Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dream High (OST)

Assalamualaikum....jum karaoke same-same dengan AS (^^)/ [Joo]  I Dream High nan kkumeul kkujyo  Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo  Kkumi irweojineun geu sunganeul  Gyesok tteoollimyeo ireonajyo  [Wooyoung]  Duryeoumeui kkeuteseo nan  Oneuldo heundeullijyo  Tteorejilkka bwa naraoreuji mothaneun  Eorin saecheoreom  [Kim Soo Hyun]  Jakku naega hal su inna  Nae kkumi irweojilkka  Naeditneun georeum han georeum georeumi dashi  Duryeoweo jil ttaemada  [Joo]  I Dream High nan kkumeul kkujyo  Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo  Kkumi irweojineun geu sunganeul  Gyesok tteoollimyeo ireonajyo  [Suzy]  I can fly high naneun mideoyo  Eonjenganeun jeo haneulwiro  Nalgaereul pyeogo nugubodado  Jayurobge nopi nara oreul geoeyo  [Wooyoung]  Neomeojin nal ireukkyeo jul  Yonggiga phiryohajyo  Meonjireul teolgo dashi ireona tto han beon  Ttwieogal yonggiga  [Kim Soo Hyun]  Dashi han beon nareul midgo  Naeui unmyeongeul midg

Only Hope

There’s a song that’s inside of my soul.  It’s the one that I’ve tried to write over and over again  I’m awake in the infinite cold.  But you sing to me over and over and over again. So, I lay my head back down.  And I lift my hands and pray  To be only yours, I pray, to be only yours  I know now you’re my only hope. Sing to me the song of the stars.  Of your galaxy dancing and laughing and laughing again.  When it feels like my dreams are so far  Sing to me of the plans that you have for me over again. So I lay my head back down.  And I lift my hands and pray  To be only yours, I pray, to be only yours  I know now, you’re my only hope. I give you my destiny.  I’m giving you all of me.  I want your symphony, singing in all that I am  At the top of my lungs, I’m giving it back. So I lay my head back down.  And I lift my hands and pray  To be only yours, I pray, to be only yours  I pray, to be only yours  I know now you’re my only hope. hmmmmm, hmmmmm, oooooh.

AS....Tanjō-bi omedetō

Assalammualaikum Hari ni hari lahir AS yang ke - 26 tahun semalam mak masak laksa untuk as hari ni as sampai jer rumah dibangi, kak ayu dan kak saadah pun buat laksa untuk as siap ada kek perisa chocolate banana secret resepi... wah...seronoknya... dapat hadiah dari akak saadah, akak ayu dan atikah dapat tabung frogie, mug bertutup dan cermin yang comel.... semuanya dalam warna yang sangat ceria dan penuh kasih sayang terima kasih mak abah terima kasih akak saadah terima kasih akak ayu terima kasih atikah dan terima kasih kepada kengkawan yang wish befday untuk as baru saya sedar dunia ini saya masih tidak keseorangan lagi... kalau takder aral ahad ni asyah juga telah mencutikan diri untuk as tengok wayang kiter?? yeahh...

Cold n Fever

Assalamualaikum... Semalam as jaga kak saadah demam... Malam tadi as demam pulak...terus tak tidor manusia tapi tidor ayam Siang makin teruk... Tengah hari pergi PK UKM dengan rempit motor.. Mujur tak ekseden sebab nyaris kena pitam... Doktor tak tahan wad walaupun demam pada tahap tinggi Makan ubat dapat tidor 1-2 jam... Demam akak pulak makin teruk dari as.. Dia taknak pergi klinik sebab kaki dia sakit... As tak larat juga nak papah dia...sebab kepala as da biul.. Mujur as demam sikit...so boleh picit-picit kepala akak sesaat dua.. Along telifon postpone party befday baby chuppy.. Tak jadi balik esok...maka nak rehat sepenuhnya bagi pulih demam dan angkat akak pergi klinik... ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rasa macam nak balik jer... Sebab time demam-demam ni mak akan teman as tidur... Dengar as menangis-nangis dalam tidur sambil picit-picit kepala as... Tapi as tak boleh...

Tanjō-bi omedetō Ainul Suffiyah

Tanjō-bi omedetō  Ainul Suffiyah Allah Selamatkan Kamu Allah Selamatkan Kamu Allah selamatkan baby ainul suffiyah Allah Selamatkan Kamu Yeah.....suffiyah sudah berumur satu tahun hari ini. Ramai sungguh ahli keluarga as yang lahir bulan sepuluh Aisamuddin Nordin --> 1/10/1993 Ainul Sufiyyah Mohd Fairrul Azma --> 5/10/2010 El Suhada Baharin --> 14/10/1986 Asnida Nordin --> 17/10/1985 ( tak lama dah ni...cepat-cepat sediakan hadiah saya..hehehe) Iqbal Baharin --> 19/10/1993 Dalam kenangan : Amirul Hakim Nordin --> 19/10/1993  Rasanya ramai lagi tapi dah tak ingat tarikh.....minggu nih balik kampung inshaAllah. Mungkin majlis harijadi anak sulong along akan dibuat pada hari sabtu....wah tak sabarnya acik......baby chuppy dah pandai jalankah??? Kenapa sejak acik tinggalkan baby chuppy sebulan lepas, nampak makin makin tambum??? Wahhhh mujur chumel....tapi da

Happy Day

Assalamualaikum Hari ni kita pergi hantar sahabat bertunang dengan sahabat kita juga.... Wah sungguh tak sangka jodoh depan mata  (sahabat-sahabat)...tapi baru jer bertunang...kiter doakan agar biarlah mereka dapat berkahwin dan kekal sampai akhir hayat amin.... Majlis simple tapi meriah sebab rumate dan kawan ni orang tengah yang kenal kedua-dua belah keluarga....tapi bukanlah jadi orang tengah dalam perbincangan...hehehe... Best sangat-sangat sebab ada banyak kuih....kawan-kawan saya suka buat cupcake, kek batik, dan macam-macam jenis kek... Oh saya rasa sejak rumate-rumate saya pindah masuk rumah ni, berat saya makin naik...bahagia sangat ni dapat kawan dengan kakak-kakak. Lepas ni dah mula kena projek mantap berat badan dan jaga pemakanan, sebab kolestrol saya tinggi walau saya nampak kurus...ecehhh....;p Ok jum nyanyi same-same lagu Happy Day....

Tanjō-bi omedetō

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni hari lahir adik kesayangan As....Aisamuddin Bin Nordin.. 18 tahun lepas, adik saya dilahirkan di Hospital Besar Kuantan.... Sangat teruja apabila doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T Ingat lagi waktu tu as umur 8 tahun...selalu main sorang-sorang, selalu nangis apabila along dan angah tinggalkan as untuk pulang ke rumah tuk...sebab mereka duduk dengan tuk.. Satu hari, as terpikir as nak adik sebab selalu jeles tengok kengkawan ada adik untuk bermain. Setiap hari as bising nak adik...hahahaha.... Mak kata doa la pada Allah...sebab semuanya kuasa Allah... Satu hari mak as sakit nak bersalin,,,as tak tau pun mak ngandung, ingat mak gemuk sahaja...hahaha.... Lepas tu, waktu pilih nama as kalut nak letak nama adik....nak nama ada 'A' macam nama as juga... Maka berebut-rebut dengan along waktu pilih nama dalam buku... Belek-belek maka as jumpa nama Aisamuddin, Aizudin dan apa lagi tah...kalau tak silap a

Doa Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Hari ni tajuk al-Kuliyyah TV3 ialah Doa Ibu. Sebak rasanya dalam hati As apabila mendengar mustajab doa seorang Ibu yang begitu penuh kasih sayang akan anak-anaknya. Pernah as terdengar mak menangis dalam doanya pada satu malam yang hening dan semua orang telah dibuai mimpi. Antara doa mak yang as terdengar ialah memohon merayu kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak, diberi petunjuk ke jalan yang benar, diampunkan dosa-dosa dan dilindungi daripada malapetaka buruk dan juga dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat. Suasana sunyi sepi itu membolehkan suara halus mak sampai ke telinga as sehingga as menangis dari kejauhan. Oleh hal yang demikian, as sangat sayang akan mak, andai ada tersalah perkataan atau perbuatan dengan segera as cuba berbaik semula dengan mak.  as dan mak As rasa simpati dengan Kak Ela yang sudah tidak ada mak. As selalu baca status FB kak ela tentang rindunya pada emak. Maka

Makan Marshmallow time demam

Assalamualaikum..... Hari ni alhamdulillah as kena demam selesema....tapi mujur tak batuk...kalau tak memang tak dapat nak tahan sangat...rasa macam kena asma. Pagi ni malas nak ikut kengkawan pergi PTSL...hanya mahu duduk dirumah. Kalau masuk PTSL, pasti selesema makin teruk...malam tadi pun tidur tak lena.... Sekarang harap dah ok walau kepala rasa panas sikit.. dan macam ada terdengar bunyi buzzz..buzzz... Masa demam ni mula teringin nak makan marshmallow... maka adala sebotol marshmallow di tepi ni... Dulu pernah jer wat marshmallow, tapi dah malas boleh tengok gambar di link ini . Badan rasa penat nak tertido...ngantukk... Malam ni nak pergi penutapan pesta konvo UKM...tak sabar nak konvo tahun depan..insyaAllah Semoga as cepat sembuh dari kena selesema...doakan as kawan-kawan (~~)/ sretttt...sretttt

Ko Ko ni Ru Yo

 Assalamualaikum Hari ni hari yang mendebarkan....as tengah menunggu untuk berjumpa dengan seseorang yang amat penting bagi as... Dah sampai tapi dia tak sampai lagi....hurm... Tengah tunggu-tunggu abah call, abah duk tanya orang tu la, orang ni la....tapi saya tiada mood nak bercakap pasal mereka-mereka itu semua. Saya dalam kegelisahan sekarang ni.... Ya Allah permudahkan segala urusan hambaMu ini... Terima kasih abah sebab rajin call as pagi-pagi...kalau tak abah mesti mak... Saya rasa sungguh bahagia mempunyai ibubapa seperti anda semua... Lagu di atas buat mak abah di pagi ini....tapi saya yang akan wakil nyanyikan.... war..war..war...(^^)/

Cuaca Mendung, Hati DupDap

imej terjumpa di rumah pakcik google Assalamualaikum.... Sudah selesai puasa 6? Sudah selesai puasa ganti?  Petang ni as masak simple saja untuk berbuka puasa dengan Kak Saadah. Telur goreng yang ditumiskan dengan air asam bersama lobak merah...bagi pedas sikit letak cili api ketuk-ketuk...hehehehe. Sebagai penambah selera as goreng ikan masin bulu ayam berserta bawang besar dan cili kering....macam mana ada terliur tak???  oppsss....air liur dah meleleh....... Cuaca petang ni seperti sebelumnya mendung....tertiba teringat ayat kasanova, hari ni cuaca tempat awak mendungkan?? macam mana awak tau ?? saya tau la....( dalam hati kasanova--- yerla awek aku seorang lagi duk kat kawasan engko jugak).. Hati menjadi dupdapdupdap.... Esok macamana...tak tau la....agak-agak kena marah kah? Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini pada hari esok dan mendatangnya... Ok nak pergi prepared sebelum kena marah...kalau tidak memang salah ko sendiri As... (^^)/

Love Story by As

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setiap orang ada love story sendirikan???...Hari ni as nak bercerita tentang cinta AS. Kebanyakkan kengkawan as dah muak dengar cerita cinta as, kali ni as nak bagi pembaca My Idea lak muak atau meluat bila tahu cerita ni... Macam mana nak mula? Bila as mula jatuh cinta? As tak ingat, sejauh mana as pernah bercinta? As tak ingat juga. Berapa kali banyak as bertepuk sebelah kaki? Rasa banyak kali juga. Berapa banyak lelaki yang pernah ucapkan Saya cintakan As? Rasanya tidak ada... Sebab kalau adapun as rasa mereka hanya boring dan bosan jadi diorang cakap jela pada sesiapa lebih-lebih lagi pada as. Kenapa As? Sebab as budak cengengen...kuat nangis, kuat pula merajuk, ngada-ngada. --------------------------------------- Masa sekolah dulu as pernah suka pada seorang budak. Tak ingat la apa yang spesel pasal budak tu, dan as dengan berani bagi tau as suka dia.Dia hanya mengangguk tanda faham...dan kami bua

Entri Subuh hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...... Ini entri sebelum masuk waktu SUBOH (@@)/ As terbaca satu info ini mengenai cara kita beri Salam Sebenarnya as dah lama tahu, cuma tidak secara detail dan tidak pula mengkajinya dan menanya lebih lanjut kepada ustaz as. Copy and Paste JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَم ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi sal

Saat gembira berhari raya

Assalamualaikum... Sudah puasa sunat syawal kah anda??? (^^) Bagi yang perempuan kena wat yang wajib dulu...ngeh..ngeh...Inshaallah hari ni masuk hari ke2. Raya tahun ni sungguh meriah, yerp...balik dari melaka-johor hari tuh rumah saya sentiasa didatangi sanak saudara...kengkawan bagaimana? Mesti samakan? Teringat kata-kata pakngah bila ada orang beri salam luar rumah, dia cakap camni.... MASUK, SALAM, KELUAR hahahahaha.....bukan aper, dia kate kuih muih tak penting sangat tapi dapat bersua muka tu yang penting... Duit raya pun penting gak PAK NGAH...hehehehe ;p Bawah ni gambar-gambar saya beraya bersama keluarga di Melaka. dengan baby Ainul Sufiyah...yer...blue-blue The ladies only...wah-wah rumah Melaka - rumah pak ngah.... di atas tu mana gambar paling cumel - saya kah?? hahaha takyah perasan ko as... Disini saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang lama dan juga baru kerana sudi datang beraya ke rumah saya. Terutama kepada sahabat lama dari Kelantan, sampai sesat nak p

Salam aidilfitri 1432 H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu as nak minta maaf zahir batin kepada semua kenalan dan kawan-kawan as jika as ada buat salah (semestinya ada) sepanjang penulisan My Idea ini. As minta maaf banyak sangat tak dapat nak balas mesej raya kengkawan kerana dah kehabisan kredit mahupun juga terlalu sibuk dalam perjalanan pulang ke melaka dan berjalan raya...nak taip mesej pun tak sempat, bila nak balas pulak dah abis credit. Alhamdulillah Raya tahun ni sangat seronok sebab dapat beraya di kampung kelahiran as sendiri, Melaka. Suasana raya di Melaka sangat berbeza dengan beraya di kampung as di Pahang. Nak cerita pasal kelainan tu tak retila..demi menjaga sentimental sesetengah pihak.. Masjid penuh sehingga as dinasihatkan takyah pergi demi bagi peluang pada lelaki, tapi abah tarik as juga pergi..lega rasanya dapat ruang untuk solat raya. Masa pulang tengak saf lelaki sampai atas jalan raya...wah as sangat seronok sebab disini as boleh lihat kesungguhan uma

Kuih dan Baju Raya

Assalamualaikum Sudah siap persiapan raya anda? Oh saya sangat bz sekali, seolah-olah saya ni bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapa (walau hakikat ada yang bantu) Hari ni baru siap biskut tart nenas. Ini biskut kedua selepas peanut flower cookies. Baju raya hanya dibeli saja. Alhamdulillah kali ini dapat baju yang ada size badan...yea dulu saya sangat gemuk (huahuahahaa...)~~angkara siapa?? Ingat nak buat biskut sarang semut ~ ye semut sangat suka kalau tau saya nak buat ni, sila rahsiakan dari semut ya?? (@@)/ Oh..saya sudah tidak dapat kawal keadaan~~ anak-anak buah sudah datang mengacau...yang kecik merangkak-rangkak dan tergolek-golek...yang besar terpekik dan terlompat dan melantun macam getah buku...ok..semua mesti ditidurkan.... mau minta duit raya lebih sama bapa-bapa mereka ini... kalau macam ini boleh siapkah kuih raya saya ni??? huaaa... adaxsadsa --- oh ini taipan budak-budak ini??

Fasa Pengampunan

Assalamualaikum... Rupanya kita telah masuk ke fasa pengampunan.. As tak sedar dan terleka... Banyak dugaan dalam hidup ini yang menyebabkan as terus terlena.. Ya Allah ampuni dosa-dosa As yang sering lalai dan mempunyai ego yang tinggi.. As tidak mahu menjadi mahu hamba yang derhaka, hamba yang tidak tahu menghargai setiap anugerah yang dikurniakan oleh Mu... Sesungguhnya as memohon keampunan diatas segala kesalahan dan keegoaan yang as lakukan. ------------------------------------------------------------------------------ Salam sayang buat semua pembaca My Idea Di fasa pengampunan ini marilah kita bersama-sama berkejar-kejaran mencari pengampunanNya dengan seikhlas hati... Mana tahu kita akan mati sebentar lagi...

Cabaran

Assalamualaikum... Tertiba rasa tercabar dengan seorang manusia nih... Tapikan bodohkah untuk mencabar manusia nih??? Perlukah saya mencabar kesabaran saya??? Ini bulan puasa...bulan yang mulia... Saya rasa saya perlu bersabar dan bersabar sampai bila-bila Kemarahan ada batasnya Tapi saya yakin saya boleh atasi kemarahan itu jika saya melupakannya Tapi saya dinasihatkan jangan melupakan semuanya Supaya ia dijadikan iktibar dalam hidup Saya dianggap bertuah kerana ada pengalaman itu.. Orang lain mungkin terlena dibuai mimpi indah tanpa menyedari virus ini Oh..saya sangat trauma Pada siapa saya nak salahkah ? Pertama pada diri sendiri saya yang sengaja terlena Kedua pada manusia ini yang telah saya beri banyak peringatan Saya lepaskan Tapi saya tetap takkan lupakan Supaya saya lagi berhati-hati dengan manusia jenis ini Fuhhh...manusia jenis ini sungguh ramai rupanya....realiti bukan fantasi

Boleh atau tidak menderma darah masa bulan puasa?

Salam Ramadhan Beberapa hari lepas, as ada dengar berita dari TV3 tentang bekalan darah daripada orang Islam dinegara kita makin berkurangan. Purata penderma Islam dibulan lain ialah 100 orang tetapi berkurangan kepada 50 orang di bulan mulia ini. Persoalannya disini, ialah as musykil sama ada boleh atau tidak kita menderma darah dibulan puasa. Bukan isu tidak larat atau tidak bertenaga, tetapi isunya ialah jarum suntikan dan ubatan. Satu masa dulu, dalam sekitar 2004 rasanya, seingat as bila setiap kali nak derma darah, nurse mesti akan inject satu ubat ke dalam badan. Tapi sekarang ni, bila as derma darah, ubat tu dah takder...terus bius dan cucuk keluar darah. Ok, antara syarat batal puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Tidak boleh makan dan minum atau apa-apa yang boleh mengenyangkan. Jadi jika masuk ubat sebelum mengeluarkan darah, adakah batal??? Oh yer luper, sekarang dah tak masuk ubat dulu, terus cucuk jer...tapi kena cucuk tu batal tak?? Kalau a