Assalammualaikum... Satu masa dulu as tanya pada diri sendiri kenapa manusia tidak boleh mengundur masa? Seperti butang reset pada telefon atau komputer atau pada penentu masa kembali menjadi 0. Jika manusia boleh kembali kepada zaman silam atau membetulkan kesalahan yang dilakukan apa akan terjadi? Jawapan yang as terima daripada kawan-kawan ialah, dunia akan aman, tiada perbalahan dan dendam. Namun as pasti ada juga akan sedar bahawa jika manusia ada butang RESET maka dunia akan menjadi kucar kacir. Peperangan akan sentiasa berlaku dan manusia tidak akan berevolusi. Manusia belajar dari kesilapan, jika fikir dengan hanya kembali ke belakang atau RESET kembali perangai dapat mengamankan dunia dan diri, maka disitu akan berlaku kesilapan. Jadi apa jawapan anda? Apa yang akan berlaku jika anda mempunyai butang reset? Seandainya anda yakin jika butang reset itu akan mendatangkan suasana ceria dan aman seperti Alya bermain ombak...beritahulah saya. Ab
Ini blog peribadi as.