Assalamualaikum Apa khabar pencinta hati as?? Sejak dua menjak ni, oleh kerana as terlalu sibuk dengan banyak perkara, as nyaris-nyaris tak mati terkejut atau pun jatuh tangga rumah sebab berlari-lari ingat rumah as terbakar. Semuanya berpunca daripada as panaskan nasi waktu pagi dan tinggalkan kejap pergi bersiap-siap untuk keluar rumah. Bayangkan as keluar awal pagi dan waktu jam 1 petang, waktu fikir nak beli lauk jer, tetiba teringat as panaskan nasi kat rumah. Apa lagi, melompat kangaroo la as!! huaaaa..habisla rumah terbakar!!! Hilang kisah nak beli lauk, terus balik rumah...tengok takder asap pun, tapi hati tak percaya...maka as pun berlari-lari dengan laju sekali sehingga hampir jatuh tangga. Sampai kat rumah buka pintu, as tarik nafas dalam-dalam...kot-kot bau hangit...tapi... Bila pandang pada dapur tiada api... Sentuh periuk pun sejuk saja Bau nasi sikit, adalah bau kerak nasi... Oh..............................................
Ini blog peribadi as.