Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel citer-citer

Baby sufiyyah sakit

Assalamualaikum Hari ni as tunda balik ke bangi, kerana baby sufiyah sakit. Rasa risau di hati, putaran sakit dalam keluarga masih belum tamat nampaknya. Dugaan Allah. Sudah 6 kali bawa ke hospital tapi masih belum kebah demamnya. Dan kali ke-6, doktor terpaksa tahan wad. Semalam baby sufiyah tak dapat tidur kerana menahan sakit tangannya yang masuk air dan ubat. Sian pada ummi dan ayah sufiyah, harap mereka bersabar. Semalam buat kali ke-2 juga, saya gagal untuk derma darah kerana tidak cukup darah dalam badan saya. Nilai semalam hanya 12.0 lagi 0.5 untuk cukup...uhh sedih jugak...bulan lepas 11.0..tapi takper dapat cucukan vaksin Hepatitis B free...(^^) Nurse nak bagi vitamin, tapi taknak...nak makan bayam dengan kerang banyak lagi best. Dengan kuasa penderma darah, dapat naik dulu ke wad baby sufiyah. Abah mak dan atuk terpaksa tunggu sehingga masa ditetapkan. Sewaktu tengah paksa baby minum susu, atuk sampai...rupanya atuk naik tangga,....tinggi tuh..wad kanak-kanak tingkat 8...al

Cempaka Beach Lodge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hepi-hepi....... Lepas siap urusan as di KIPSAS, abah bawa kami menginap di kem Cempaka Beach Lodge. Abah dah check in dulu, siap bawak alya mandi pagi kat pantai. Bilik sewa kat sini yang paling as suka, sebab tak ramai orang. Belakang balkoni, bila buka je pintu ada pantai, depan pintu masuk pulak ada kolam. Kat sini tak ramai orang waktu ni, kebetulan ada sepuluh bilik, sembilan bilik milik keluarga imam dari Bintang. Jadi bila diaorang main pantai, as dan alya main kolam, hehehehe.... Nanti nak buat hari keluarga kat sini lar...harga dia pun ok. Tempah sepuluh bilik pun dah ok. Suka dapat berenang zirafah dengan budak kecik nih. Peace, time nih kena jaga molek budak nih, sebab kat kolam orang besar. Esoknya, pergi jumpa budin. Bawak durian seguni, hampir pengsan duk dalam kete bau durian...uhukkkk Ingat nak online kat situ, tapi tenet sangat lembab, laju lagi as duk kat rumah kampung.

Dah Sihat

Assalamualaikum dan toin..toin..toin...heheheh... Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua.... Alhamdulillah juga selera abah telah bertambah. Hehehehe, cuma abah dah beberapa hari tak minum nescafe, sekarang abah cuma minum Ho..ho..ho..horlicksss.... Tapi as yang tak sakit nih, tak mahu minum MILO, hurmmm setiap orang ada perubahannnya. As suka sangat minum MILO, sejak dari kecik lagi. Sampaikan kak sa'adah gelar as, ASMILO sempena nama watak sinetron jam 2 petang. Tapi sekarang dalam 2 3 minggu ni as tak minum milo dah. Minuman as ialah teh susu, itupun nak yang mak buat, sebab buat sendiri tak sedap. Hahaha, yerla bukan minuman kegemaran jadi, x reti buat sedap cam mak. Coklat pun beli jer banyak dalam peti, tapi bagi anak-anak buah je makan. Ais krim coklat pun keras jer tak bermakan, kalau tak memang mencari sokmo dalam peti tuh?? Kenapa as jadi camni?? Hehehehe...bagus jugak kan? Sekali sekala berubah. ------------------

Mee Sos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dalam minggu ni saya rajin makan mee...yep homemade, dibuat oleh rumate yang rumit. Hehehe Atas permintaan mengada-mengada saya yang teringin makan mee dari korea, maka rumate cumel saya rajin nak masakan untuk saya.... Pagi-pagi ni dah terbau keharuman sos mee dan sudah meleleh air liur saya ....slurppp.... hehehe.. Saya sudah perhatikan cara masakan tu, nanti balik kampung saya nak praktikkan...yeahhh Terima kasih kak!!! ----------------------------------------------------------------------------------------------- Pagi ni rasa panas je kepala, pastu blur-blur...demamkah? Mestilah tidak! Hahaha, itu tanda tak cukup tidur dua tiga hari ni...busy?? mesti lah tidak!!! saya seorang yang suka membazir masa (^^)....hahaha Tak sabar nak balik rumah...ada banyak benda perlu dilakukan....senarai panjang betul... Oh saya sudah jumpa post selamat hari mak saya....sila lah scroll dibawah. Sangat pelik dia berada di suatu kawasan tersembunyi..saya pasti sudah

PESTA BUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sihatkah anda semua??? Moga sihat seadanya...dan dapat pergi ke pesta buku seperti saya dan kawan-kawan saya. (^^) Berikut adalah gambar saya dan akak-akak comel yang pergi ke Pesta Buku 2011... novel buku kaktus!!! ( tak beli pegang aje :P ) kak ayu, kak sa'adah dan saya Dalam perjalanan balik Jumpa motor dalam longkang Antara buku yang dibeli Kata Hati : Siapa cakap rakyat Malaysia malas membaca???

Senyuman indah

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini, makbau (mak sedara kembar) belanja makan dan macam-macam lagi. Malam ni tanpa dirancang tidur dirumah makbau, perkara pertama saya tanya kat makbau, jika dia mempunyai internet di rumah. Jawapannya YES. Maka saya dengan senyuman indah, seindah suria membalas jawapan YES jugak untuk tidur di rumah makbau. YES..... Sekarang dihiburkan oleh adik beradik sepupu yang super hiperaktif.....toing...toing.... Dan yang paling kelakar saya dipanggil MAKCIK...ohhhh....noooooo ------------------------------------------------------------ Melihat keramahan, keletah dan senyuman indah dari budak-budak kecil ini, saya terfikir untuk membuat pertandingan " Senyuman Seindah Suria, Pengubat Hati yang duka" Hadiah-hadiahnya juga boleh membuatkan anda tersenyum ( oh...mungkinkah?) Ok ini baru proposal aje... nanti bila dah sedia, baru saya umumkan ya??? Mari kita tengok gambar budak-budak nih.... kredit gambar tuk makbau...(^^) Jum kita nyanyi lagu Senyum S

Do You Watch me?

Assalamualaikum.... Adakah anda watch me? Maaf-maaf, bahasa dicampurkan pulak. Sekarang ni, saya duk tengok jam-jam yang ada dalam koleksi saya... tak banyak ada 1-2 jer.. yang lain-lain tuh setakat bergaya milik kawan aje. Saya suka jam tangan. Tapi saya alah dengan besi. Emas takper. (^^) Ok gambar dibawah saya duk bermain dengan jam kak sa'adah...ye kak...bila mau belikan jam cincin tuk saya?? bunga dan kupu-kupu itu juga cumel kan?? Jam mutiara ni, saya baru jer dapat pakai..maklumlah tangan saya cumel pe orang yang hadiahkannya..kena kecikkan tali..huk huk huk.. maaf gambar kabur (=.=)! inilah kerja saya dalam library (^^) Jam yang takleh dibaca nombornya itu yang warna merah tu, dari china....abah pernah tanya camne nak tengok jam tuh...saya dengan nada mengada-ngada,..oh abah jam itu hanya orang muda saja boleh nampak. Tapi...... Kadang-kadang saya juga tersalah pandang...uhuk...padan muka ko as, suka gi memain dengan abah.. ok lain kali, kita tengok jam pelik yang ada kat d

Harta Orang Harta Ku Jua

ambik dari pakcik google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca My Idea. Harta orang harta ku jua... Masa kecil-kecil dulu, mak abah dah ajar jangan suka mencuri hatta menggunakan barang orang lain tanpa izin tuannya. Tapi rasanya masa kecik dulu tak faham-faham jugak, bila dah besar gajah ini baru faham maksudnya. Post ini ditulis berdasarkan kejadian tengah malam tadi...dan kejadian sebelum-sebelumnya. Dalam mata sedang baru terlena, tiba-tiba masuk panggilan yang tidak dikenali. Apabila diamati rupanya panggilan dari sahabat lama. Saya tahu dia menggunakan telifon ofis. Uhh..cukup pantang saya...dan saya telah menegurnya dengan cara berhemah...- akibatnya dia dah tak sms saya...marahka?? sori =) Hidup ini saya amat takut jika saya menggunakan barang orang lain tanpa izin mereka. Maka, sudah jadi lumrah kita akan minta halalkan semua benda yang kita pakai. Mari kita baca post fahrain tentang manusia yang tidak amanah atau tidak JUJUR- sila kelik Ok, jumpa lagi kengkawan, arios W

Tips Pikat Hati kawan pakai Tips Pikat hati suami???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sempena entri yang ke-200, saya telah mendapat idea untuk tulis pasal tips pikat hati kawan yang sedang merajuk. Sebenarnya tak tahu apa-apa pun tipsnya tapi telah terlepas cakap pada seorang kawan semalam... Kawan : Achik, kawan aku tutup FB sebab dia terasa dengan comment aku, padahal dia yang mula dulu ( lebih kurang gini ar) Dipendekkan perbualan Achik (as) : Apa kata awak guna tips pikat hati suami kat kawan awak tu... Saya terdiam memikirkan semula kata nasihat yang tak bertauliah itu. Akhirnya saya telah tergelak sorang-sorang depan lappy Dan seperti yang dijangka kan kawan saya juga jadi terkesima disana.....siap buat status kat YM, "GUNAKAN TIPS PIKAT HATI SUAMI TOK PIKAT HATI KAWAN??? wahh!! " Hahahaha, inila padahnya bercakap tanpa berfikir...... OK kawan, jika kawan awak itu perempuan mungkin boleh guna tips pikat tu tapi ada batasnya....cukupla sekadar gurau macam ini kot... " Oh my Dior , dont be mad at me, ok?? its just

TIPS HATI SIHAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tips Hati Sihat untuk hari ini ialah Bersyukur dengan Pemberian ALLAH s.w.t Bersyukurlah dengan penuh keikhlasan dan gembiralah dengan apa yang anda ada kerana mungkin orang lain tidak dapat apa yang anda dapat. Mari saya ceritakan disebalik kegelapan gambar di atas.... Dalam kegelapan pasti ada cahaya Besarkanlah cahaya itu dengan penuh kebijaksanaan dan cantikkanlah cahaya itu dengan penuh keilmuan insyaALLAH, kamu akan dapat hati seperti yang digambarkan oleh v v v as (^^) Ok ini motivasi buat diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya (^^) ---------------------------------------------------------------------------------------------- Syukur alhamdulillah kerana doa saya diperkenankan Allah. Ya Allah ya tuhanku, pertemukanlah aku dan letakkanlah aku dikalangan mereka yang benar-benar bertakwa dan beriman kepadaMu. Ya Allah ya tuhanku, bantulah aku agar aku tidak beriman denganMu dan sujud padaMu hanya dalam kesusahan...dan bantulah aku

Kena Makan banyak buah-buahan

ehsan pakcik goOgle--sedapnya Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Demam rasanya dah nak beransur pulih...hampir seminggu ya..sebab keluar masuk air-cond plus banyak meronda semenanjung Malaysia..hehehe Deria rasa masih belum pulih, hidung masih tersumbat dan suara masih sengau..uhukkss..... Teringat kuliah Ust Zakaria, orang sakit jangan dibawak makanan terutama buah. Sebab kalau dah sakit, mulut rasa payau ja..semua benda rasa tak sedap... tapi kalau bagi duit..memang nak. Situasi bagi buah-buahan : As : Pakcik tahan dah?? Ni as bawak buah strawberi.. Pakcik : Terima kasihla, letak aje tepi tu, takder selera nak makan... Situasi bagi duit : As : Moga pakcik cepat sembuh (salam hulur duit) Pakcik : Ye terima kasih la (ambik duit letak bawah bantal) Ust Zakaaria cakap, orang sakit nih, memang takde selera nak makan, tapi kalau kiter hulur duit dia takkan tolak...hehehe maybe.. ------------------------------------------------------------------------------------------ Ok saya dem

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Saya suka pakai kasut

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Saya suka pakai kasut sneakers... Kenapa? Sejak saya sekolah dan ada lesen motor saya suka pakai kasut sneakers... Dah bermacam-macam bentuk sneakers yang saya ada...sama ada brand atau cap ayam sahaja. Tidak kisahla janji boleh pakai kasut. Masa ambil lesen motor, cikgu kata penunggang wajib pakai kasut, saya dengan penuh skema beli la kasut. Rasa selesa bila bawa motor pakai kasut. Dan ia terus selesa apabila berjalan berasak-asakan ketika mahu naik komuter/lrt dan ketika hujan. Takder r diaorang tengok stoking basah saya..hukhukhuk.. Teringat juga lawak cikgu apabila tunjuk selipar jepun tercicir kat trafik oleh penunggang atau pembonceng. Kemudian pagi tadi, tengok MHI, artis pakai kasut lain sebelah, dia kata fashion....tapi bukan cam kat bawah ni, bentuk sama tapi warna dan corak jer lain...its really weird for me. But..its fashion ok?? So, come on be open minded... but....urgh Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu, sokmo la pakai selipar k

Brutrrrr...Hungry Girl

ehsan pakcik gOogle Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!! Brurrrtttt.....itu bunyi perut saya yang tengah lapar. Saya tidak sangka saya akan sangat lapar waktu tengah buat tesis dalam PTSL nih.... saya ingat saya dah ok dengan sarapan milo bijirin + biskut anggur 4 keping. Tengok jam dah kul 1 petang, yer memang patut perut saya lapar. Sebelum pergi makan saya nak citer tentang pengalaman saya lapar dalam dewan periksa..;p Masa degree dulu, perkara saya paling takut bukan takdapat jawab pekse tapi bimbang perut saya lapar dan berbunyi lagu keroncong yang sungguh mendayu-dayu...hahaha Tidak kirala pereksa waktu pagi ke tengahari atau petang...perut saya akan sengaja bermain-main dengan saya untuk mengeluarkan lagu keroncong itu. Pernah sekali tu saya dah nak habis jawab dah, sekali kuat sungguh dia berbunyi...fuhhh....tension weh,......sebab itu saya selalu pakai baju sejuk tebal punya cop UKM dalam dewan pekse...nak bagi cover bunyi dia tak kuat. Tapi kalau dia dah bunyi-bunyi

Jom minum Herbalife

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah cuaca pagi di Bangi sangat baik. Harap-harap Temerloh pun sama. Saya bangun awal dan bersiap-siap pergi ke fakulti untuk uruskan final project. Agak gementar bila berdepan dengan orang yang ada kuasa lebih, tapi hati tetap ingat ini cuma sementara sebab bukan mereka yang berkuasa. Hati rasa sedikit sedih...lalu membawa diri untuk dipujuk, mula-mula pergi ke library fakulti..saja belek-belek buku...jumpa satu yang berkenan terus dipinjam. Mula rasa sedikit lega, hati dah reda dari nangis. Kemudian hati ajak pergi PTSL. Dalam perjalanan, perut kata lapar, masih belum sarapan penuh, sekadar sup panas pagi ini. Lalu kaki melangkah ke kafe PUSANIKA, rasa seronok melihat ada gerai jualan baju dan tudung, tapi hati menahan keseronokan itu kerana teringat kesedihan tadi. Terus masuk dan makan berserorangan. Datang pula seorang Chinese student interview tentang kafe dan hubungan perkauman. Hurm...memang diperhatikan tiada sangat atau tidak ada

Dapat Hadiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni saya bermalas-malasan di danau resort dengan seorang kawan. Sepatutnya kengkawan, tapi leh diorang tu tido tak khabar berita. Da sampai rumah baru mesej kata bangun lewat. Anyways saya da tak kisah, sebab saya dah boleh agak perangai diorang. Its miracle kalau diaorang betul-betul dapat datang. Sebab tu saya tak hegeh-hegeh nak call diorang, biarla..cuti-cuti tak perlu nak rush hour...hehehe Lepas puas renang-renang, badan dah letih saya pun balik dan beli paper Harian Metro, mana tahu mimpi jadi kenyataan dapat hadiah iPad sebijik. Tapi itu hanya mimpi sahaja. Selalunya kita takkan dapat apa yang kita hajatkan kalau benda free ni...kalau tak free pun payah dapat juga walau ada duit. ;p Pasal hadiah lagi.... Kawan saya hadiahkan sutas jam tangan rantai mutiara. Terima kasih ye...siap dapat keronsang lagi. Putih memang warna kesukaan saya dari dulu lagi. Badan rasa tak sihat lagi...kena hujan semalam...tapi otak takleh duduk diam...kena wat k

KPPM SAYA KALAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sudah dua tiga hari saya tak update My Idea@>-- berikutan demam panas sempena pilihanraya kecil dun kerdau. Hehehehe.. Saya baru je pulang semula ke Bangi, semalam untuk meneruskan pengajian saya. Alhamdulillah saya telah laksanakan tanggungjawab saya yang pertama kali pada 6 hb 3 2011. Saya harap pemimpin yang menang dalam pilihan raya baru ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T dengan adil dan saksama. Sepatutnya saya pulang terus ke bangi pada 7hb Mac 2011, tapi tak boleh!!! Sebab hari itu hari jadi mak. SELAMAT HARI LAHIR MAK TERIMA KASIH KERANA MENJAGA SAYA DAN KELUARGA SAYA SAYANG MAK Sempena hari lahir mak, saya berusaha membuat sebiji kek span. Tapi, sayang ia tak begitu lembut macam span. Kenapa??? Takpe mak...saya akan cuba buat lagi. Boleh kak Sarah kate itu kuih bingka??? Tengah-tengah menaip ni boleh butang Shift saya tersekat. Uhhhh...itu la sebab agaknya kenapa butang shift dicipta dua kiri dan kanan

Bila as cuba sibukkan diri

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini nak cerita tentang aktiviti mak, abah dan anak beberapa minggu lepas. Seperti biasa, apabila runsing akan pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan dan buat-buat sibuk. Kadang-kadang tu tak sampai seminggu pun di Bangi dah pulang semula ke kampung. Bukan apa saya bimbang orang kampung rindu saya..hahaha. Ok teruskan cerita, awal bulan dua ni saya pulang seminggu ( Kan cuti raya cina) kebetulan 2 hb 2 hari jadi abang za. So, saya bersemangat nak buat donut. Maka, inilah yang terjadi... hasil terakhir mak bantu letak bintang-bintang menyepahkan dapur mak putar tepung Saya teringin nak makan donut celup choco. So saya telah pilih satu resepi mini donut. Saya tidak pandai masak, tapi saya pelik kenapa donut saya kena bakar bukan goreng. Mak hanya diamkan diri tengok gelagat saya yang membebel sorang. Bila dah siap bakar maka saya cuba makan lalu menangis...huhuhuhu...saya tidak mahu ini donut. Ini bukan donut tapi kuih raya. Ini firs

Tidak sempurna namun

curi dari pakcik Google Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini saya bangun tidur dengan muka tersenyum. Hari ini saya rasa sedikit gembira Malam tadi saya tidur nyenyak Bermimpikan yang indah-indah Saya tersenyum dalam tidur Walaupun ia hanya mimpi yang tidak sempurna namun saya tetap rasa gembira sama ada ia jadi kenyataan atau tidak saya tidak kisah kerana hari esok adalah misteri hari ini saya tersenyum dan peramah mesra semulajadi adakah ini satu anugerah dari Allah ya, saya yakin hanya Dia yang mampu lakukannya tanpa saya sedari walau ia sekadar mimpi yang tidak sempurna tapi saya tetap gembira pada hari ini sayang saya dah hampir lupa apa yang saya mimpikan tapi saya pasti ia berkisarkan hidup saya ------------------------------------------------------------- Saya pernah terdengar kalau mimpi buruk kita kena ceritakan pada orang, kalau tidak mimpi buruk itu jadi kenyataan. Tapi kalau mimpi indah macam mana? Ia terbalikkah?

KETIKA

Assalammualaikum Ketika duk lepak pas ngaji waktu maghrib, housemate saya si wani balik dan ketuk pintu bilik saya. Dum..dum..dum..(padahal bunyi dia..tuk..tuk..tuk jah) Acik..tengok nih... Saya terjerit sekejap....aaaa....chumel!!! ( biar pun dia comot) Ye.....wani bawak balik seekor anak kucing ala-ala siam Comot tetapi comel Terdapat luka dibawah kaki dia...agak panjang...so apa lagi ambik putik kapas dan minyak PANAS..opsss minyak TYT la.... Kelakar tengok wani yang menjerit sakit bila saya sapu ubat pada comot..ye saya nak panggil nama dia comot...hehehehe Agak dalam ya luka tu...kamu tersangkut pada kawat besi kah comot??? Sedulang air wani bagi kat comot tapi dia leh pergi minum air kat bilik air kami...aduss... Bagi dia makan nasi goreng..tapi adala 2-3 kunyah...dia pilih ikan jer dari nasi...dia cakap nati gugur bulu I kalau makan nasi goreng berminyak...dia cakap ok...dia cakap...hahaha... padahal ada perasan jiran bagi makan freskes kat tepi rumah tu...so dia da kenyang la a