Assalamualaikum...(^^) Hari ni sudah hari kesepuluh kita berpuasa. Semalam, saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa di Masjid, UKM. Alhamdulillah, rezeki yang dianugereahkan oleh Allah sangat mengenyangkan perut dan sedap. Cara berbuka puasa disini adalah dengan makan bersama dalam satu talam. Satu talam memerlukan antara 4 hingga 5 orang. Saya datang bersama dengan housemate, Ayu. Kami hanya berdua maka kami mencari lagi dua orang untuk makan bersama. Semasa menunggu talam kami sampai, seorang hamba Allah melambai-lambai tangannya kepada saya. Sayakah??? hati kecil bertanya. Tengok kiri-kanan, depan-belakang, tiada respons..sambil tersengih...sayakah?? sambil buat muka keliru? Rupa-rupanya dia nak ajak makan bersama dengan dia. Hehehehe.... Talam kami Owh, kenapa kali ini berbuka puasa beramai-ramai sangat seronok ya??? Makan bersama-sama dengan satu talam sahaja. Teringat beberapa tahun lepas, saya agak kekok, sampai nasi yang masuk ke perut rasa susah nak ditelan..(malu ya??) Kal
Ini blog peribadi as.