Langkau ke kandungan utama

Catatan

PESTA BUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sihatkah anda semua??? Moga sihat seadanya...dan dapat pergi ke pesta buku seperti saya dan kawan-kawan saya. (^^) Berikut adalah gambar saya dan akak-akak comel yang pergi ke Pesta Buku 2011... novel buku kaktus!!! ( tak beli pegang aje :P ) kak ayu, kak sa'adah dan saya Dalam perjalanan balik Jumpa motor dalam longkang Antara buku yang dibeli Kata Hati : Siapa cakap rakyat Malaysia malas membaca???

Resepi ikan siakap kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warta berita hari ini resepi ikan siakap kukus (^^) Hari ini, wani merangkap ex-rumate yang rumit dan bakal menjadi ex-housemate telah menghadiahkan masakan istimewanya khas untuk saya. Wani akan berpindah ke rumah baru jumaat nih, maka dia menghadiahkan makanan yang berkhasiat untuk saya. Ikan siakap kukus. Kebetulan bakal rumate baru akan datang hari ini, maka kiranya langkah kanan la mereka ini... Ok hari ini, saya nak kongsikan resepi ikan siakap kukus versi as sendiri. Bahan-bahan Seekor ikan siakap segar dan besar 3 biji limau nipis 2 biji bawang besar 1 biji bawang putih Garam (secukup rasa) Cili padi ( ikut suka pedas) 3 cawan air ( tengok pada saiz ikan) Sejemput udang kering Separuh lobak merah 1/4 bunga kubis (jika suka) lada benggala (jika suka) lada besar (jika suka) Cara -cara : Masukkan air dalam blender, campurkan perahan air limau nipis, masukan setengah biji bawang besar dan masukkan juga cili padi ikut tahap kepedasan anda dan uda

Senyuman indah

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini, makbau (mak sedara kembar) belanja makan dan macam-macam lagi. Malam ni tanpa dirancang tidur dirumah makbau, perkara pertama saya tanya kat makbau, jika dia mempunyai internet di rumah. Jawapannya YES. Maka saya dengan senyuman indah, seindah suria membalas jawapan YES jugak untuk tidur di rumah makbau. YES..... Sekarang dihiburkan oleh adik beradik sepupu yang super hiperaktif.....toing...toing.... Dan yang paling kelakar saya dipanggil MAKCIK...ohhhh....noooooo ------------------------------------------------------------ Melihat keramahan, keletah dan senyuman indah dari budak-budak kecil ini, saya terfikir untuk membuat pertandingan " Senyuman Seindah Suria, Pengubat Hati yang duka" Hadiah-hadiahnya juga boleh membuatkan anda tersenyum ( oh...mungkinkah?) Ok ini baru proposal aje... nanti bila dah sedia, baru saya umumkan ya??? Mari kita tengok gambar budak-budak nih.... kredit gambar tuk makbau...(^^) Jum kita nyanyi lagu Senyum S

Do You Watch me?

Assalamualaikum.... Adakah anda watch me? Maaf-maaf, bahasa dicampurkan pulak. Sekarang ni, saya duk tengok jam-jam yang ada dalam koleksi saya... tak banyak ada 1-2 jer.. yang lain-lain tuh setakat bergaya milik kawan aje. Saya suka jam tangan. Tapi saya alah dengan besi. Emas takper. (^^) Ok gambar dibawah saya duk bermain dengan jam kak sa'adah...ye kak...bila mau belikan jam cincin tuk saya?? bunga dan kupu-kupu itu juga cumel kan?? Jam mutiara ni, saya baru jer dapat pakai..maklumlah tangan saya cumel pe orang yang hadiahkannya..kena kecikkan tali..huk huk huk.. maaf gambar kabur (=.=)! inilah kerja saya dalam library (^^) Jam yang takleh dibaca nombornya itu yang warna merah tu, dari china....abah pernah tanya camne nak tengok jam tuh...saya dengan nada mengada-ngada,..oh abah jam itu hanya orang muda saja boleh nampak. Tapi...... Kadang-kadang saya juga tersalah pandang...uhuk...padan muka ko as, suka gi memain dengan abah.. ok lain kali, kita tengok jam pelik yang ada kat d

Yang terindah dalam hidup

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Suka, kasih, sayang dan cinta Tidak kisah, tidak suka, benci dan marah Sihat dan Sakit Semua ini sudah sebati dalam diri kita sejak dari dilahirkan lagi. Kita berlegar-legar dimuka bumi ini mencari cinta dan kasih sayang yang sejati. Kita berlari-lari pula menjauhi benci dan marah Namun tahukah kita, bahawasanya Allah telah menetapkan sesuatu peraturan yang membantu kita mencari cinta sejati dan menjauhi kebencian. Teringat komen dari seorang sahabat tentang entri Khas Untuk Awak. Persoalan yang diutarakan oleh sahabat ini ialah cinta siapa yang saya cari? Jawapannya sudah pasti cinta yang membawa kebahagian dan keindahan selamanya, cinta Allah S.W.T. Namun saya tahu saya nampak seperti seperti kapal yang terumbang ambing ditiup oleh ribut angin. Namun tidak juga saya lupa untuk berdoa padaNya. Saya mungkin sudah dapat petunjuk dariNya, tetapi diri saya ego untuk menafikannya. Ya Allah berdosa

Harta Orang Harta Ku Jua

ambik dari pakcik google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca My Idea. Harta orang harta ku jua... Masa kecil-kecil dulu, mak abah dah ajar jangan suka mencuri hatta menggunakan barang orang lain tanpa izin tuannya. Tapi rasanya masa kecik dulu tak faham-faham jugak, bila dah besar gajah ini baru faham maksudnya. Post ini ditulis berdasarkan kejadian tengah malam tadi...dan kejadian sebelum-sebelumnya. Dalam mata sedang baru terlena, tiba-tiba masuk panggilan yang tidak dikenali. Apabila diamati rupanya panggilan dari sahabat lama. Saya tahu dia menggunakan telifon ofis. Uhh..cukup pantang saya...dan saya telah menegurnya dengan cara berhemah...- akibatnya dia dah tak sms saya...marahka?? sori =) Hidup ini saya amat takut jika saya menggunakan barang orang lain tanpa izin mereka. Maka, sudah jadi lumrah kita akan minta halalkan semua benda yang kita pakai. Mari kita baca post fahrain tentang manusia yang tidak amanah atau tidak JUJUR- sila kelik Ok, jumpa lagi kengkawan, arios W

Tips Pikat Hati kawan pakai Tips Pikat hati suami???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sempena entri yang ke-200, saya telah mendapat idea untuk tulis pasal tips pikat hati kawan yang sedang merajuk. Sebenarnya tak tahu apa-apa pun tipsnya tapi telah terlepas cakap pada seorang kawan semalam... Kawan : Achik, kawan aku tutup FB sebab dia terasa dengan comment aku, padahal dia yang mula dulu ( lebih kurang gini ar) Dipendekkan perbualan Achik (as) : Apa kata awak guna tips pikat hati suami kat kawan awak tu... Saya terdiam memikirkan semula kata nasihat yang tak bertauliah itu. Akhirnya saya telah tergelak sorang-sorang depan lappy Dan seperti yang dijangka kan kawan saya juga jadi terkesima disana.....siap buat status kat YM, "GUNAKAN TIPS PIKAT HATI SUAMI TOK PIKAT HATI KAWAN??? wahh!! " Hahahaha, inila padahnya bercakap tanpa berfikir...... OK kawan, jika kawan awak itu perempuan mungkin boleh guna tips pikat tu tapi ada batasnya....cukupla sekadar gurau macam ini kot... " Oh my Dior , dont be mad at me, ok?? its just

Tutorial Indahkan Mata dan Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mari kita cantikkan pandangan kita dengan tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Tengok gambar keluarga bahagia, tengok benda-benda yang boleh buat kita bahagia...tapi jangan cakap tengok gambar porno itu boleh buat anda bahagia...erk... Ini bukanlah tutorial make up mata yang ada eye shadow or blink-blink tu. Tapi hanyalah tengok gambar orang tersenyum...ye gambar keluarga saya sahaja. Senang nak credit pic to me only...hehehe.. Gambar no 1 gambar kucing yang sedang bahagia. Nampak je muka dia garang sebenar dia control macho walaupun dia betina. Ye sila percaya dia tengah control macho, sebab kami semua sedang membelai-belainya dengan penuh teruja... Gambar no 2, aliya dan fazari yang sangat teruja bermain dengan pantai. Selama ini mereka hanya kenal sungai pahang sahaja. Apabila mereka dapat bermain pantai, ia merupakan satu rahmat bagi mereka. Sangat-sangat teruja mereka bermain dengan pantai. Alhamdulillah akhirnya anak buah saya kenal apa itu pan

TIPS HATI SIHAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tips Hati Sihat untuk hari ini ialah Bersyukur dengan Pemberian ALLAH s.w.t Bersyukurlah dengan penuh keikhlasan dan gembiralah dengan apa yang anda ada kerana mungkin orang lain tidak dapat apa yang anda dapat. Mari saya ceritakan disebalik kegelapan gambar di atas.... Dalam kegelapan pasti ada cahaya Besarkanlah cahaya itu dengan penuh kebijaksanaan dan cantikkanlah cahaya itu dengan penuh keilmuan insyaALLAH, kamu akan dapat hati seperti yang digambarkan oleh v v v as (^^) Ok ini motivasi buat diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya (^^) ---------------------------------------------------------------------------------------------- Syukur alhamdulillah kerana doa saya diperkenankan Allah. Ya Allah ya tuhanku, pertemukanlah aku dan letakkanlah aku dikalangan mereka yang benar-benar bertakwa dan beriman kepadaMu. Ya Allah ya tuhanku, bantulah aku agar aku tidak beriman denganMu dan sujud padaMu hanya dalam kesusahan...dan bantulah aku

Nak tambah berat badan dan Nak Pakai Kasut Tinju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Saya nak cari TIPS tambah berat badan DAN mahu pergi cari kasut TINJU di Festival Kasut Antarabangsa di PWTC esok... ----------------------------------------------------------------------- Acah ajer ...berat badan saya sudah ideal... maybe ..hehehe...pasal kasut tinju itu mungkin betul..hahaha Ni gara-gara saya terjumpa kata kunci nak tambah berat badan dan kasut tinju di ruangan search... jadi memang takleh dinafikan memang ada orang nak tambah berat badan yer...meh..saya cadangkan anda makan product ini dan produt ini ...iyernya sangat terkenal....hehehe...tapi jangan tanya saya jika saya sudah cuba sebab buat masa ini saya tidak memerlukannya lagi..okey??? Pasal kasut tinju tuh mesti datang ke entri nih ... Ok jum pakat cari kasut nih kat FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA PWTC. Festival ini akan berakhir esok. Cari ya...mana tahu memang ada kasut tinju nih. Tapi saya teruja nak tengok kasut yang diperbuat dari coklat,....tidaklah saya mahu makan

Kena Makan banyak buah-buahan

ehsan pakcik goOgle--sedapnya Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Demam rasanya dah nak beransur pulih...hampir seminggu ya..sebab keluar masuk air-cond plus banyak meronda semenanjung Malaysia..hehehe Deria rasa masih belum pulih, hidung masih tersumbat dan suara masih sengau..uhukkss..... Teringat kuliah Ust Zakaria, orang sakit jangan dibawak makanan terutama buah. Sebab kalau dah sakit, mulut rasa payau ja..semua benda rasa tak sedap... tapi kalau bagi duit..memang nak. Situasi bagi buah-buahan : As : Pakcik tahan dah?? Ni as bawak buah strawberi.. Pakcik : Terima kasihla, letak aje tepi tu, takder selera nak makan... Situasi bagi duit : As : Moga pakcik cepat sembuh (salam hulur duit) Pakcik : Ye terima kasih la (ambik duit letak bawah bantal) Ust Zakaaria cakap, orang sakit nih, memang takde selera nak makan, tapi kalau kiter hulur duit dia takkan tolak...hehehe maybe.. ------------------------------------------------------------------------------------------ Ok saya dem

Teringin Tempah t-shirt dan Mug dengan HeartBeat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Semalam duk usha-usha iklan heartbeat (<--- sila signup jika nak join affiliate). Dah lama perasan iklan ni dan ramai juga yang ajak join...so semalam masa tunggu kawan saya pun pasang. Ramai juga yang pasang iklan ni kat blog diorang malah ramai juga yang dah dapat keuntungan...kalau tak caya leh tanya pakcik google..ramai je blogger citer pasal diorang dapat duit dari heartbeat . Ok balik semula pada tajuk...apa itu heartbeat ??. Rupanya kedai online yang jual gift . Simple tapi menarik. Biasala perempuan..hehehe..mudah tertarik pada gift nih. Masa duk skodeng heartbeat nih maka terpandang pada t-shirt bercetak dan mug bercetak....wah menarik aaaaa....harga dia pun boleh tahan murah.... Anda boleh letak muka anda sendiri pada t-shirt tu and then leh pakai pergi jenjalan...hehehe...kalau takpun siapa-siapa yang ada anak kecil nakal selalu hilang kat shopping complex, maka parents leh tampal muka kat baju budak tuh..haaa...kan senang...this

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Syukur juga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua Syukur Alhamdulillah..... Hari ini saya dapat baca banyak entri dari blog kengkawan tentang syukur. Saya hari ini bersyukur kerana masih demam. Walaupun demam saya dah reda tak seteruk tengah malam tadi tapi saya masih bersyukur ia belum pergi...ini satu ujian Allah yang sangat kecil buat diri saya. Selama ini saya jarang di serang demam panas yang lama kecuali waktu kecil kes saya rindukan abang-abang saya. Bila dah besar ni saya payah kena demam seingat saya abih sikit pun sekali je setahun. Sebab itu saya mengalu-alukan kedatangan demam supaya tanda pembersihan dosa kecil (InsyaAllah). Saya akan cuba tidak mengeluh kerana demam ini. Kerana saya pernah mengalami sakit yang lagi sakit dari demam. Penyakit HATI Saya mengalami penyakit hati yang sangat kronik walaupun saya cuba nafikannya. Mungkin ego saya terlalu tinggi. Saya melawan sehabis mungkin penyakit ini. Saya cuba tidak memikirkan perkara yang menjadi punca penyakit ini. Saya amat bi

Al-Fatihah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua Agak lama menyepi disebabkan kesibukan diri dan beberapa sebab.... Sedih Saya telah kehilangan seseorang yang amat saya kasihi. Dia telah pergi menemui-Nya tanpa disangka-sangka dan sungguh mengejutkan. Saya kelu lidah sampai tidak terkata apa-apa. Saya tidak mampu menangis oleh kerana terlalu terkejut. Dia sangat menyayangi saya dan selalu mengambil berat saya sejak dari lahir. Dialah yang membasuh uri tembuni saya dengan penuh adat melayu, kalau tak silap siap pasang pelita. Dialah juga terus meng'haram'kan saya menggoreng keropok lekor kerana kes saya terkena percikan minyak panas akibat letupan keropok lekor itu, sampai saya hampir jadi buta...fuhh trauma sampai sekarang. Dialah juga memberi nasihat yang membina diri supaya saya tidak leka dengan kehidupan duniawi ini. Kini dia telah pergi menghadap tuhan yang satu. Saya akan merinduinya dan saya sangat menyayanginya. Semoga rohnya aman disana dan al-Fatihah buatnya. Kata Hati : M

Saya suka pakai kasut

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Saya suka pakai kasut sneakers... Kenapa? Sejak saya sekolah dan ada lesen motor saya suka pakai kasut sneakers... Dah bermacam-macam bentuk sneakers yang saya ada...sama ada brand atau cap ayam sahaja. Tidak kisahla janji boleh pakai kasut. Masa ambil lesen motor, cikgu kata penunggang wajib pakai kasut, saya dengan penuh skema beli la kasut. Rasa selesa bila bawa motor pakai kasut. Dan ia terus selesa apabila berjalan berasak-asakan ketika mahu naik komuter/lrt dan ketika hujan. Takder r diaorang tengok stoking basah saya..hukhukhuk.. Teringat juga lawak cikgu apabila tunjuk selipar jepun tercicir kat trafik oleh penunggang atau pembonceng. Kemudian pagi tadi, tengok MHI, artis pakai kasut lain sebelah, dia kata fashion....tapi bukan cam kat bawah ni, bentuk sama tapi warna dan corak jer lain...its really weird for me. But..its fashion ok?? So, come on be open minded... but....urgh Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu, sokmo la pakai selipar k

Brutrrrr...Hungry Girl

ehsan pakcik gOogle Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!! Brurrrtttt.....itu bunyi perut saya yang tengah lapar. Saya tidak sangka saya akan sangat lapar waktu tengah buat tesis dalam PTSL nih.... saya ingat saya dah ok dengan sarapan milo bijirin + biskut anggur 4 keping. Tengok jam dah kul 1 petang, yer memang patut perut saya lapar. Sebelum pergi makan saya nak citer tentang pengalaman saya lapar dalam dewan periksa..;p Masa degree dulu, perkara saya paling takut bukan takdapat jawab pekse tapi bimbang perut saya lapar dan berbunyi lagu keroncong yang sungguh mendayu-dayu...hahaha Tidak kirala pereksa waktu pagi ke tengahari atau petang...perut saya akan sengaja bermain-main dengan saya untuk mengeluarkan lagu keroncong itu. Pernah sekali tu saya dah nak habis jawab dah, sekali kuat sungguh dia berbunyi...fuhhh....tension weh,......sebab itu saya selalu pakai baju sejuk tebal punya cop UKM dalam dewan pekse...nak bagi cover bunyi dia tak kuat. Tapi kalau dia dah bunyi-bunyi

Jom minum Herbalife

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah cuaca pagi di Bangi sangat baik. Harap-harap Temerloh pun sama. Saya bangun awal dan bersiap-siap pergi ke fakulti untuk uruskan final project. Agak gementar bila berdepan dengan orang yang ada kuasa lebih, tapi hati tetap ingat ini cuma sementara sebab bukan mereka yang berkuasa. Hati rasa sedikit sedih...lalu membawa diri untuk dipujuk, mula-mula pergi ke library fakulti..saja belek-belek buku...jumpa satu yang berkenan terus dipinjam. Mula rasa sedikit lega, hati dah reda dari nangis. Kemudian hati ajak pergi PTSL. Dalam perjalanan, perut kata lapar, masih belum sarapan penuh, sekadar sup panas pagi ini. Lalu kaki melangkah ke kafe PUSANIKA, rasa seronok melihat ada gerai jualan baju dan tudung, tapi hati menahan keseronokan itu kerana teringat kesedihan tadi. Terus masuk dan makan berserorangan. Datang pula seorang Chinese student interview tentang kafe dan hubungan perkauman. Hurm...memang diperhatikan tiada sangat atau tidak ada

Bila binatang itu tiada

kalendar as bulan MAC 2011 ;P Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua... Harap pembaca setia sama ada silent, vibrate or ring ;P sihat-sihat adanya..hehehe Hari ini saya bercadang untuk membuat editing photoshop dan illustrator risalah FTSM. Sambil-sambil mengalamun mengemas beg laptop untuk ke PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) saya akhirnya terlupa juga untuk meletakkan binatang peliharaan saya dalam beg. Saya berasa susah untuk buat kerja apabila binatang itu tiada. Saya rasa sunyi dan mudah bosan dan juga tension jika tidak menyentuh dan mengusap-usap badannya. Huhuhuhu... Walaubagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan, walau anda suka menggunakannya ia bukan menjadi satu penghalang dan alasan anda tidak melakukan kerja anda. Abah juga memelihara binatang ini dan selalu dikidnap oleh adik budin...akibatnya abah selalu berleter panjang apabila dia hendak menggunakan binatang ini. Kalau tidak ada binatang ini, abah terus unmood nak buat kerjanya. Sekarang saya memahami perasaan ab

Dapat Hadiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni saya bermalas-malasan di danau resort dengan seorang kawan. Sepatutnya kengkawan, tapi leh diorang tu tido tak khabar berita. Da sampai rumah baru mesej kata bangun lewat. Anyways saya da tak kisah, sebab saya dah boleh agak perangai diorang. Its miracle kalau diaorang betul-betul dapat datang. Sebab tu saya tak hegeh-hegeh nak call diorang, biarla..cuti-cuti tak perlu nak rush hour...hehehe Lepas puas renang-renang, badan dah letih saya pun balik dan beli paper Harian Metro, mana tahu mimpi jadi kenyataan dapat hadiah iPad sebijik. Tapi itu hanya mimpi sahaja. Selalunya kita takkan dapat apa yang kita hajatkan kalau benda free ni...kalau tak free pun payah dapat juga walau ada duit. ;p Pasal hadiah lagi.... Kawan saya hadiahkan sutas jam tangan rantai mutiara. Terima kasih ye...siap dapat keronsang lagi. Putih memang warna kesukaan saya dari dulu lagi. Badan rasa tak sihat lagi...kena hujan semalam...tapi otak takleh duduk diam...kena wat k