Assalamualaikum, Perkataan 'kurang ajar' kalau diucapkan kepada as, sudah pasti akan terguris perasaan. Apatah lagi kalau dicanang satu Malaysia. Inikan pula kalau kata kita nih anak derhaka. Hari ni as baca berita di Berita Harian Online mengenai Ketidak Puasan Hati Bapa Najwa Latif terhadap anaknya yang popular melalui Youtube nih... Berikut Copy Paste dari Berita Harian Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya. Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif. Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu. Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan k
Ini blog peribadi as.