi kita kena berusaha..yer tak? Ada banyak cara nak buat durian crepes ni..semuanya as celup aja dari google. Ini resepi atas resepi : anda perlu bijak mencari yang terbaik..as hanya copy paste ajer. Kredit bagi kepada pemilik resepi nih yer.. Resepi durian crepes Rujukan :  Hesti

Vitamin C bagus untuk kulit

Assalamualaikum Pencinta hati as, sihatkah anda hari ni? As rasa badan lenguh-lenguh sebab penat duk mengadap kerja yang banyak sambil memikir macam-macam. Tapi mujur la as ambil beutskin essence, dapat kurangkan rasa penat yang melampau berbanding sebelum ni. Ok hari ni as nak perkenalkan lagi satu produk baru yang Cinta Hati Shop jual iaitu, Vitamin C organic 1000mg Harga Vitamin C ni ialah :  30 biji rm45 60 biji rm80 100 biji rm90 postage rm6 - semenanjung / rm 9 sabah sarawak Kalau berminat sms as : 019 905 0325 -0 sape cepat dia dapat (^^)/ Kalau vitamin c ni mesti kita bayangkan buah oren ajer kan? ker as ajer?? haha.. Tapi selain buah oren yang diperkaya dengan vitamin C, buah ribena pun banyak vitamin C yang mencantikkan kulit kita dan mencegah selesema. Oleh itu kalau as rasa boring minum air oren, as akan minum ribena pulak..tapikan semua itu rupanya tak cukup rupanya kalau bagi mereka yang nakkan kulit yang cantik dan berseri. Untu

Dah ganti puasa belum??

Assalamualaikum Hari ni agak stress..bahu terasa tegang, kebas dan sakit sebab dok mengadap Penulisan Gaya UKM (PGU). Otak as pun dah tepu dengan menghafal teknik PGU. Kalau salah sikit sahaja, markah akan ditolak, dan mungkin kena buat semula.. Sekarang as da lepas solat...sambil taip entry ni as beristighfar bersama-sama dengan blog yang menyediakan alunan zikir dari blog follower as 101 cik dayang  . Ini blog contoh bagi as sebab mengingatkan as untuk berzikir mengingati Allah. Alhamdulillah.. Ok hari ni hari pertama as ganti puasa. Itu pun setelah puas dinasihati oleh sahabat dunia akhirat as Kak Saadah. Bukan as malas nak ganti, tapi sebab rasa tak bersedia dan godaan nafsu makan, dan lapar. Huhuhu..sungguh berdosa as buat macam ni. Jadi untuk memastikan as puasa, kak saadah sanggup teman juga. Bangun sahur pun dia sanggup teman, walau pagi tadi dia teman tapi tidor..hahaha.. Alhamdulillah, sehingga saat ni as masih bertenaga walaupun puasa. Kenapa ya?

Duta Produk Myracles Beauty

Assalamualaikum Hari ni as nak tunjuk gambar duta Myracles Beauty yang sangat cantik dan muda remaja tapi sudah berusia 42 tahun iaitu Mizz Noor Hayati Haa...mula-mula tu as tak percaya juga sebab tak macam umur 42 jer(2012)..tapi lepas tengok gambar beliau bersama dengan pengguna myracles beauty yang lain, baru as percaya tiada edit photshop... Jeles-jeles..anda jeles tak? kalau tak...kena jeles juga..(^,^)/ Mizz Noor Hayati (tengah) bersama pemenang CABARAN GALAXY NOTE - MYRACLES BEAUTY Jeles sungguh tengok diorang menang galaxy note tuh...huhuhu...ada sesiapa yang nak jadi super dealer bawah as? Meh ramai-ramai masuk bawah as, nanti boleh as menang macam diorang jugak ;p BERMINAT ?  PM AS DI FB PAGE -  Asnida Beauty & Health care Umur bukan lagi rahsia - Mizz Noor Hayati Kadang-kadang kita tidak sedar yang muka kita nampak matang dari usia sebenar, antara faktor utama ialah genetik, cara penjagaan kulit, tekanan perasaan, pemakan

Presentation Progress Project - nervous woiii..

Assalamualaikum Gementar sangat nih...so as nak lepaskan apa yang buat as gementar saat nih.. Presentation for progress project Slide presentation dah siap beberapa hari lepas, tapi sampai la saat tadi dok tukar sana sini. Ok ker slide nih?? Nak present kot melayu or kot omputih?.Tengok evaluation form dalam bahasa omputih...arhh tak kira nak cakap melayu jugak...kate Universiti Kebangsaan Malaysia yang memartabatkan bahasa melayu..;P Pernah tak kena marah dengan penyelia? As selalu kena marah dan kena tegur dengan penyelia. Alhamdulillah diaorang marah as..sebab kalau tak as akan menjadi manja.. Rasa sangat bersalah pada penyelia-penyelia as..tapi diorang cakap said sorry to yourself... Dear myself, cinta hati as  i'm sorry because not doing work with seriously. i'm  conscious  and taubat to Allah, today i'll do more serious, hardworking and conscientious in my thesis. -------------------------------------------------------------------------

Lisa Surihani Duta SNE

Assalamualaikum Dalam beberapa hari ni, as asyik terjumpa info terbaru lisa surihani sebagai Duta Rasmi SNE. Haa...betul ker?? Apa-apa pun nampaknya sudah ramai artis yang menggunakan BeutSkin Essence sebagai produk kesihatan dalaman dan luaran mereka. Lisa Surihani Duta rasmi Syarikat SNE As pun sekarang guna BeutSkin Essence..nanti as nak letakkan diari As dan BeutSkin Essence (^^)/ Siapa nak join as makan BeutSkin Essence? Boleh order dengan as di  Asnida Beauty & Healthcare Beutskin Essence Sne Create Your Badge

Wordless Wednesday

Assalamualaikum... I want to say something even the tittle said wordless. Why when Wednesday is coming, they (blogger) claim to be wordless day? Is there anybody know? Here my first time to post for my wordless Wednesday (^^)/

Rumah terbuka Aidil Adha

Assalamualaikum Selamat hari raya aidil adha buat pencinta hati as (^^)/ Bagaimana dengan sambutan hari raya korban anda pada tahun ini? Tahun ni alhamdulillah, keluarga as dan orang-orang kampung dapat menjalankan ibadah korban dengan 3 ekor lembu Abang as dan rakan-rakannya sedang melakukan korban As tak tengok korban yang dilakukan sebab masa kecik-kecik as pernah tengok dan teringat sampai sekarang..agak menakutkan hati as, kalau dipaksa tengok mungkin as pengsan. Gambar diatas, sepupu as yang ambil...macam ni boleh tengok lagi..tapi dah ngeri..hanya orang yang berani sahaja yang mampu.. Anda mampu menyembelih korban? Majoriti lelaki dalam keluarga as boleh. Tapi budin as tak tahu la pulak..hehehe.. Soalan cepu cemas bolehkah perempuan menyembelih binatang?? Haaaa...sila jawap..ni soalan cikgu as masa sekolah dulu..hehehe ========================================================== Pada hari raya kedua, abang dan kak long as buat rumah terbuk

Cuti Raya Aidiladha dan Korban Lembu

Assalamualaikum Selamat bercuti raya haji buat pencinta hati as (^^)/ As pun akan balik esok...singgah dulu KLCC sebelum bertolak ke kuantan dan temerloh Korban Lembu di Masjid Pulau Pasir Mandi Tahun ni as kena tolong abah uruskan majlis korban di  Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi. Orang-orang kampung as ramai yang susah, jadi as sangat gembira kerana AJK Masjid KPPM dapat menganjurkan majlis korban tahun ini. Alhamdulillah. Satu bahagian = RM 400.00  Sesiapa yang nak sertai masih sempat lagi (^^)/ ada ker ?? As juga sangat gembira sebab Kertas Cadangan Pembangunan Koridor dan Dataran Masjid yang as buat dah diluluskan. Koridor depan dah siap dibina Dengan adanya koridor ini, jemaah akan dapat solat lagi selesa dan bertambah ramai hendaknya. InshaAllah. Pintu masuk jemaah wanita 2 hari lepas abah as hantar mms - oh rupanya abah cadangkan untuk tambah pintu masuk bagi wanita. Sememangnya dah ada di sebelah tepi..tapi kali ini satu

NuffnangX mudah komen pada blog

Assalamualaikum..... Berapa ramai blogger yang menggunakan NuffnangX?? As pun baru mula pakai sebelum 17 hb Oktober 2012...=). Sekarang as nak copy paste saja penggunaan NuffnangX, supaya senang stalker-stalker  anda nak jenguk blog kegemaran anda..hehehe Cara Guna NuffnangX COPY PASTE (^__^)v..please credit to team nuffnang blog. Pertama sekali, muat turun NuffnangX secara percuma dengan smartphone Apple mahupun Android anda. Kemudian, setelah selesai, ikon NuffnangX akan muncul seperti rajah di bawah. Seterusnya dengan menggunakan komputer anda, layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri. - as guna akaun nuffnang as je.. klik arrow kat bahagian jumlah duit...pakai emel dan password yang sama. Sila ikut arahan yang diberikan dan setelah berjaya mendaftar masuk, tekan gambar profil anda di bahagian kiri atas dan klik “claim your blog”. Kemudian, langkah-langkah seterusnya amat mudah sahaja! Anda hanya perlu taip nama blog a

Untuk Dia by Najwa Latif - hadiah buat as

Assalamualaikum Last day for my 26 years old. Tomorrow i'll be 27 years old...yeah i already past 25 years old women. Still single and of course available...hahaha Waaa...really excited...hope no more people treat me like children. Hey...i am adult (^^)/ Agak teruja dengan no 27 nih..tak tau kenapa..sebab mungkin no 7 tu ada dalam tarikh lahir as 17 Oktober 1985. Tak sabar nak dapat hadiah nih....cepat-cepat Pencinta Hati As.... Alhamdulillah dan terima kasih kepada mereka yang sudi bagi hadiah pada as mengikut list yang ada tuh.. Antaranya yang as dapat sekarang nih  Tudung bawal banyak tone untuk black pink (dah pakai kat atas tuh hari ni) dengan black purple. Duit RM 3,000.00. diaorang cakap nak bagi kereta tak mampu, so bagi jerla duit tuh...hehehe Tony moly lipt tint - masih atas kapal, harap selamat sampai ke tangan as Dengar kata ada hadiah misteri...wahh...tak sabarnya...dup dap dup dap.. Apa-apa pun hadiah yang pa

Sabar sebahagian daripada IMAN

Assalamualaikum... Sabar itu sebahagian daripada IMAN...sebahagian tu banyak mana?? Ha....cari sendiri dalam hati anda. Agak lama as pendam dalam hati tentang perasaan marah. Tapi setiap kali as nak marah, as tak jadi sebab..as fikir as pun pernah buat kesalahan walau tidak serupa. Cuma yang as buat kalau as tak boleh marah ialah as nangis dan membebel sorang-sorang kat dalam bilik atau kat blog...atau juga of course as akan membebel kat orang lain. Kenapa as tak marah terus pada orang tu?? Sebab kesalahan pertama, kali kedua pun as sabar juga tapi dah hampir tipis...kali ke 3 memang as meletup, as tak kira dah kalau ajak bukak langkah silat meroyan pun as sanggup.. Tapi sekarang ni takder la sampai kali ke3, sebab bodoh la as kalau dua kali dah buat salah tapi still as nak berurusan dengan orang macam tu?? Sabar itu punca kejayaan : kredit picture tu IlmuSunnah Ok...apa yang as nak marah sekarang? Hurm mestila pasal bisnes.  Sebagai peniaga on

Berapa nilai harga blog cinta hati as

Assalamualaikum Pencinta hati as tahu tak berapa nilai blog anda??? Blog Cinta Hati As bernilai hanya RM 7,226.83  sahaja. As check nilai nih kat  http://bizinformation.com.my/   As ada banyak blog tapi yang peribadi blog cinta hati as...yang bisnes macam blog produk aura maya. baru jer buat blog tu..nilai dia hanya RM 1,011.68 sahaja. Apa yang as perasan tentang website biz informtion ni kan, apabila as buat check nilai kedua dua blog as, blog cinta hati ada badge untuk share tapi untuk yang lagi satu takder. Kenapa korang rasa???? Sebab perbezaan nilai la tu....hehehe... Jadi untuk blog Cinta Hati As ni as letak la kat tepi belah kanan tu NILAI HANTARAN CINTA HATI AS....sesiapa yang nak masuk pinang as boleh sediakan duit banyak tu ya...hehehe.. Nampak tak ada display your website badge?? yang ni takder badge pulak?? nampak sangat la blog kita murah kan??? =( Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai blog kita ialah : Info yang sentiasa d

Cara shopping di eBay dengan Paypal

Assalamualaikum Pencinta hati as....anda suka shopping online? As suka tapi takder la suka sangat. Selalunya kalau kita nak beli barang komfom kita akan buat perbandingan hargakan??..Sudah lumrah la tuh... tapi kalau barang yang kita perlu dan nak sangat tapi sukar dapat akan tetap dibeli walau mahal...yer tak?? eh tak?? hahaha..... Kat mana anda selalu shopping online? Kalau as selalunya kat eBay. Lelong as pernah masuk tapi tak berapa minat sangat..entahla kenapa..=p Macam mana cara shopping di eBay? Buka dulu akaun PayPal dengan registerkan nombor mastercard anda (as pakai CIMB debit card) Buka akaun eBay kat situ kena letak sekali method bayar kita melalui paypal..nanti automatic terus link dengan Paypal Lepas tu boleh shopping.. Mudahkan? tapi tahu tak kita kena bijak dalam pemilihan harga barang semasa di eBay? Selalunya kalau as pilih ebay.com.my dia akan terus tukarkan mata wang Ringgit Malaysia. Tapi bila as buat kajian di

Pureen - Thinking about baby and me (^^)/

Assalamualakikum for all my lovely readers. (^^)/ For today should i writing in english post??? nah...tak payah la...rasa macam tak sampai saja maksudnya..lain kali la eh..=p Head to toe wash Siapa suka produk Pureen?????? Angkat kaki!!!! As sangat suka pada bau dan kelembutan mandian Pureen ni. Dalam keluarga as memang pakai mandian ni untuk Baby Sufiyyah SAHAJA. Kadang-kadang as ambik juga buat mandi..hehehe Bila baca pada description botol, tertulis kat situ Head to Toe Wash. Wah,,,dalam hati as berkata ni kalau pagi-pagi dah lambat mandi pergi kerja, sangat bagus nih. Syampu terus dari kepala sehingga satu badan. Jadi kebetulan along as bawak balik sekotak untuk jual kat kampung ada packaging berkembar bagi mini botol. Satu perisa yogurt mango pich bagi head to toe wash dan satu lagi just untuk wash perisa orange. So, as rembat (still bayar ok) yang kembar dua tuh... Kenapa anda rasa perlu ada mandian Pureen ni lagi-lagi yogurt dan untuk Hea

Tips diet dengan Biskut IKO 3 Buahan

Harga biskut IKO : RM 5. lebih =p ...abaikan tangan yang gebus itu yah.. Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum pencinta hati as (^^)v Mari-mari jemput makan biskut IKO 3 Buahan, boleh jadikan snek diet anda setiap malam atau setiap siang..ngeh-ngeh...=p Cantik lak warna plastik bungkusan IKO nih..ke as yang pandai ambik gambar..hahaha Warna bungkusan kecil dia pun menarik hati as  Isi dalam dia satu jer??? - ish ingat ada la 2-3 keping As beli yang ada perisa 3 jenis buah-buahan iaitu kulit oren (korang mesti buang kulit oren kan???=p), Cranberry dan Kismis hitam..walaupun gambar kismis dia warna hijau..(~~)/ Main ingredient biskut nih ialah Oat yang mengandungi serat tinggi (Hi-Fibre) Biskut ni agak keras, tapi mengenyangkan...yer..sebab as makan dengan cicah air milo - almaklumla malas nak kunyah... Orang yang kuat makan macam as tapi takut gemuk meh la cuba diet dengan biskut nih... Oklah byes...sayonara..(^^)/ P/S - seri

Happy Birthday my little brother

Assalamualaikum Selamat hari lahir buat adik as yang tercinta Aisamuddin Nordin Hari ini genap umur dia 19 tahun Orangnya tinggi lampai sampai nak cecah pintu rumah..;p Kulitnya tak gelap tapi takder la putih merah macam kecil dulu Perangai dia....kuss semangat, pernah bertumbuk dengan as (yerp..as taknak mengalah juga) Garang tapi penyanyang? Yerp : Teringat kata-kata dia waktu as nangis dalam bilik : Mak, koi takkan lepaskan orang yang buat akak nangis. Sungguh terharu (~~) Sayang? Mestila, buruk-buruk pun adik kita juga. ^^/ Harapan as pada adik Memegang Islam tidak hanya pada nama, tapi terpatri kuat di hati dan melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya As dan Adik As Count Down My Birthday Pencinta hati as (^^)/ alang-alang dah wish birthday adik... Moh la kiter pakat ramai-ramai kira tanggal lahir as dari hari ini...tinggal 16 hari sahaja lagi... Berikut as sediakan senarai hadiah yang as idamkan saat nih, nanti senang kora