Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel citer-citer

Cinta Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pagi isnin ini, saya bertapa di PTSL jauh dari fakulti sendiri. Ini kerana saya inginkannya seperti ini. Tajuk post saya Cinta Sempurna sempena persembahan Yuna malam tadi. Saya dan budak rumah amat berharap yuna menang, namun tuah tidak berpihak padanya. Waktu di umumkan penulis dan penyanyi sendiri, kami dah bersedia untuk tepuk tangan, tapi hampa bila nama yang diumumkan adalah orang lain. Apa-apa pun, tahniah kepada pemenang ajl25 malam tadi. Klip Video Cinta Sempurna AJL25 Persembahan yuna mantap walaupun dia mendapat undian persembahan pertama. Biasanya orang yang buat persembahan pertama ni peluang untuk dia menang tinggi..tapi ada juga yang tidak ( saya ler orang itu...hehehehe) ni kes gugup...huhuhu Owh...tak sangka ramai yang membantah keputusan juri terhadap kemenangan ana rafali. Siap buat page kat FB....wahh..wahh...sian sama dia....orang marah-marah pun, dia gak yang dapat duit kan..hehehe..korang tak dapat pun. =P ---------------------

O.S

Assalammualaikum.... Harini macam satu Malaysia jer hujan...hehehe...rate-rate komen kat FB kate hujan..rain dan macam-macam bahasa.... Saya sedang mengisolasikan diri dalam PTSL. Saya tension dengan karenah beberapa manusia.....so saya diamkan diri dalam PTSL. Saya juga pening kepala pasal OS lappy saya...perlu kembali ke zaman purbakah atau stay dengan window 7. Ni gara-gara projek tesis la.... programming untuk augmented reality tak up to date...takleh masuk dengan window 7.... Sambil minum susu kotak berfikir panjang...apa yang patut saya lakukan...Ya Allah berikan petunjuk untuk hambaMu yang selalu sukar buat pilihan. Sebut pasal pilihan saya sangat-sangat dalam delima...saya rasa sangat sakit jika silap buat pilihan, namun saya pasti Allah akan membantu...amiennn

Persiapan

Assalamualaikum Kepala masih pusing, demam ringan masih belum hilang ( saya suka!!!! ) (^^) Tinggal 3 hari lagi nak masuk 2011. Majlis resepsi perkahwinan masih belum setel. Tanpa saya tidak mengapalah kot. Saya tidak larat nak hadir. Terdengar bebelan ibu, saya kena hadir juga kalau tidak macam mana majlis nak berlansung..ye tak?? hahaha.... Owh....unMood AGAIN Berat hati saya nak tinggalkan, namun kebenaran adalah menyakitkan dan BEST!!! ---------------------------------------------------------------------------------------------- Demam-demam ni, macam-macam saya nak makan.... Apa yang saya nak makan?? Mari saya buat senarai : Tomyam campur tanpa daging - malam tadi da makan tp lupe pesan taknak daging Sup cendawan Spagetti Sponge cake ABC kurang manis yang banyak bahannya taknak nata de coca Burger Udang butter ikan ( masak stim, bakar, ) - ni ibu dah buatkan sebelum demam tapi nak lagi Itu saje kot buat masa ni.... Ibu kate sabar yer manje, minggu ni kiter jumpa. Tapi saya nak bali

Clean UP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang bertapa dari kampung Kat atas tu dituju khas buat anda-anda yang suka dengan saya (^^) siapa rajin nak susun balik gambar-gambar kat atas??? saya malas....hehehe

Printer Problem

Assalamualaikum..... Di pagi yang mulia ini, hati saya sedikit panas. Anda nampak gambar di atas??? Itu puncanya. Sudah mau kena korek tabung beli yang baru. Siapkan dulu proposal AR. Then kuar pegi cari tokey kedai baik hati. kata hati : kena kerja kuat!

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar. Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe.. Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu. Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!

MALANG KAH TUAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang waktu malam, tiada siapa dirumah dan saya dalam keadaan tidak selesa, tidak sihat, tidak seronok, tidak gembira dan mula rindukan rumah kampung saya dan pelukkan ibu saya. Saya keseorangan dirumah, tiada siapa dirumah. Mana pergi semua orang??? Rumah ini hanya persinggahan sementara sahaja, untuk tidur, mandi, rehat dan keluar setelah mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti seterusnya. Begitulah kehidupan kami penghuni rumah ini yang masih belajar. Kini saya tinggal keseorangan, saya tidak sangka akan tinggal seorang, kerana biasanya saya yang akan meninggalkan budak-budak rumah. Hehehehe... ----------------------------------------------------------------------------------- ehsan pakcik Google.com Semalam sempat jumpa juga dengan seorang housemate sebelum dia keluar tak balik-balik. Dialog kami Housemate : Wah..acik nampak muda!!!! Saya : owh ek... dalam hati berkata ---> ( Bodek la tuh ) Housemate : serius la Saya : dalam

Selamat Hari Lahir As

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>--- Selamat hari lahir As... Tepat jam 12.00 malam 17 Oktober 2010, saya dapat mesej dari kawan-kawan mengucapkan selamat hari lahir. Saya telah berumur 25 tahun. Genap 25 tahun saya berada dimuka bumi ini. Satu pelukan erat dan kucupan didahi dari mak dan abah. Satu hembusan doa di ubun-ubun dari mak seperti yang dilakukan sejak dari bayi lagi. Apabila masuk saja tarikh 17 Oktober saya mula bayangkan mak tengah sakit hendak melahirkan saya. Air mata mula mengalir mengenangkan pengorbanan mak dan abah. Di hari kelahiran saya, saya panjangkan lagi doa buat mak abah yang tercinta. Sakiti mak dan abah maka sakiti hati saya juga. Menangisnya mak abah maka menangis juga saya. Saya juga tidak sempurna, terlepas kata-kata yang tidak enak pada mak abah. Saya pohon ampun dengan satu ciuman dan pelukan, minta maaf segalanya... ----------------------------------------------------------------------------------------------- Semalam ma

Bermain dengan budak kecik

Assalamualaikum.... Ini entri yang kedua malam ini.... Selepas saja selesai kenduri kahwin di rumah paklong, Bachang. Anak-anak buah merengek-rengek menuntut janji untuk dibawa bermain kuda di tepi pantai... Atuk yang sememangnya baik hati dan pemurah itu mengotakan janjinya. Kata abah tidak baik tidak tunaikan JANJI apabila kita sudah berJANJI. BETUL !!!!!!!!!! Maka, pergilah kami ke pantai Klebang berdekatan dengan rumah atuk. Agak menghampakan apabila dilihat pantai kini tidak seindah dahulu....sungguh kasihan dengan generasi muda masa kini. Budak-budak ni naek kuda padi jer...nak naek sama tak tergamak....bukan sebab saya berat!!! tapi sebab kuda itu saja yang kecil..tidak sampai hati saya... --------------------------------------------------------------------------------------------- Esoknya kami bertolak pulang..sempat lagi singgah di Zoo Melaka. Setibanya di Alor Gajah, kami terjumpa sebuah kenderaan HONDA kemalangan. Kejadian sungguh pantas...dua penumpang tercampak ke sisi jal

Kenduri di Melaka

Assalammualaikum!!! Hari ni saya berkesempatan mengupdatekan My Idea @)-- ini. Owh sangat merindui kamu!!... OK...cukup intro ngader-ngader ini... baru jer tinggal 2 hari sudah.... Jumaat lepas saya telah pergi kenduri kahwin sepupu saya di kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka. Majlis akad nikah diadakan pada waktu malam dan bersanding juga pada malam itu. Hurm...ni abah kata cara orang dolu-dolu...entahla... bunga api dan mercun hantaran dari pihak lelaki Hari sabtu esoknya di teruskan majlis sehingga ke petang. Alhamdulillah majlis selamat dijalankan hingga ke petangnya dengan suasana meriah. Sanak saudara sangat ramai dari pelbagai generasi dan juga keturunan. Hekhekhek.... Tahniah buat sepupuku Nor Suzana Abd. Razak ---------------------------------------------------------------------------------------------

Packing bag balik Melaka

Assalammualaikum........... Hari ni agak lewat bangun subuh 6.40 am. Lepas subuh mata masih mengantuk tapi malas nak tido balik....tengok!!! tido pun malas...hehehe tu belum lagi nak buat makan....tapi kalau da ada keluarga takla malas...serius saya tak macam itu. Macam biasa bangun pagi, si dia akan hantar mesej selamat pagi...tapi tidak la hari-hari..time dia rajin la kot... ada masa tu dia atar mesej selamat pagi pada jam 1130 pagi or 1 tengahari....haluuuuu tak tengok jam or kamu memang suka buat lawak or kamu sudah berada diluar negara. =P Sebenarnya malam tadi pelan nak masak pulut. Tapi saya tidak reti so, mula la menanya pada pakcik google dan Cikgu Iman. Owh penerangan yang sungguh bermakna. Saya sudah faham tinggal lagi yang tak faham ialah sukatan untuk orang makan...hukhukhuk...malas sungguh nak call mak pagi buta ini. Mesti mak kelam kabut nak bersiap balik melaka. MELAKA Saya adalah anak kelahiran Melaka yang merantau di negeri orang mencari sesuap nasi. Saya dilahirkan d

Ganti Puasa

Assalamualaikum!!!!! ada orang kat blog tak??? hehehe Hari ni hari khamis bersamaan dengan 23 September 2010 dan 14 Syawal. Eh..eh..kejap jer masa berlalu kan??? Kejap jer dah nak hujung tahun...kejap jer dah nak abis belajar (jangan perasan As!!! ) dan kejap jer dah nak...... =p Sebut kejap-kejap nih...aok mer dah abis ganti pose ker?? soklan rasmi untuk kaum hawa. Bagi laki-laki yang ada tinggal pose kerana malas..sila malu pada diri anda okey??? Saya tanya sebab saya sudah habis ganti!!!!! Yeay!!! tapi tak beraya sakan lagi =( Seperti yang dirancangkan saya mula berpuasa pada hari raya ke-4 hingga la terus ke hari raya yang ke-11 dan skip pada hari raya yang ke-10. Setiap kali masuk bulan Syawal, mulalah persoalan yang sama akan timbul dari kalangan kaum hawa nih.... boleh nggak disatukan puasa ganti berserta dengan puasa enam? . ATAU betul ke kiter takleh puasa 6 selagi tak selesai puasa ganti. Penat la dengar banyak pendapat dan jawapan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. So,

Bersama Tersayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^^) Pada sabtu yang lepas saya telah pulang ke rumah bersama dengan yang tersayang. Kebetulan pada hari itu diadakan majlis berbuka puasa di masjid. Kami langkah kanan yer??? Alhamdulillah...hehehe Selesai terawih, nenek saya mengadakan majlis khatam al-Quran. Sangat seronok....walaupun saya hanya dengar sambil cuci periuk di luar masjid...huhuhu.. Fuhh...penat sangat tapi penat lagi orang tuh yang kena drive...so saya mesti kuat dan jangan lemah dan kalah dengan kepenatan itu. Owh gembiranya sebab masih diberi peluang untuk bersahur dengan keluarga dan tersayang pada esoknya...kemudian kami pulang semula ke bangi sambil membawa bekalan dari emak tersayang. Sebelum sampai ke bangi, saya dibawa untuk solat asar di masjid KUIS. Cantiknya pemandangan disitu....rasa sejuk jer. Sempat jugak ambik gambar kat situ, tapi takleh nak upload, card reader ditinggalkan dirumah kampung...hehehe --------------------------------------------------------------

Fasa 2

Assalamualaikum semua (~~) Hari ini kita telah masuk fasa ke dua kita berpuasa. Semalam masa menunggu untuk buka puasa. Seorang muslimah telah memberi sedikit tazkirah. Cerita dia lebih kurang macam ini.... Satu hari seorang lelaki telah datang kepada Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Rasulullah S.A.W. Lelaki tersebut telah memaki hamun Saidina Abu Bakar. Namun, beliau dan baginda Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri sahaja. Lelaki tersebut tidak puas hati dan terus memaki hamun sehingga Abu Bakar rasa tercabar dan terbangun dengan cepatnya. Rasulullah S.A.W pun turut bangun dan ingin pergi dari situ. Hal ini mengejutkan Abu Bakar lalu beliau bertanya pada baginda S.A.W. " Ya, Rasulullah, kenapa kamu ingin pergi sewaktu lelaki itu memaki aku" Lalu baginda S.A.W berkata " Sewaktu kamu bersabar dimaki hamun, malaikat ada berdiri disebelah kamu untuk membalas kata-kata lelaki tersebut. Namun, apabila kamu bangun untuk membalasnya. Malaikat beredar dan datanglah syaitan. Sesung

Makan Talam

Assalamualaikum...(^^) Hari ni sudah hari kesepuluh kita berpuasa. Semalam, saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa di Masjid, UKM. Alhamdulillah, rezeki yang dianugereahkan oleh Allah sangat mengenyangkan perut dan sedap. Cara berbuka puasa disini adalah dengan makan bersama dalam satu talam. Satu talam memerlukan antara 4 hingga 5 orang. Saya datang bersama dengan housemate, Ayu. Kami hanya berdua maka kami mencari lagi dua orang untuk makan bersama. Semasa menunggu talam kami sampai, seorang hamba Allah melambai-lambai tangannya kepada saya. Sayakah??? hati kecil bertanya. Tengok kiri-kanan, depan-belakang, tiada respons..sambil tersengih...sayakah?? sambil buat muka keliru? Rupa-rupanya dia nak ajak makan bersama dengan dia. Hehehehe.... Talam kami Owh, kenapa kali ini berbuka puasa beramai-ramai sangat seronok ya??? Makan bersama-sama dengan satu talam sahaja. Teringat beberapa tahun lepas, saya agak kekok, sampai nasi yang masuk ke perut rasa susah nak ditelan..(malu ya??) Kal

1 Ramadhan 1431 Hijrah

this pic is edited by as...plz request if u want it Salam ramadhan buat semua (^^)/ Apa khabar anda semua pada hari pertama puasa? Sangat seronok bukan? Hehehehe..yerp sangat-sangat seronok. Bulan Ramadhan dikatakan bulan yang paling mulia dan macam-macam istilah lagi yang diberikan oleh manusia zaman moden masa kini. Namun yang pasti, umat Islam diwajibkan berpuasa seperti umat-umat Islam yang terdahulu lagi..tiada diskriminasi atau pengecualian (^^) Sejak dari malam Isnin lagi, saya dan budak-budak rumah sudah menunggu didepan tv untuk mendengar titah ucapan seri paduka baginda penyimpan mohor-mohor besar diraja. Akhirnya malam semalam diumumkan juga. Hari ini telah berlalu 1 Ramadhan, alhamdulillah walaupun saya mengalami kesulitan dan kepayahan yang tidak akan ditanggung oleh orang lain saya berjaya juga meneruskan puasa saya. Yeaayyy....give me ten!!! =D --------------------------------------------------------------------------------------------- Owh banyak sungguh dugaan yang s

Adik beradik Angkat

Salam sejahtera semua (^^)/ Masih terasa keseronokan bersama-sama dengan adik beradik angkat dari KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Hari ni saya nak bercerita sedikit sebanyak tentang peristiwa dari Khamis hingga Ahad malam semalam. Kampung kami, Kg, Pulau Pasir Mandi, Temerloh, Pahang telah menerima kedatangan pelajar-pelajar KIPSAS sebagai anak angkat. Saya rasa sangat-sangat teruja sebab saya tak pernah merasai peristiwa macam ini. So, saya cuba siapkan semua esemen yang ada sebelum duedatenya dan balik pada Khamis 4 hb Ogos 2010. Tak sempat nak pergi pesta konvo...(~~)! Pada malam jumaat itu, saya bertungkus lumus bersama-sama dengan mak dan maklong menyediakan sambal ikan bilis untuk santapan pada pagi esok. Target abah lebih 30 orang pelajar akan makan di rumah kami. Hanya kami bertiga pada malam itu...mana semua orang lain??? Mak cakap...bila kita sudah janji kita mesti usahakannya dengan sedaya upaya, biar tidak tidur tapi janji anak-anak nanti boleh makan. Abah pu

Tersasar

Salam Sejahtera buat pembaca setia My Idea @>-- ( anda sihat semuanya???) Saya sangat sihat dan syukur alhamdulillah pada Allah S.W.T Hari ini saya membuat assignment di PTSL, UKM. Sebelum tiba di PTSL, saya bersemangat dan berkobar-kobar hati untuk membuat kerja saya. Tapi....hukhukhuk...sampai-sampai saja saya sibuk duk bukak FB. Tiba-tiba bagai terkena kejutan elektrik saya teringat balik matlamat saya kenapa saya di PTSL. Akhirnya saya pun insaf sekejap dan mula mencari bahan-bahan assignment. Setelah membaca perenggan pertama, mata saya mula berpinar-pinar (tak faham...) sepatutnya otak saya yang tak faham. Kenapa?? rupanya salah saya kerana tidak menanamkan cinta pada bacaan tersebut. Owh....teruknya perasaan ini. Saya duduk diam dan mula merenung kembali matlamat saya. Akhirnya saya menulis kata-kata di atas. Saya forwardkan kepada semua ahli keluarga saya dan kepada...... Kenapa saya buat macam itu, supaya andai saya TERSASAR, maka ada yang akan mengingatkan saya kembali. Le

Minggu Mencabar

Salam sejahtera semua (^^)/ ( hari ni saya akan guna S.A.Y.A) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...saya masih bernafas lagi pada hari ini. Bersyukur juga kepada Allah s.w.t kerana mengasihi saya dengan memberi rezeki, dugaan dan petunjuk pada saya. Saya rasa lega dengan keputusan yang saya buat ini. Saya berdoa semoga Allah memberkati dan meredhai keputusan ini. Begitu juga kepada ibubapa dan keluarga saya. REZEKI Hari ini saya terbaca satu kata-kata dari sebuah blog, seandainya kita dalam kesempitan wang, janganlah kita merungut-rungut. Lebih-lebih lagi kita merungut pada Allah. Sangat salah dan berdosa. So, apa yang perlu kita lakukan, rajinkan meminta pada Allah sepanjang masa untuk dibukakan pintu rezeki dan dimurahkan rezeki. Tapi!!!! minta tanpa usaha takkan jadi...so kena berusaha!!! Alhamdulillah, dalam minggu ini Allah telah memakbulkan doa saya. Keluarga dan sahabat-sahabat saya menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Sehinggakan saya buntu untuk memilihnya. DUGAAN Saya telah

Harimauuuu

Salam sejahtera semua !!!! Jum jadikan diri anda misteri....hahahaha.... Okey, sebelum nih, aku ada citer pasal aku sering terjaga tengah malam. Hehehe...maybe aku disuruh untuk beribadat. Tapi kadang-kadang aku tarik selimut...peluk bantal....sejuk nak bangun (~~)! Terbaru...aku tengah tidur tiba-tiba aku terjaga lam kul 2 lebih kot...so, hurm aku gagahkan diri untuk solat....hati tiba-tiba jadi sayu...sedih sangat...pelbagai perkara timbul difikiran aku....lalu aku berzikir dan berusaha untuk tenang...mata aku kepenatan dan tertidur semula. Dalam tidurku, aku terlihat 2 ekor harimau datang dari arah rumah lama atuk di tepi sungai. Harimau itu berjalan dengan tertib datang ke arah aku. Aku berundur kebelakang dan rasa sedikit terkejut tapi tidak takut, ( adakah aku sedar ini hanya mimpi???) Aku mengambil beberapa langkah kebelakang sehingga aku sampai kebelakang rumah atuk. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu dibelakang aku....bila ditoleh, aku nampak seekor harimau yang mengaum....(tak ku