Langkau ke kandungan utama

Catatan

Teringin Tempah t-shirt dan Mug dengan HeartBeat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Semalam duk usha-usha iklan heartbeat (<--- sila signup jika nak join affiliate). Dah lama perasan iklan ni dan ramai juga yang ajak join...so semalam masa tunggu kawan saya pun pasang. Ramai juga yang pasang iklan ni kat blog diorang malah ramai juga yang dah dapat keuntungan...kalau tak caya leh tanya pakcik google..ramai je blogger citer pasal diorang dapat duit dari heartbeat . Ok balik semula pada tajuk...apa itu heartbeat ??. Rupanya kedai online yang jual gift . Simple tapi menarik. Biasala perempuan..hehehe..mudah tertarik pada gift nih. Masa duk skodeng heartbeat nih maka terpandang pada t-shirt bercetak dan mug bercetak....wah menarik aaaaa....harga dia pun boleh tahan murah.... Anda boleh letak muka anda sendiri pada t-shirt tu and then leh pakai pergi jenjalan...hehehe...kalau takpun siapa-siapa yang ada anak kecil nakal selalu hilang kat shopping complex, maka parents leh tampal muka kat baju budak tuh..haaa...kan senang...this

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Syukur juga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua Syukur Alhamdulillah..... Hari ini saya dapat baca banyak entri dari blog kengkawan tentang syukur. Saya hari ini bersyukur kerana masih demam. Walaupun demam saya dah reda tak seteruk tengah malam tadi tapi saya masih bersyukur ia belum pergi...ini satu ujian Allah yang sangat kecil buat diri saya. Selama ini saya jarang di serang demam panas yang lama kecuali waktu kecil kes saya rindukan abang-abang saya. Bila dah besar ni saya payah kena demam seingat saya abih sikit pun sekali je setahun. Sebab itu saya mengalu-alukan kedatangan demam supaya tanda pembersihan dosa kecil (InsyaAllah). Saya akan cuba tidak mengeluh kerana demam ini. Kerana saya pernah mengalami sakit yang lagi sakit dari demam. Penyakit HATI Saya mengalami penyakit hati yang sangat kronik walaupun saya cuba nafikannya. Mungkin ego saya terlalu tinggi. Saya melawan sehabis mungkin penyakit ini. Saya cuba tidak memikirkan perkara yang menjadi punca penyakit ini. Saya amat bi

Al-Fatihah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua Agak lama menyepi disebabkan kesibukan diri dan beberapa sebab.... Sedih Saya telah kehilangan seseorang yang amat saya kasihi. Dia telah pergi menemui-Nya tanpa disangka-sangka dan sungguh mengejutkan. Saya kelu lidah sampai tidak terkata apa-apa. Saya tidak mampu menangis oleh kerana terlalu terkejut. Dia sangat menyayangi saya dan selalu mengambil berat saya sejak dari lahir. Dialah yang membasuh uri tembuni saya dengan penuh adat melayu, kalau tak silap siap pasang pelita. Dialah juga terus meng'haram'kan saya menggoreng keropok lekor kerana kes saya terkena percikan minyak panas akibat letupan keropok lekor itu, sampai saya hampir jadi buta...fuhh trauma sampai sekarang. Dialah juga memberi nasihat yang membina diri supaya saya tidak leka dengan kehidupan duniawi ini. Kini dia telah pergi menghadap tuhan yang satu. Saya akan merinduinya dan saya sangat menyayanginya. Semoga rohnya aman disana dan al-Fatihah buatnya. Kata Hati : M

Saya suka pakai kasut

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Saya suka pakai kasut sneakers... Kenapa? Sejak saya sekolah dan ada lesen motor saya suka pakai kasut sneakers... Dah bermacam-macam bentuk sneakers yang saya ada...sama ada brand atau cap ayam sahaja. Tidak kisahla janji boleh pakai kasut. Masa ambil lesen motor, cikgu kata penunggang wajib pakai kasut, saya dengan penuh skema beli la kasut. Rasa selesa bila bawa motor pakai kasut. Dan ia terus selesa apabila berjalan berasak-asakan ketika mahu naik komuter/lrt dan ketika hujan. Takder r diaorang tengok stoking basah saya..hukhukhuk.. Teringat juga lawak cikgu apabila tunjuk selipar jepun tercicir kat trafik oleh penunggang atau pembonceng. Kemudian pagi tadi, tengok MHI, artis pakai kasut lain sebelah, dia kata fashion....tapi bukan cam kat bawah ni, bentuk sama tapi warna dan corak jer lain...its really weird for me. But..its fashion ok?? So, come on be open minded... but....urgh Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu, sokmo la pakai selipar k

Brutrrrr...Hungry Girl

ehsan pakcik gOogle Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!! Brurrrtttt.....itu bunyi perut saya yang tengah lapar. Saya tidak sangka saya akan sangat lapar waktu tengah buat tesis dalam PTSL nih.... saya ingat saya dah ok dengan sarapan milo bijirin + biskut anggur 4 keping. Tengok jam dah kul 1 petang, yer memang patut perut saya lapar. Sebelum pergi makan saya nak citer tentang pengalaman saya lapar dalam dewan periksa..;p Masa degree dulu, perkara saya paling takut bukan takdapat jawab pekse tapi bimbang perut saya lapar dan berbunyi lagu keroncong yang sungguh mendayu-dayu...hahaha Tidak kirala pereksa waktu pagi ke tengahari atau petang...perut saya akan sengaja bermain-main dengan saya untuk mengeluarkan lagu keroncong itu. Pernah sekali tu saya dah nak habis jawab dah, sekali kuat sungguh dia berbunyi...fuhhh....tension weh,......sebab itu saya selalu pakai baju sejuk tebal punya cop UKM dalam dewan pekse...nak bagi cover bunyi dia tak kuat. Tapi kalau dia dah bunyi-bunyi

Jom minum Herbalife

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah cuaca pagi di Bangi sangat baik. Harap-harap Temerloh pun sama. Saya bangun awal dan bersiap-siap pergi ke fakulti untuk uruskan final project. Agak gementar bila berdepan dengan orang yang ada kuasa lebih, tapi hati tetap ingat ini cuma sementara sebab bukan mereka yang berkuasa. Hati rasa sedikit sedih...lalu membawa diri untuk dipujuk, mula-mula pergi ke library fakulti..saja belek-belek buku...jumpa satu yang berkenan terus dipinjam. Mula rasa sedikit lega, hati dah reda dari nangis. Kemudian hati ajak pergi PTSL. Dalam perjalanan, perut kata lapar, masih belum sarapan penuh, sekadar sup panas pagi ini. Lalu kaki melangkah ke kafe PUSANIKA, rasa seronok melihat ada gerai jualan baju dan tudung, tapi hati menahan keseronokan itu kerana teringat kesedihan tadi. Terus masuk dan makan berserorangan. Datang pula seorang Chinese student interview tentang kafe dan hubungan perkauman. Hurm...memang diperhatikan tiada sangat atau tidak ada

Bila binatang itu tiada

kalendar as bulan MAC 2011 ;P Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua... Harap pembaca setia sama ada silent, vibrate or ring ;P sihat-sihat adanya..hehehe Hari ini saya bercadang untuk membuat editing photoshop dan illustrator risalah FTSM. Sambil-sambil mengalamun mengemas beg laptop untuk ke PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) saya akhirnya terlupa juga untuk meletakkan binatang peliharaan saya dalam beg. Saya berasa susah untuk buat kerja apabila binatang itu tiada. Saya rasa sunyi dan mudah bosan dan juga tension jika tidak menyentuh dan mengusap-usap badannya. Huhuhuhu... Walaubagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan, walau anda suka menggunakannya ia bukan menjadi satu penghalang dan alasan anda tidak melakukan kerja anda. Abah juga memelihara binatang ini dan selalu dikidnap oleh adik budin...akibatnya abah selalu berleter panjang apabila dia hendak menggunakan binatang ini. Kalau tidak ada binatang ini, abah terus unmood nak buat kerjanya. Sekarang saya memahami perasaan ab

Dapat Hadiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni saya bermalas-malasan di danau resort dengan seorang kawan. Sepatutnya kengkawan, tapi leh diorang tu tido tak khabar berita. Da sampai rumah baru mesej kata bangun lewat. Anyways saya da tak kisah, sebab saya dah boleh agak perangai diorang. Its miracle kalau diaorang betul-betul dapat datang. Sebab tu saya tak hegeh-hegeh nak call diorang, biarla..cuti-cuti tak perlu nak rush hour...hehehe Lepas puas renang-renang, badan dah letih saya pun balik dan beli paper Harian Metro, mana tahu mimpi jadi kenyataan dapat hadiah iPad sebijik. Tapi itu hanya mimpi sahaja. Selalunya kita takkan dapat apa yang kita hajatkan kalau benda free ni...kalau tak free pun payah dapat juga walau ada duit. ;p Pasal hadiah lagi.... Kawan saya hadiahkan sutas jam tangan rantai mutiara. Terima kasih ye...siap dapat keronsang lagi. Putih memang warna kesukaan saya dari dulu lagi. Badan rasa tak sihat lagi...kena hujan semalam...tapi otak takleh duduk diam...kena wat k

KPPM SAYA KALAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sudah dua tiga hari saya tak update My Idea@>-- berikutan demam panas sempena pilihanraya kecil dun kerdau. Hehehehe.. Saya baru je pulang semula ke Bangi, semalam untuk meneruskan pengajian saya. Alhamdulillah saya telah laksanakan tanggungjawab saya yang pertama kali pada 6 hb 3 2011. Saya harap pemimpin yang menang dalam pilihan raya baru ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T dengan adil dan saksama. Sepatutnya saya pulang terus ke bangi pada 7hb Mac 2011, tapi tak boleh!!! Sebab hari itu hari jadi mak. SELAMAT HARI LAHIR MAK TERIMA KASIH KERANA MENJAGA SAYA DAN KELUARGA SAYA SAYANG MAK Sempena hari lahir mak, saya berusaha membuat sebiji kek span. Tapi, sayang ia tak begitu lembut macam span. Kenapa??? Takpe mak...saya akan cuba buat lagi. Boleh kak Sarah kate itu kuih bingka??? Tengah-tengah menaip ni boleh butang Shift saya tersekat. Uhhhh...itu la sebab agaknya kenapa butang shift dicipta dua kiri dan kanan

Panas dan Kena Suap

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Cuaca sangat panas sekarang nih, bertambah panas lagi kawasan kampung-kampung saya. Fuhh..hari-hari orang kampung saya kena suap termasuk sekali saya dan keluarga. Penat weh, kena suap dengan kata-kata manis. Semasa menaip nih, baru jer orang Perak datang berkempen, katanya pada saya "Adik nanti keluar awal esok, dan undilah BN". Teknologi menyebabkan cara berkempen bertambah hebat. Saya dan abah jadi penat menerima panggilan telefon dan SMS yang mengutuk parti-parti yang bertanding. Lebih teruk lagi apabila rahsia undian bukan lagi jadi rahsia. Saya terima panggilan yang berbunyi lebih kurang bergini: Kami sedang menjalankan penelitian parti pemilihan anda. Sila tekan : #1 untuk PAS #2 untuk BN #3 untuk bukan PAS Helooo...jika saya dan abah bagi jawapannya maka dah macam bukan rahsia la undian kami nanti.... Maka, kami abaikan sahaja. Namun, pihak 'mereka' ini terus menerus menelefon kami pada hari-hari esoknya sehin

ASAGOHAN dan PERTOLONGAN

Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Post pagi ni nak cerita pasal saya menyediakan sarapan dalam masa 10 minit sahaja. Ye sila percaya xD. Saya wajib kena minum susu walau sekali sehari. Thanks to Aisyah semalam yang bertungkus lumus teman saya beli susu kotak berpaket-paket. Sudah menjadi rutin juga, apabila tomota mesti makan dulu sebelum minum susu dan yang lain. Mini donut ni sangat sedap, saya suka dia dan dia sedap dan saya suka dia (sila ulang ya...). Ni kes tak dapat makan donut arituh sebab tu jadi gini..hahaha.. semalam waktu shoping ngan asyah saya beli donut nih.... Kentang goreng yang bergerigi juga feberet saya....mesti makan dengan sos...kena goreng garing-garing... Semua makanan ni berkhasiat kan???? Hahahaha...cukupla kan untuk lapik perut pagi nih. Saya bukan angkat getah atau tong air.. Saya cuma keluar shooting gambar kat beberapa tempat aja. ------------------------------------------------------------------------------------------ Tengah melayan blog kawan, saya

TIDAK MUSTAHIL ke MUSTAHIL

I remember years ago Someone told me I should take Caution when it comes to love I did, I did And you were strong and I was not My illusion, my mistake I was careless, I forgot I did And now when all is done There is nothing to say You have gone and so effortlessly You have won You can go ahead tell them Tell them all I know now Shout it from the roof tops Write it on the sky line All we had is gone now Tell them I was happy And my heart is broken All my scars are open Tell them what I hoped would be Impossible, impossible Impossible, impossible Falling out of love is hard Falling for betrayal is worst Broken trust and broken hearts I know, I know Thinking all you need is there Building faith on love AND WORDS Empty promises will wear I know, I know And know when all is gone There is nothing to say And if you're done with embarrassing me On your own you can go ahead tell them -------------------------

Bukan jodoh saya dengan dia

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni saya bermalas-malasan. Tiada mood. Lepas subuh saya termenung sampai tertidur. Tetiba kawan ajak p swimming di danau pool. So, tanpa mandi (cuci muka berus gigi ok??) saya terus merempit ke sana dan terjun papan anjal...hahaha....acah aja. Berejam-rejam berenang walau kayuh itik saja, sampai muka kawan hangus terbakar (saya tidak ok???). Kemudian dalam jam kul 10 lebih saya pun balik dan makan dan berkurung dalam bilik. Mood untuk baik pulih proposal masih tidak kunjung tiba. Kena paksa diri. Malam tadi sampai kul 1 lebih belajar perisian 3d dan program Flartoolkit. Ok CUKUP.... Ni nak citer pasal jodoh saya dengan dia. Hari ni saya jalan pasar malam dengan kak Saadah...tertanya-tanya apa saya nak makan so pusing-pusing last sekali terpikir nak makan sup. So saya beli soto. Tempat tu memang agak ramai pelanggan, maybe sangat sodap kot. Akak sokmo beli situ so dia suh saya beli situ gak. Masa hantar akak balik rumah, saya telah menyerahka

Bila as cuba sibukkan diri

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini nak cerita tentang aktiviti mak, abah dan anak beberapa minggu lepas. Seperti biasa, apabila runsing akan pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan dan buat-buat sibuk. Kadang-kadang tu tak sampai seminggu pun di Bangi dah pulang semula ke kampung. Bukan apa saya bimbang orang kampung rindu saya..hahaha. Ok teruskan cerita, awal bulan dua ni saya pulang seminggu ( Kan cuti raya cina) kebetulan 2 hb 2 hari jadi abang za. So, saya bersemangat nak buat donut. Maka, inilah yang terjadi... hasil terakhir mak bantu letak bintang-bintang menyepahkan dapur mak putar tepung Saya teringin nak makan donut celup choco. So saya telah pilih satu resepi mini donut. Saya tidak pandai masak, tapi saya pelik kenapa donut saya kena bakar bukan goreng. Mak hanya diamkan diri tengok gelagat saya yang membebel sorang. Bila dah siap bakar maka saya cuba makan lalu menangis...huhuhuhu...saya tidak mahu ini donut. Ini bukan donut tapi kuih raya. Ini firs

KERDAU

Assalammualaikum Tahun ni saya kena mengundi. Buat pertama kali saya kena mengundi walau umur saya dah masuk 25 tahun. Abah : As, Yang Berhormat Zahar dah meninggal dunia, nanti awak balik mengundi. Uhukkk.... Saya nak undi siapa? Baguskah calon-calon tu nanti? Saya tak kenal siapa-siapa? Abah : Awak undin si polan nih.. Kenapa? Dia baguskah? Abah kata yang sebelum nih tak berapa nak bagus, maka kali ini kita beralih angin. Abah kata lagi, kamu nak jawab apa di akhirat esok kalau kamu pergi mengundi pemimpin yang kamu tahu dia tidak berkebolehan? Saya diam, dalam hati berkata saya tidak kenal siapa-siapa. Kepada calon-calon yang bakal bertanding di dun KERDAU, saya harap anda semua dapat menyakinkan saya untuk mengundi parti anda. Mana tahu satu undian boleh mengubah keseluruhan nasib orang kampung saya. ----------------------------------------------------------------------------------------- Tengah duk main-main ngan baby sufiyah, Tok penghulu kampung telifon along. Dia minta pandanga